Laptop Berjaya Upgrade Window 10 - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Friday 24 February 2023

Laptop Berjaya Upgrade Window 10

 DELL INSPIRON N4110

Cie beli laptop ni lama dah tak ingat tahun bila. Rasanya dah lebih 5 tahun kot. Masa beli tu masih window 7. Kat laptop tu pun memang ada sticker Window 7.


Laptop Berjaya Upgrade Window 10


Nak dijadikan cerita baru-baru ni Cie ada beli printer HP yang jenis boleh guna wifi saja untuk print dari handphone. Cie nak install kat laptop tapi failed sebab laptop ni Window 7. So tak support. Bila Cie tanya seller kat shopee dia kata kena upgrade ke window 10 baru boleh install printer tu secara online. 

Kalau zaman dulu kala guna CD je nak install sekarang tak boleh. Kalau gitu senang la. Yang ni tak boleh so nak taknak kena upgrade jugak ke window 10. Sekarang pun window 7 dah outdated. Cie pun tak perasan laptop tu masih window 7.

Cie bawak laptop ke kedai untuk upgrade ke window 10. Sekali dia kata tak boleh sebab ada sticker window 7. Kalau ada sticker tu memang tak boleh upgrade ke window 10. Cie pun pasrah jela. Bawak balik semula laptop tu. Pekerja kedai tu cuma install driver printer tu je tapi tetap tak boleh upgrade.

Masa berlalu begitu saja. Cie tanya lagi kat seller printer tu. Dia kata boleh update window 7. Suruh kedai buat dia kata. Cie pun sekali lagi ke kedai yang sama bertanyakan perihal update window 7. Katanya tak boleh jugak. Cie pun macam pasrah lagi sekali. Terus tengok laptop baru dan terfikir nak trade in je laptop ni. Ingatkan memang outdated dah laptop tu.

Kebetulan minggu lepas staff IT Hospital ada datang kat jabatan Cie nak update microsoft office. Cie pun tanya kat dia betul ke kalau kat laptop tu ada sticker window 7 maknanya memang support window 7 je. Dia cakap eh mana ada. Sticker tu nak inform yang laptop tu masa kilang keluarkan dia install dengan window 7. Boleh je upgrade ke window 10.

Cie pun tanya dia ada buat tak freelance upgrade window. Dia kata ada dia buat hujung minggu atau lepas habis kerja. Dia charge rm50 untuk sekali back up. Cie pun terus on jela dengan dia. Malas nak tanya kedai dah. 

Nak double confirm Cie pun tanya downline bisnes Cie yang terror juga bab IT. Dia pun bagi jawapan yang sama macam staff IT Hospital tu cakap. Boleh je upgrade ke window 10.

So sah la yang boleh je upgrade sebenarnya. Kiranya staf kat kedai komputer yang Cie tanya tu takde knowledge sangat la pun pasal laptop atau software. Rugi la owner kedai tu hire pekerja yang taktau. Dah hilang sorang customer.

Hari Selasa Cie bagi kat staff IT tu, hari ni (Jumaat) dia dah serah semula laptop kat Cie. Alhamdulillah akhirnya laptop dah berjaya upgrade ke window 10 dengan hanya keluar modal RM50. Murah la berbanding kena beli laptop baru.

Laptop Berjaya Upgrade Window 10


Laptop Berjaya Upgrade Window 10


Laptop Dell Inspiron Cie ni masih elok takde problem pun. Cuma keyboard jela dah problem lagi sekali. Sebelum ni pernah tukar dah. Kali ni space dah huruf F yang rosak. Tanya harga kat kedai tu dia kata RM200 ke atas. So Cie beli keyboard kat Mr. Diy RM17 boleh je guna. Malas nak tukar mahal sangat. Jarang jugak pun on laptop melainkan nak update blog je.

Balik kerja lepas mandi dan solat terus install printer. Alhamdulillah berjaya dan dah try guna. So lepas ni mudah la nak print nama anak-anak nak tampal kat buku. Senang ada printer kat rumah tengah malam buta masih boleh print apa-apa.


Laptop Berjaya Upgrade Window 10



Laptop berjaya upgrade window 10


Kesimpulannya kalau nak tanya berkenaan dengan IT ni jangan tanya 1 kedai je. Boleh tanya kedai-kedai lain juga untuk dapatkan jawapan yang tepat. Selesai masalah printer dan masalah window 10 ni. Laptop ku dah berjaya upgrade ke window 10.

No comments:

Post a Comment