Resepi Sambal Belacan
Sambal Belacan Mudah
Cie selalu buat macam-macam stok sambal dan simpan dalam fridge. Sambal belacan, sambal penyet, sambal tomato. Gilir-gilir la takde buat semua jenis sambal tu. Sambal kicap pun ada jugak simpan dalam fridge senang bila-bila nak makan. Kalau sambal hitam tak simpan dalam fridge cuma buat stok dan simpan kat luar je senang nak makan.
Sambal belacan ni pun baru je lagi Cie buat stok. Sebelum ni buat sikit je bila nak makan. Ada masa menjadi, ada masa entah apa-apa je rasa. Hahahah. Resepi sambal belacan ni baru 2 kali Cie buat dan menjadi. Alhamdulillah. So Cie nak share la kot ada yang nak buat jugak.
Bahan-Bahan Sambal Belacan
1 biji cili merah besar
1 biji cili merah hijau
25 biji cili padi (campur merah dan hijau)
7 biji limau kasturi
sedikit belacan
1 sudu kecil asam jawa
1 sudu besar cuka
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
![]() |
cuka je takde dalam gambar ni |
![]() |
limau kasturi ni perah jus. kulit tu gunting halus. |
![]() |
belacan ni nak sedap bakar sikit |
Cara Membuat Sambal Belacan
![]() |
Rebuskan semua cili dalam 2-3 minit je. Kemudian toskan. |
![]() |
masukkan semua bahan dalam blender. Blend sampai sebati |
Senang je kan nak buat sambal belacan ni. Cie rebuskan sikit cili tu supaya tahan lama sikit dan takdela sakit perut makan cili mentah je. Sukatan tu pun agak-agak je ikut sebanyak mana kita nak buat.
Akak pun suka buat sambal belacan cumanya akak akan tumbuk guna lesung batu...pas tu simpan dalam fridge..senang kan
BalasPadamrajin akak tumbuk ye. kalau untuk sekali makan selalu tumbuk jugak. buat banyak ni blend je senang.
PadamKalau ada sambal belacan, bertambah2 makan nasi
BalasPadamye penambah selera.
PadamLagi lama simpan lagi sedap kan sambal belacan ni...
BalasPadamaah tu yang kena masak dulu cili tu bagi tahan lama.
PadamBanyak juga bahan-bahan Cie guna untuk buat samabal belacan tu ya.
BalasPadamPatutlah sedap. Next time nak cuba resepi ni
Mrs. A kalau buat sambal belacan selalu failed huhuuhu...
ye banyak bahan baru sedap.
Padamnampak mcm sedap sambal ni. byk bahannya
BalasPadamye sedap try la buat.
Padamye sedap try la buat.
Padamsedapnya nampak sambal belacan ni
BalasPadamye memang sedap
PadamBagus simpan stok sambal belacan. Bila nak makan tak payah nak buat lagi.
BalasPadamaah senang kalau nak makan
Padamlama x buat stok sambal belacan siam ni... kena ada cili hijau jugak kan bau terangkat bau wangi pedas cili tu
BalasPadamye kena campur2 cili pelbagai jenis.
PadamKita suka smbal belacan tapi anak2 xsuka dan kat umah pun jenis xsuka makan pedas...layan sorang2 je la hehe
BalasPadamKat rumah ni anak2 makan je tapi sikit la. Yang kedua tu tak makan pedas tapi suka mencuba je.
Padamsambal belacan penambah selera hidangan masakan . memang wajib ada atas meja makan dengan menu yg lain
BalasPadamYe betul memang penambah selera.
PadamKalau hari berkerja time lunch mkn smbal belacan ni kena guna sudu makan.. kalau tak, sampai habis keje tgn bau belacan hahahaha.. :P
BalasPadamkalau mengantuk boleh hidu jari segar terus. hahaha
PadamAda guna kulit limau kasturi ya. Nanti boleh masukkan masa buat.
BalasPadamYe ada guna kulit limau. Rugi buang kita boleh guna masuk dalam sambal.
Padam