Menu Sahur Dan Berbuka 4 Ramadan 1445H - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Friday 15 March 2024

Menu Sahur Dan Berbuka 4 Ramadan 1445H

 4 Ramadan 1445H

Menu Sahur Dan Berbuka 4 Ramadan 1445H


Setiap hari nak update menu sahur dan berbuka puasa Ramadan kali ni. Nanti tengok la berjaya ke tidak. Hahahah. Beginilah blogger suam-suam kuku. Kejap rajin kejap malas. Semoga rajin la lepas ni. Kalau bulan puasa ni masa terhad. Lepas berbuka solat Maghrib, sekejap je masa dah nak bersiap untuk ke masjid. Balik dari masjid dah 10 malam terkejar-kejar nak update blog, nak tidur awal lagi. Gitulah rutin sekarang.


So menu sahur kita masih sama tak berubah pun. Cie masih shake shake je bangun sahur. Tiada lauk pauk mahupun nasi. Nak buat nasi goreng untuk anak-anak pun mereka taknak. Mudah la kerja ibu. Untuk ibu wajib sahur dengan ESP shake Cinch Chocolate. Puasa sebelum-sebelum ni macam-macam flavour protein shake tu Cie sediakan. Tahun ni hanya ada ESP dan Cinch Chocolate je. Minum protein shake ni dapat beri rasa kenyang berpanjangan. Takdela rasa lapar sepanjang berpuasa.


Untuk kurangkan rasa dahaga masa berpuasa dengan cuaca sangat panas terik ni Cie minum Performance Drink Lemon Lime mix dengan Cinch Tea. Cinch Tea tu bagi tenaga dan dapat elakkan rasa mengantuk. Kat office memang takde rasa mengantuk mengadap kerja yang menimbun.


Anak-anak pulak Cie bancuh Performance Drink Orange setiap kali sahur. Anak-anak la paling kesian berpuasa musim panas ni. Dah la sekolah pakai uniform panas. Dalam kelas hanya ada kipas je. Kita dalam office selesa la juga ada aircond. Takpela kan dugaan dan cabaran buat kita dalam menunaikan ibadah. Semoga dipermudahkan dan baik-baik saja.


Menu berbuka 4 Ramadan anak-anak paling tunggu. Sebab anak-anak suka makan sotong goreng tepung bestari tu dan masak berlado. Selalu buat ayam goreng berlado, hari ni kita buat udang goreng berlado. Memang bertambah-tambah nasi anak-anak makan. Berselera mereka makan sebab tak pedas Cie tak letak cili padi. Hanya cili besar saja.


Ada orang bagi ikan kenerak (ye kot nama dia) Cie buat gulai tempoyak ikan. Buat tambah-tambah lauk. Alhamdulillah licin semua takde membazir. Sayur pulak dah malas nak goreng Cie buat acar timun jela.


Roti john tu husband beli RM10 katanya. Husband Cie memang suka la beli apa-apa setiap hari. Kalau Cie memang berbuka nasi je dah cukup. Masa berbuka banyak minum air je. Nasi macam biasa suku-suku separuh je. Kuih muih kalau ada makan je. Teringin ke apa memang takde dalam kamus hidupku. Hihihi.


Esok nak ke beli bahan mentah untuk menu seminggu pulak. Dalam fridge ada lagi seekor ikan siakap. Masak la menu 5 Ramadan kot tengok nanti macam mana keadaan. Dalam fikiran macam nak balik rumah kakak sulung berbuka dengan family dia. Sejak takde ayah gitulah rutin dalam sebulan puasa tu akan balik rumah ayah. Rumah pusaka tu kakak sulung duduk dan jaga. So memang kalau balik kampung memang balik ke situ. Jarak dari rumah Cie ke kampung 30 minit je. 

12 comments:

  1. mudahnya kerja klu pagi2 shake2 je cie,....umah eqin ank jnis mkn nasi..kakak tu siap mntk tambah, enida kena suap br lalu nk mkn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mudah kerja, Alhamdulillah. Suami pun tak makan nasi. Minum air & kurma je.

      Delete
  2. Tetiba teringat kawan lama I, hari2 dia sahur masak nasi goreng sbb anak2 dia suka nasi goreng. Senang mcm tu kan?. As for me, ok je nasi goreng.. tapi someone in this house tak boleh kot sahur tanpa kuah.

    Bestnya umah pusaka dkt dgn umah, ha pegi la iftar sama2 dgn kakak tu bwk siakap stim😁. I can imagine keseronokannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari2 nasi goreng kena tukar2 la bahan tu baru sedap. Hihi. Selalu balik kampung kakak yang masak nak rasa air tangan dia macam masakan mak.

      Delete
  3. Alhamdulillah.
    Meriah juadah berbuka dan bersahur.
    Rajin Cie masak.

    ReplyDelete
  4. Meriahnya menu iftar Cie...
    Kat runah saya pula sahur anak anak pakat makan cereal dengan susu ja...Saya pula kalau minum susu peoagi sakit oerut..so, minum air

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulis menu sesiap untuk setiap hari. hihihhi

      Delete
  5. Replies
    1. alhamdulillah masak untuk encourage anak2 nak puasa.

      Delete
  6. kalau kat rumah ni..menu utama nasi berlauk..kalau buat nasi goreng x jalan de...

    ReplyDelete
  7. Saya pun kalo berbuka, biasanya langsung menu dinner. Jadi tak pakai kue2. Sesekali bolehlah , beli dari luar. Tak nak bikin, Krn saya tak pandai buat kue2 πŸ˜‚.

    Air pun LBH suka air suam. Dah tak tertarik manis2

    ReplyDelete