Siakap Goreng Berlado - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Thursday 28 December 2023

Siakap Goreng Berlado

siakap goreng berlado

Buka freezer tengok ada siakap je dah tinggal. So kita masak la menu siakap untuk dinner hari ni. Jenuh jugak perah idea nak masak apa. Minggu lepas dah masak siakap stim. Siakap 3 rasa pun dah biasa sangat. Tiba-tiba muncul idea nak masak Siakap Goreng Berlado.

Anak-anak Cie memang suka makan sambal berlado ni terutamanya ayam goreng berlado. Memang bertambah la anak-anak makan nasi. Cie pulak tiba-tiba teringin nak makan telur rebus sambal berlado. So rebus la tadi 2 biji telur. Buat sambal berlado tu banyak-banyak nanti boleh curah kat ikan siakap dan telur rebus sekali.

Resepi Siakap Goreng Berlado

Bahan-bahan Siakap Goreng Berlado / Telur Rebus Berlado / Ayam Goreng Berlado

1 ekor ikan siakap 
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil garam
minyak masak

1/4 biji bawang holland
1/4 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah 
1 biji cili hijau
3- biji cili padi
2 batang serai - titik
3 keping asam gelugor
3 sudu besar sos tiram *optional
garam
gula
bahan perasa

Cara Membuat Siakap Goreng Berlado

  1. Lumurkan ikan siakap dengan garam dan tepung jagung.
  2. Panaskan minyak kemudian goreng ikan siakap hingga masak dan garing. 
  3. Kisar bawang holland, bawang besar, bawang putih, cili merah, cili hijau, cili padi. Kisar guna chopper. Tak perlu letak air.
  4. Panaskan 4 sudu minyak kemudian tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan sedikit air. Biarkan lagi seketika sampai pecah minyak, masukkan lagi air. Nak pastikan cili betul-betul masak. Biarkan sampai pecah minyak, tambah air lagi. 
  5. Masukkan serai dan asam gelugor. Biarkan hingga pecah minyak.
  6. Bila cili dah betul-betul masak boleh la masukkan sos tiram, gula, garam, bahan perasa. Sesuaikan rasa. 
  7. Curahkan sambal berlado di atas ikan. Siap.

siakap goreng berlado
kisar kering macam ni je




siakap goreng berlado
ikan siakap yang digoreng

telur rebus berlado
telur rebus goreng sampai kekuningan


Kalau untuk telur rebus berlado. Rebus telur kemudian kupas kulit telur. Panaskan sedikit minyak dan gorengkan seketika. Bila dah goreng tu boleh la curahkan sambal berlado.

Sama jugak kalau ayam goreng berlado. Ayam tu gaul dengan garam dan kunyit. Goreng hingga garing. Gaul dengan sambal berlado. Makan dengan nasi panas-panas memang nikmat tak terkata.

Bahan sambal berlado yang sama tapi boleh guna pelbagai bahan utama sama ada ikan, ayam, telur. Dah pernah buat ayam goreng berlado. So kali ni try buat siakap goreng berlado dan telur rebu berlado.


siakap goreng berlado
menu dinner kami malam ni


6 comments:

  1. Lauk kat atas ni semua lauk menambah berat badan. Ni bukan dia pinggan. 3 pinggan nasi putih boleh habis. Dengan syarat nasi panas...

    ReplyDelete