Kursus Tatacara Pengurusan Stor - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Saturday 13 January 2024

Kursus Tatacara Pengurusan Stor

 INTAN WILAYAH TIMUR (INTIM) KEMAMAN

Kursus Tatacara Pengurusan Stor

Ini bukan lah kali pertama Cie mengikuti kursus anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) ni. Ni kali yang ketiga la kiranya. Kali pertama Cie join kursus INTAN Kampus Wilayah Selatan (IKWAS) di Kluang Johor. Kursus Pengurusan Aset kalau tak silap Cie betul-betul lepas nikah tahun 2011.


Masa kursus di IKWAS tu Cie duduk di asrama IKWAS. Biliknya best juga macam asrama masa belajar kat Politeknik dulu. Ada Cie share kat facebook. Malas nak mencari link ada je kat album Facebook Cie. Seronok juga kursus kat IKWAS tu.


Kali kedua pula tahun 2012 atau 2013 Cie pun dah lupa cuma ingat waktu tu anak dah sorang. Masa tu Kursus Tatacara Pengurusan Stor di INTAN Wilayah Timur (INTIM) di Kemaman. Cie pergi dengan mak mertua katanya risau menantu drive sorang-sorang. Kebetulan pulak mak mertua nak pergi rumah adiknya di Kemaman. So kami menginap di situ la sepanjang Cie berkursus.


Kalau ikutkan kat INTIM tu ada juga asrama. Tapi Cie tak pilih menginap di INTAN la masa tu sebab makcik (adik ipar mak mertua) suruh duduk rumah dia je. Hari pertama dia hantar nak tunjuk jalan katanya. Cie ok je boleh pergi sendiri tapi dia nak juga hantar dan ambil. Layankan jela. Hihihi. Maksu memang baik. Kalau jumpa Cie memang riuh la kami borak.


Kali yang ketiga ni sekali lagi Cie mohon kursus di website INTAN. Pilih tajuk yang sama juga Kursus Tatacara Pengurusan Stor sebab nak recap ilmu yang dah berkarat ni. Lagipun mesti ada update terkini. Dah 11-12 tahun dah berlalu kursus yang dulu tu. Kursus kali ni secara online je. Memang Cie pilih untuk kursus online je lebih mudah.


Kalau kursus secara fizikal agak susah pulak nak ke Kemaman tu. Mesti kena drive sendiri. Jauh pulak tu memang tak la nak pergi. Sebab ada online tu la Cie mohon. Kursus selama 4 hari nak tinggal anak-anak memang tak yakin babahnya uruskan. Hahaha. Boleh je cuma ibu la tak yakin. Sindrom mak-mak ni memang gitu la. 


Seronok sangat kursus online rupanya. Ada sesi kerja kumpulan juga. Masa belum habis kursus tu jenuh fikir macam mana nak buat kerja kumpulan kalau online. Rupanya mereka guna aplikasi zoom. Dalam zoom tu ada breakout room. Kat situ la perbincangan kumpulan tu berlangsung. 


Perbincangan kumpulan tu hari keempat. Hari pertama hingga hari ketiga mereka gunakan aplikasi google meet je. Pun best juga selain dari talk dari penceramah ada juga sesi menjawab kuiz menggunakan aplikasi kahoot dan quizizz. Peserta pun semuanya seronok dapat jawab kuiz secara online tu.


kursus tatacara pengurusan stor
kursus hari pertama kita pakai baju hijau lumut


kursus tatacara pengurusan stor
hari kedua pakai baju merah


kursus tatacara pengurusan stor
hari ketiga pakai baju coklat


kursus tatacara pengurusan stor
hari keempat pakai baju batik hijau

kursus tatacara pengurusan stor
mujur bawak bekal biskut anak boleh kunyah masa mengantuk. hihi



kursus tatacara pengurusan stor
hari pertama penyelaras kursus bagi taklimat adab kelas dalam talian


kursus tatacara pengurusan stor
kerajaan madani kan maka nya kena la dengar tentang madani


kursus tatacara pengurusan stor
jawab kuiz online selepas sesi ceramah


kursus tatacara pengurusan stor
sesi pembelajaran berlangsung


kursus tatacara pengurusan stor
jawab kuiz online lagi


kursus tatacara pengurusan stor
waktu sesi perbincangan dalam kumpulan


kursus tatacara pengurusan stor
ni nama kumpulan Cie kumpulan Sata. masa present hasil perbincangan


Nama-nama kumpulan yang diberikan semua nama makanan negeri Terengganu. Kumpulan rojak ketih, ketupat sotong, nasi dagang, sata dan keropok lekor. Ada 5 kumpulan je. Cie kumpulan sata. Sedapnya lama tak makan sata.


Bila hari terakhir tu rasa sedih pulak nak habis dah kursus. Seronok dapat belajar ilmu baru. Dapat kenal kawan-kawan baru dari agensi lain. Pelbagai jabatan dan jawatan ada join kursus tu. Semuanya tak kedekut berkongsi idea semasa sesi perbincangan.


Alhamdulillah semuanya dah selesai selama 4 hari mengadap laptop untuk habiskan Kursus Tatacara Pengurusan Stor. Mujur dah upgrade SSD dan RAM di Imika so takde hang masa join kursus tu secara online. 


InsyaAllah nanti bulan 8 Cie akan join lagi kursus anjuran INTAN ni secara online juga. Mudah bila INTAN sediakan kursus online dapat juga Cie tambah ilmu dan tambah bilangan hari kursus untuk tahun 2024 ni.


Buat penjawat awam kalau korang nak apply kursus di INTAN ni boleh je korang kena daftar dulu kat Portal dtims. Masukkan je nombor IC nanti secara automatik data korang akan keluar. Dah ada link dengan HRMIS kita. So tak perlu dah masukkan details kita. Lepas tu korang boleh terus pilih kursus mana yang korang nak dan boleh mohon. Dalam tu nanti semua ada status permohonan kita sama ada lulus ke atau tidak. Senang je.


8 comments:

  1. Tahun lepas banyak sy kena hadiri kursus on line. Memenatkan juga walaupun virtual (mostly guna zoom & google meet). Tapi kalau topik kena dgn jiwa.. cerah la mata. Skg apps tu pun sy dah uninstall dgn harapan 2024 ni tak de lg la kena kursus2 lg. 😁Nak pegi yg off line je. Paling last pegi, kursus penulisan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami masih guna medium online kalau ada CCE peringkat kebangsaan. Slot sejam je peserta serata negeri so memang kena online.

      Delete
  2. Menarik juga ... memang kena fokus la kan sebab ada kuiz 😄😄

    ReplyDelete
  3. Linda ad mohon jugak 1 kursus nie.. X taw dah approve ke tak.. X cek puLk lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau stor ni nanti ada lagi rasanya fizikal dan online tak sure bulan berapa. Rasanya sebulan sebelum date tu baru approved.

      Delete
  4. zaman now senang je, buat online. tak perlu tinggalkan urusan hakiki

    ReplyDelete