Sambal Belacan Mudah
Cie selalu buat macam-macam stok sambal dan simpan dalam fridge. Sambal belacan, sambal penyet, sambal tomato. Gilir-gilir la takde buat semua jenis sambal tu. Sambal kicap pun ada jugak simpan dalam fridge senang bila-bila nak makan. Kalau sambal hitam tak simpan dalam fridge cuma buat stok dan simpan kat luar je senang nak makan.
Sambal belacan ni pun baru je lagi Cie buat stok. Sebelum ni buat sikit je bila nak makan. Ada masa menjadi, ada masa entah apa-apa je rasa. Hahahah. Resepi sambal belacan ni baru 2 kali Cie buat dan menjadi. Alhamdulillah. So Cie nak share la kot ada yang nak buat jugak.
Bahan-Bahan Sambal Belacan
1 biji cili merah besar
1 biji cili merah hijau
25 biji cili padi (campur merah dan hijau)
7 biji limau kasturi
sedikit belacan
1 sudu kecil asam jawa
1 sudu besar cuka
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
cuka je takde dalam gambar ni |
limau kasturi ni perah jus. kulit tu gunting halus. |
belacan ni nak sedap bakar sikit |
Cara Membuat Sambal Belacan
Rebuskan semua cili dalam 2-3 minit je. Kemudian toskan. |
masukkan semua bahan dalam blender. Blend sampai sebati |
Senang je kan nak buat sambal belacan ni. Cie rebuskan sikit cili tu supaya tahan lama sikit dan takdela sakit perut makan cili mentah je. Sukatan tu pun agak-agak je ikut sebanyak mana kita nak buat.
Akak pun suka buat sambal belacan cumanya akak akan tumbuk guna lesung batu...pas tu simpan dalam fridge..senang kan
ReplyDeleterajin akak tumbuk ye. kalau untuk sekali makan selalu tumbuk jugak. buat banyak ni blend je senang.
DeleteKalau ada sambal belacan, bertambah2 makan nasi
ReplyDeleteye penambah selera.
DeleteLagi lama simpan lagi sedap kan sambal belacan ni...
ReplyDeleteaah tu yang kena masak dulu cili tu bagi tahan lama.
DeleteBanyak juga bahan-bahan Cie guna untuk buat samabal belacan tu ya.
ReplyDeletePatutlah sedap. Next time nak cuba resepi ni
Mrs. A kalau buat sambal belacan selalu failed huhuuhu...
ye banyak bahan baru sedap.
Deletenampak mcm sedap sambal ni. byk bahannya
ReplyDeleteye sedap try la buat.
Deleteye sedap try la buat.
Deletesedapnya nampak sambal belacan ni
ReplyDeleteye memang sedap
DeleteBagus simpan stok sambal belacan. Bila nak makan tak payah nak buat lagi.
ReplyDeleteaah senang kalau nak makan
Deletelama x buat stok sambal belacan siam ni... kena ada cili hijau jugak kan bau terangkat bau wangi pedas cili tu
ReplyDeleteye kena campur2 cili pelbagai jenis.
DeleteKita suka smbal belacan tapi anak2 xsuka dan kat umah pun jenis xsuka makan pedas...layan sorang2 je la hehe
ReplyDeleteKat rumah ni anak2 makan je tapi sikit la. Yang kedua tu tak makan pedas tapi suka mencuba je.
Deletesambal belacan penambah selera hidangan masakan . memang wajib ada atas meja makan dengan menu yg lain
ReplyDeleteYe betul memang penambah selera.
DeleteKalau hari berkerja time lunch mkn smbal belacan ni kena guna sudu makan.. kalau tak, sampai habis keje tgn bau belacan hahahaha.. :P
ReplyDeletekalau mengantuk boleh hidu jari segar terus. hahaha
DeleteAda guna kulit limau kasturi ya. Nanti boleh masukkan masa buat.
ReplyDeleteYe ada guna kulit limau. Rugi buang kita boleh guna masuk dalam sambal.
Delete