Cermin Mata Hilang - BLOG ROZIAH @ CIE

Monday 4 February 2019

Cermin Mata Hilang

WILLIAM OPTIC RAUB

Bulan lepas Cie menghadiri Seminar Master Of The Game 2.0 di Laman Kayangan Shah Alam. Masa dalam perjalanan ke Shah Alam sempat la singgah solat Isyak kat Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Bentong. Masa tu tak ramai pun orang dah kat situ.


gambar sebelah kiri cermin mata yang hilang


Selepas je siap solat tu baru la teringat cermin mata tak ada. Cari dalam masjid tak ada. Maybe tertinggal kat tandas atau tempat ambil wudhuk. Cari merata dalam masjid tu semua takde. Macam pelik juga tak mungkin pulak ada orang nak curi kan. Bukan berharga pun. 

So ajak husband cari kedai kot la masih ada yang buka. Pusing bandar Bentong semua kedai dah tutup. Dah hampir 10 malam memang tak ada la kedai yang buka. Tak puas hati lagi so ajak husband patah balik masjid untuk cari semula. Akhirnya hampa lagi. Memang takde.

Bayangkan dari Bentong ke Shah Alam mata tak dapat melihat. Memang tak nampak apa-apa langsung. Frust punya pasal just tengok handphone dan tidur je.Tengok-tengok dah sampai hotel. 

Masa dalam perjalanan duk google kedai cermin mata yang buka awal pagi. Seminar mula pukul 10 kalau tak ada cermin mata memang gelap dunia. Nak tengok speaker seminar pun tak nampak. Baru terfikir nak beli contact lens je dulu.

So pepagi buta sebelum ke tempat seminar duk la pusing-pusing cari kedai cermin mata. So pagi tu pergi seminar dalam keadaan mata yang tak nampak. Dah start seminar baru husband datang hantar. Terus pakai lega rasa dapat melihat dewan seminar kat Laman Kayangan tu. 

akhirnya dapat juga bantuan sementara untuk cik mata


Balik je dari seminar keesokan harinya terus singgah kat Raub untuk buat cermin mata kat kedai favourite Cie. Tak lain tak bukan William Optic Raub. Kebetulan bulan 5 tahun 2018 pihak William Optic ada offer Cie discount rm50 sebab Cie ada buat entry pasal William Optic Raub . Cie buat entry tu bukan bebayar pun just share review Cie pasal kedai mereka tapi tak sangka la mereka hargai. So Cie message facebook mereka untuk bertanya adakah masih valid dan pihak WO kata masih ada.



Check mata kedua-dua belah ada naik sikit power. Kira ok la dalam tempoh 3 tahun power naik sikit je. Sebelah kanan dulu 1.75 naik kepada 2.00, sebelah kiri dulu 2.25 naik kepada 2.50.

Memandangkan Cie dah 3 kali buat cermin mata kat situ dan dapat 3 stamp so Cie dapat lagi discount rm98. Kalau dapat 3 stamp dapat la discount rm98. Harga asal cermin mata Cie rm278. Tolak discount rm148 jadi la rm130 saja. Alhamdulillah rezeki Cie. Masa buat tu tak boleh siap terus dan mereka tawarkan untuk pos saja secara percuma. Alhamdulillah rezeki Cie lagi.

my new cermin mata


Cie suka buat cermin mata kat situ sebab service yang sangat bagus dan cermin mata mereka sangat berkualiti. Cie mula buat cermin mata memang kat William Optic Bentong. Kalau tak silap tahun 2009 tahun mula sekali Cie pakai cermin mata. Bila mereka ada buka cawangan di Raub so Cie buat kat Raub jela lebih dekat dengan Lipis.

Kalau tak silap sepanjang Cie pakai cermin mata ni pernah sekali je buat kedai lain dan tak sebagus kedai ni maka Cie lebih selesa datang dari Lipis ke Raub. Bila kita provide service yang baik kepada customer memang akan datang lagi cari kita.

cermin mata lama yang masih dipakai sementara nak tunggu cermin mata baru siap

daku tanpa cermin mata. ramai yang kata nampak cantik kalau tak pakai cermin mata

cermin mata sampai je terus pakai. lega rasa bila dapat pakai. pakai contact lens tak berapa selesa padahal zaman bujang dulu memang pakai lens je


No comments:

Post a Comment