Upgrade SSD dan RAM di Imika - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Saturday 13 January 2024

Upgrade SSD dan RAM di Imika

 IMIKA KUALA LIPIS

Upgrade SSD dan RAM di Imika

Laptop Cie yang dah berusia 13 tahun tu memang kena upgrade SSD dan RAM dah sebabnya terlalu slow dan ada masa hang bila guna. Terutama kalau on wifi, guna google. Memang keras jela terus tak boleh nak klik.


Awal bulan Januari hari tu ada la bawa laptop pergi kerja sebab masa tu ada bengkel dokumen kat dewan serbaguna hospital so memang kena guna laptop senang nak buka dokumen tu kat laptop. Masa tu Cie on wifi dan buka emel. Nak buka dokumen word dia dah start hang tak gerak langsung.


Terus la Cie decide weekend memang kena hantar upgrade SSD dan RAM juga sebab hari Isnin 8 Januari 2024 hingga 11 Januari 2024 Cie ada kursus online. Syarat kursus kena on camera jadinya memang kena bawa laptop sendiri la kisahnya. Tu yang Sabtu minggu lepas Cie hantar ke Imika Kuala Lipis.


Imika Kuala Lipis ni baru je buka. Outlet yang ke 92 seluruh Malaysia. Pengarah Urusan Imika ni anak muda melayu. Bagus betul muda-muda lagi ada bisnes yang besar. Sekarang ni dah cecah 100+ juga dah outlet Imika. Cie tau pasal Imika ni pun selalu nampak iklan. Cie pun nak try la hantar laptop kat sini.


Masa datang kat Imika tu technician tu check dulu laptop. Katanya kena upgrade SSD dan RAM. Katanya kalau nak upgrade salah satu pun boleh je. Dia quote la harga. 


Upgrade SSD dan RAM di Imika

 
Sambil tu technician tu nak meracun Cie nak suruh ambil laptop. Katanya daripada upgrade SSD dan RAM baik ambil laptop je. Dia pun promote la 2-3 jenis laptop. Cie tengok la kenapa macam buruk je laptop dia ni. Beberapa biji laptop yang dia tunjuk tu semua buruk macam yang lama. Ada sticker pun macam dah pudar. 


Cie baru perasan juga rupanya kat Imika ni menjual refurbished laptop. Cie ingatkan laptop baru pun ada. Cie dengar jela dia explain masa laptop tu. Takde dia sebut refurbished ko maybe dia ingat Cie dah tau. Patut la semua nampak macam buruk je. Cie berkenan tengok yang touch screen tu macam best brand Lenovo. Harga dia bagi RM1200 dan katanya dapat sekali ipad. Kalau taknak ipad dia bagi RM900 ada warranty apa semua la


Kalau upgrade SSD dan RAM katanya bajet dalam RM500 gitu la. Laptop yang dia offer tu RM900. Cie tanya juga brand lain tu mostly harga dalam RM1200-1600 gitu la. Semasa dia terangkan tu Cie sempat la google harga laptop Lenovo touch screen tu. Tu yang Cie rasa macam tak berbaloi pun nak beli laptop lain sedangkan laptop Cie ni masih ok cuma kena upgrade SSD dan RAM je.


Cie pun jarang guna laptop. Guna untuk kerja je. Kalau ada kursus atau bengkel yang kena guna laptop je baru la guna laptop tu. Ataupun kalau nak print apa-apa kerja sekolah anak. Kiranya jarang-jarang guna so takde keperluan nak beli laptop lain. Kalau trade in ambil laptop baru mungkin Cie akan ambil. Update blog pun guna tab je. Guna laptop kena on hotspot handphone jadi susah. Tu yang tak guna sangat laptop kat rumah.


Panjang lebar technician tu explain Cie decide untuk upgrade SSD dan RAM sekali. Nak lajukan je. Laptop Dell ni pun takde masalah lain. Dari Window 7 dah upgrade window 10. Keyboard problem hari tu pun Cie dah tukar. So takpela selagi boleh pakai. 


Tinggal la laptop kat situ hari Sabtu petang tu. Ahad katanya boleh siap. Tanya dulu berapa hari. Dia kata sehari je. Kalau sehari boleh la sebab Isnin dah nak pakai untuk kursus tu.


upgrade ssd dan ram di imika


Sebelum tinggalkan tu mereka akan ambil gambar laptop dulu dan keluarkan 1 resit. Nanti kena sign je kat resit tu. Dah siap nanti mereka akan contact kita.


Tengahari Ahad tu mereka dah whatsapp bagitau laptop dah siap. Masa tu duk risau dah kot ada hidden charge ke apa kan. Asalnya mereka kata RM500 je. Terfikir je mana tau kan tiba-tiba rosak itu ini pulak jenuh. Selepas Zohor Cie pergi ambil laptop.


upgrade ssd dan ram di imika


Masa kita sampai tu mereka akan terus on laptop dan tunjukkan perubahan selepas dah upgrade. Mereka tunjuk la apa yang ditukar. Mereka explain dan tanya kita kalau ada soalan. Cie ni bukan la tau sangat apa-apa pasal laptop. So takdela soalan nak tanya. 


upgrade ssd dan ram di imika
Malas nak withdraw cash so kita tap tap jela debit card


upgrade ssd dan ram di imika
terpampang dah tu refurbished laptop boleh tak perasan


upgrade ssd dan ram di imika
total betul RM500. mereka bagi external hard disk sekali

Sebelum tinggal laptop tu mereka ada explain cakap data mereka akan back up. Mereka cakap seeloknya Cie beli external hard disk untuk Cie storage data dalam laptop kat situ. Cie kata takpela back up kat dalam laptop tu jela.


Masa ambil laptop tu mereka bagi free je external hard disk tu. Tak sure la berapa harga sebenar external hard disk tu. Ok la kan upgrade SSD dan RAM di Imika ni dapat external hard disk sekali. Alhamdulillah rezeki.


upgrade ssd dan ram di imika
kat rak tu semua refurbished laptop


upgrade ssd dan ram di imika
bil selepas dah bayar

Selepas upgrade SSD dan RAM di Imika ni memang laju dah laptop Cie. Takde hang dah bila guna. Dapat kursus dengan tenang dan aman selama 4 hari. Alhamdulillah. Lega bila laptop dah laju senang nak guna sepanjang tahun 2024 ni mesti banyak kursus dan bengkel yang akan gunakan laptop.


upgrade ssd dan ram di imika
lepas upgrade dah nampak macam baru kosong je


upgrade ssd dan ram di imika
lancar je kursus laptop dah laju

Laptop Dell ni dah berusia 13 tahun kata technician tu. Maybe mereka check masa mereka upgrade tu. Jenama Dell ni antara laptop Cie pakai paling lama. 


Sebelum ni brand apa entah tak ingat rasanya Acer dah 2 biji cepat je ada problem. Kedua-duanya Cie jual. Lepas dah 2x pakai jenama Acer tak memuaskan tu yang Cie tukar beli jenama Dell pulak. 


Alhamdulillah hingga sekarang masih berjasa sampai berbelas tahun. Cuma biasa la dalam tempoh belas tahun ni banyak dah makan modal. Hihihi. Semoga dapat terus berbakti kepada taunmu ini.

2 comments: