Goodbye 2023
Hari terakhir bekerja tahun 2023 hari ni. Nanti masuk kerja semula tahun baru 2024 dah. Hihihi. Minggu depan tahun baru la dah.
Sedar tak sedar je setahun dah berlalu. Cepat masa berlalu. Tahun 2023 dah berlalu dengan melalui pelbagai dugaan dan cabaran berliku-liku. Lega rasanya bila dah berlalu.
tukar kalendar terus nanti minggu depan masuk kerja dah tahun baru |
Tapi tak lega sepenuhnya la. Hahahah. Cabaran dan dugaan tahun 2024 belum tau lagi apa akan berlaku. Kita doakan jela semoga yang baik-baik saja untuk tahun baru 2024. Semoga semuanya dipermudahkan.
Kalau ikutkan tahun 2024 lebih banyak cabaran besar menanti antaranya ada 3 pensijilan yang kita kena dapatkan. 1 peringkat hospital dan 2 lagi peringkat unit. Dah nampak bayangan kesibukan tu. Huhhu.
Apa-apa pun kita enjoy dulu cuti 3 hari. Manfaatkan sebaiknya cuti panjang hujung minggu. InsyaAllah nak buat juga Giveaway Segment sempena nak masuk tahun baru. Nanti Cie post jangan lupa join ye. Hihihi
No comments:
Post a Comment