Ayam Masak Hitam - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Friday 14 June 2024

Ayam Masak Hitam

Biasanya kalau ada pasar malam hari Jumaat memang tak masak. Tapi dah beberapa minggu tak ke pasar sebab dah jemu menu yang sama je. So petang tadi balik kerja masak ayam masak hitam. Ala rendang juga ayam masak hitam ni.

Sesuai dimakan dengan nasi, pulut, roti canai, roti putih, lemang, nasi impit, ketupat semua boleh. Senang je nak masak ayam masak hitam resipi Cie ni. Apa yang ada kita lebur je dalam kuali tu jadi la ayam masak hitam.

Ayam Masak Hitam

Jom Cie share resipi ayam masak hitam. Mana tau boleh jadi idea korang nak masak menu raya haji Isnin depan. Cie pun macam nak repeat lagi ni masak ayam masak hitam nak makan dengan pulut. Esok nak beli beras pulut la. 

Resipi Ayam Masak Hitam

Bahan-bahan Ayam Masak Hitam

6 ketul ayam
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai
3 biji cili padi
Kicap
3 sudu besar minyak masak

Cara Membuat Ayam Masak Hitam

  1. Blend dengan sedikit air bawang besar, bawang putih, halia, serai dan cili padi.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga garing, masukkan sedikit lagi air dan biarkan hingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam dan tambahkan air hingga memenuhi ayam. Tutup dengan tudung periuk. Biarkan hingga air sedikit berkurangan.
  4. Masukkan kicap dan kacau rata hingga kuah pekat.
  5. Dah siap boleh dihidangkan.
Senang je nak masak ayam masak hitam ni. Tak perlu letak garam atau bahan perasa pun sebab kicap tu dah masin. Kicap tu agak-agak jela bagi hitam dan ada rasa je sebab kita tak letak garam dah. 

Boleh la cuba ye memang sedap ayam masak hitam ala rendang ni. Boleh la juga kata ayam masak kicap. Cuma bahannya ala rendang. Kalau ada daun limau purut gunting halus dan taburkan jadi la rendang ayam hitam. Pandai-pandai la namakan masakan kita tu asalkan rasanya sedap. 

Masak ni simple je guna bahan yang kita ada je. Olah je sendiri ikut yang terlintas kat fikiran. Ada orang buat ayam masak hitam ni tumis sekawan, ada orang guna rempah ratus. Semua pun boleh je takde kesalahan asalkan bersesuaian dengan apa yang kita masak tu je.

Ayam masak hitam







3 comments:

  1. Sedap ayam masak hitam. Salah satu menu kegemaran anak jugak ni.

    ReplyDelete
  2. Confirm sedap ni...
    PH baru makan Daging Masak Hitam, kiriman ibu mertua. Lauk² gini makan dgn nasi panas² cukup dah dia saja pun...

    ReplyDelete