5 Ramadan 1445H
Menu berbuka 5 Ramadan masak yang simple je sebab anak-anak ajak keluar moreh lepas terawih. Cie masak mi goreng je letak isi ayam, fish cake, kobis, taugeh. Tabur sikit daun sup dan bawang goreng homemade. Sejenis je cukup la.
Cuma Cie tambah cili potong kicap campur dengan cuka dan keropok keping goreng. Bertambah-tambah semua makan mi goreng ibu. Beli mi gardenia yang 900gm tu. Bagi jiran dan bos sikit. Mereka cakap sedap macam rasa mi kuali pasar malam. Lepas ni boleh la Cie berniaga pasar malam. Hahahaha.
Sahur hari-hari sama saja takde perubahan. Hihihi
Lepas terawih kami terus ke Kedai Makan Mina Kawan Kita. Panjang nau nama kedai dia kan. Hihihi. Ada nampak mereka share pelbagai jenis colek. Tu yang teringin nak try. Masa kami sampai tu ada ramai juga orang makan. Kedai tu tepi jalan je memang jadi port persinggahan mereka yang dalam perjalanan ke Kelantan. Ada pelbagai jenis masakan panas ada juga kat situ. Kami makan colek je dan order air.
colek campur RM10 |
Celup-celup RM8 |
Colek campur tu ada ayam popcorn, paru, perut, salad, timun, kobis ungu, keropok dan sos thai. Yang celup-celup tu anak-anak pilih sosej RM2 sebatang, crab stick RM2 sebatang, bebola sotong RM2 3 biji. Sosej ambil 2 batang total RM8.
Semua makan sekali air RM25. Air RM7 order air sirap bandung, laici dan teh o ais. Colek tu bagi Cie sos thai dia macam manis sikit. Kalau ada masam masin sikit mesti ok. Rasa manis ni tak berapa kena tekak. Nanti nak try kedai lain juga.
Kami ada order colek buah juga tapi maybe mereka lupa nak hantar. Malas nak mintak dah. RM7 ada 4 jenis buah mangga, nenas, jambu batu, sengkuang. Tak dapat la nak rasa sebab tak sampai. Hihihi.
Ni saja lah menu kita hari ke 5 Ramadan. Sekejap je masa berlalu dah 5 Ramadan. Semoga dapat la kita sampai ke penghujung Ramadan. Aamiin.
Belah Pantai Timur meriah dengan colek ye waktu malam...Best kan bulan puasa ,malam terasa meriah
ReplyDeletesebab kat Lipis ni ramai orang Kelantan. hihih. kedai makan mostly kelantan thai gitu la. tu yang orang Lipis pun jadi pandai makan.
DeleteOk jugak idea ni.. berbuka simple than lepas taraweh pergi makan luar.. nice..
ReplyDeleteboleh gunapakai. hihihhi
Deletecolek colek tu nampak meriah dan sedap. Tapi kalau raya raya nak ke kolipis makan, mestilah diorang pun tutup kan...
ReplyDeleteAah biasanya tutup maybe mereka balik kampung juga.
Deletecolek campur tu buat akak tertarik la Cie,nampak sedap betul
ReplyDelete