Sekejap je cuti 3 hari. Hari ni dah Ahad, Isnin dah kembali ke rutin asal. Berderet dah ni entri yang Cie akan share kat blog kesayangan Cie ni hasil dari bercuti Jumaat hingga Sabtu.
So pagi ni nak share menu sarapan pagi ni. Cie masak 3 cawan pulut dalam rice cooker je. Air pun sama 3 cawan jugak. Lepas dah masak dalam rice cooker tu kukus sekejap nak bagi betul-betul masak dan lebih lembut.
Lauk pauk iringan untuk menu pulut ni Cie masak sambal sardin, telur dadar dan ikan gelama masin goreng. Takde rendang bagai. Memang masak lauk camni je untuk makan dengan pulut lagi sedap dan menyelerakan.
Kalau nak lagi ngam boleh bancuh kopi o. Tapi Cie malas nak bancuh. Kang keluar beli barang duk membeli kopi lagi. Minggu ni banyak sangat dah minum kopi. Minum air kosong jela pagi ni.
Korang sarapan apa tu? Masak ke beli?


3 Ulasan
lama tk mkn pulut ngan ikan masin...
BalasPadamSedap ni. =q
BalasPadamTak pernah makan pulut dengan lauk pauk macam ni.. Biasa makan pulut durian je.. 😅👍🏼
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.