Lemboy Cabin Seri Manjung Perak - BLOG ROZIAH @ CIE

Saturday 29 July 2023

Lemboy Cabin Seri Manjung Perak

 Makan Malam di Lemboy Cabin Seri Manjung Perak

Lepas makan Kenduri Di Taiping kami terus bergerak ke rumah kakak Cie di Manjung. Singgah kat AEON Seri Manjung dulu anak-anak nak makan sushi sambil ibu shopping sikit. Hihihi. AEON tu belakang rumah kakak je memang dekat sangat.

Sebelah malam pulak kakak open table belanja kami. Kebetulan juga kakak sulung datang ke Manjung juga. Berkumpul la kami kat rumah kakak nombor 7 ni atas dari Cie. Cie yang bongsu nombor 8. Hihihi

Lemboy Cabin Seri Manjung Perak


Lemboy Cabin Seri Manjung Perak


Lemboy Cabin Seri Manjung Perak


Lemboy Cabin Seri Manjung Perak


Lemboy Cabin Seri Manjung Perak

Makanan kat sini sedap cuma service lambat sikit. Ramai sangat orang. Kebetulan kami sampai tu ada 1 meja muat la kami 3 family tu. Order tak sampai pun ada kena minta semula baru sampai. Order tercicir.

Mulanya nak makan kat tempat lain tapi tempat tu terlalu full takde meja kosong. Tu yang terus ke Lemboy Cabin Seri Manjung Perak. Sini kawasannya luas, ada parking yang luas, tempat makan luas.

Korang jangan terkejut ye datang makan kat Lemboy Cabin Seri Manjung Perak ni nanti akan ada jela penjual-penjual yang akan datang ke meja kita. Yang minta sumbangan pun ada je.

Lepak malam-malam best jugak kedai open macam ni dapat fresh air tapi kalau musim hujan memang tak dapat la nak makan sini memang berbumbungkan langit je. Hihi

No comments:

Post a Comment