Sarapan Pagi: Pulut Homemade

Dah berminggu plan nak masak pulut untuk sarapan. Ada jela plan lain. Pagi ni masak juga pulut, dah malas nak makan kat luar. Walaupun kejap lagi nak keluar jugak beli barang dapur.

Sekejap je cuti 3 hari. Hari ni dah Ahad, Isnin dah kembali ke rutin asal. Berderet dah ni entri yang Cie akan share kat blog kesayangan Cie ni hasil dari bercuti Jumaat hingga Sabtu.

So pagi ni nak share menu sarapan pagi ni. Cie masak 3 cawan pulut dalam rice cooker je. Air pun sama 3 cawan jugak. Lepas dah masak dalam rice cooker tu kukus sekejap nak bagi betul-betul masak dan lebih lembut.


Lauk pauk iringan untuk menu pulut ni Cie masak sambal sardin, telur dadar dan ikan gelama masin goreng. Takde rendang bagai. Memang masak lauk camni je untuk makan dengan pulut lagi sedap dan menyelerakan.

Kalau nak lagi ngam boleh bancuh kopi o. Tapi Cie malas nak bancuh. Kang keluar beli barang duk membeli kopi lagi. Minggu ni banyak sangat dah minum kopi. Minum air kosong jela pagi ni.

Korang sarapan apa tu? Masak ke beli?



Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. lama tk mkn pulut ngan ikan masin...

    BalasPadam
  2. Tak pernah makan pulut dengan lauk pauk macam ni.. Biasa makan pulut durian je.. 😅👍🏼

    BalasPadam
  3. Selalu makan pulut dengan sambal atau rendang. Wah pengalaman pertama kalau saya makan pulut dengan sambal sardin.

    BalasPadam
  4. Belum pernah makan pulut dengan lauk² camtu.. menarik untuk dicuba.
    Pagi tadi goreng kentang dan pisang je.

    BalasPadam
  5. Menarik, pulut dengan lauk telur, sambal sardin dan ikan Masin 😍. Tak pernah coba begini. Biasanya selalu makan pulut dengan rendang , ayam masak putih atau durian

    BalasPadam
  6. Akk 3 hari cuti ni asyik memasak je Cie... Full house :)
    Suka pulut dgn ikan masin 😋

    BalasPadam
  7. Akak x makan sanagt pulut...sebab tu jarang ada menu pulut kat rumah akak kalau perasan...

    BalasPadam
  8. linda kalau masak pulut, masak sambal ikan bilis dengan goreng ikan masin.. ni pun dah lama tak masak pulut..
    linda tak sempat nak update pape.. cerita2 minggu lepas pun banyak tertangguh lagi.. moga rajin la nak menaip ni

    BalasPadam
  9. cie tulis pulut 3 cawan air pun 3 cawan... air tu maknanya air jelah ek bukan santan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye pulut Cie tak letak santan. Pulut kosong je.

      Padam
  10. saya biasa makan pulut dgn rendang je. tak pernah makan dgn lauk selain rendang

    BalasPadam
  11. Kalau orang kampung nak kerja kat bendang....selalu juga makan pulut dengan ikan masin atau pulut dengan lauk lain.

    BalasPadam
  12. Sedapnya pulut dengan ikan masin..

    BalasPadam
  13. MZ jrg la tanak/masak pulut...dh tak ingat bila last buat...biasanya utk mkn dgn pengat durian laaa...last few yrs kot last tanak pulut tu

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.