Sekejap je cuti 3 hari. Hari ni dah Ahad, Isnin dah kembali ke rutin asal. Berderet dah ni entri yang Cie akan share kat blog kesayangan Cie ni hasil dari bercuti Jumaat hingga Sabtu.
So pagi ni nak share menu sarapan pagi ni. Cie masak 3 cawan pulut dalam rice cooker je. Air pun sama 3 cawan jugak. Lepas dah masak dalam rice cooker tu kukus sekejap nak bagi betul-betul masak dan lebih lembut.
Lauk pauk iringan untuk menu pulut ni Cie masak sambal sardin, telur dadar dan ikan gelama masin goreng. Takde rendang bagai. Memang masak lauk camni je untuk makan dengan pulut lagi sedap dan menyelerakan.
Kalau nak lagi ngam boleh bancuh kopi o. Tapi Cie malas nak bancuh. Kang keluar beli barang duk membeli kopi lagi. Minggu ni banyak sangat dah minum kopi. Minum air kosong jela pagi ni.
Korang sarapan apa tu? Masak ke beli?


15 Ulasan
lama tk mkn pulut ngan ikan masin...
BalasPadamSedap ni. =q
BalasPadamTak pernah makan pulut dengan lauk pauk macam ni.. Biasa makan pulut durian je.. 😅👍🏼
BalasPadamSelalu makan pulut dengan sambal atau rendang. Wah pengalaman pertama kalau saya makan pulut dengan sambal sardin.
BalasPadamBelum pernah makan pulut dengan lauk² camtu.. menarik untuk dicuba.
BalasPadamPagi tadi goreng kentang dan pisang je.
Menarik, pulut dengan lauk telur, sambal sardin dan ikan Masin 😍. Tak pernah coba begini. Biasanya selalu makan pulut dengan rendang , ayam masak putih atau durian
BalasPadamAkk 3 hari cuti ni asyik memasak je Cie... Full house :)
BalasPadamSuka pulut dgn ikan masin 😋
Akak x makan sanagt pulut...sebab tu jarang ada menu pulut kat rumah akak kalau perasan...
BalasPadamlinda kalau masak pulut, masak sambal ikan bilis dengan goreng ikan masin.. ni pun dah lama tak masak pulut..
BalasPadamlinda tak sempat nak update pape.. cerita2 minggu lepas pun banyak tertangguh lagi.. moga rajin la nak menaip ni
cie tulis pulut 3 cawan air pun 3 cawan... air tu maknanya air jelah ek bukan santan?
BalasPadamYe pulut Cie tak letak santan. Pulut kosong je.
Padamsaya biasa makan pulut dgn rendang je. tak pernah makan dgn lauk selain rendang
BalasPadamKalau orang kampung nak kerja kat bendang....selalu juga makan pulut dengan ikan masin atau pulut dengan lauk lain.
BalasPadamSedapnya pulut dengan ikan masin..
BalasPadamMZ jrg la tanak/masak pulut...dh tak ingat bila last buat...biasanya utk mkn dgn pengat durian laaa...last few yrs kot last tanak pulut tu
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.