Sambal Hitam Kantan Dan Telur Goreng - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Wednesday 10 July 2024

Sambal Hitam Kantan Dan Telur Goreng

Tengahari tadi borak dengan anak-anak pasal menu dinner. Cakap kat anak-anak nak masak tomyam je malam ni. Anak-anak cakap nak makan sambal hitam kantan dan telur goreng je. Anak-anak request telur mata kicap. Ibu pun terus on jela senang sikit kerja masak telur goreng je. Sambal hitam kantan memang dah ada.

Macam biasa la rutin harian balik kerja, solat dulu lepas tu start masuk dapur masak. Kami sekeluarga makan selepas solat Maghrib atau kadang-kadang sebelum solat Maghrib makan dah. Kalau masak simple kejap jela siap 30 minit. Lauk banyak sikit sejam la duk kat dapur tu. 

Sambal hitam kantan dan telur goreng

Hari ni masak telur je kejap jela cuma buat 2 jenis telur. Untuk anak-anak dan suami Cie buat telur mata kicap. Untuk Cie pulak telur dadar cendawan tiram. Kalau ada sayur ni Cie jela yang makan. Husband pun makan juga. Anak-anak jela tak makan. Bawang pun tak makan.

Sambal hitam kantan dan telur goreng
Buat sebekas hari tu tinggal separuh dah

Sambal hitam kantan dan telur goreng

Resipi Telur Dadar Cendawan

Bahan-bahan Telur Dadar Cendawan

1 biji telur dipukul
2-3 kuntum cendawan tiram dicarik halus
1/4 biji bawang holland hiris nipis
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Minyak masak

Cara Membuat Telur Dadar Cendawan

  1. Masukkan cendawan tiram, bawang holland, garam, serbuk perasa dan gaul rata.
  2. Panaskan minyak hingga betul-betul panas.
  3. Masukkan bancuhan telur cendawan dan goreng hingga garing. Terbalikkan. 
  4. Siap untuk dihidangkan.
Senang je buat telur dadar cendawan. Makan dengan sambal hitam kantan. Menambah nasi ni menu macam ni. Nak goreng sayur malas dah. Potong timun je buat ulam. Makan menu sambal hitam kantan dan telur goreng ni lagi sedap dari lauk pauk meriah tu.


7 comments:

  1. sedap nampak telur dadar cendawan tu

    ReplyDelete
  2. Selamat menjamu selera.
    menu telur memang tak pernah menjemukan

    ReplyDelete
  3. waahh nti boleh try juga telur dadar cendawan tiram tu! hehe

    ReplyDelete
  4. Telur dadar ni memang sedap. Kalau ada cendawan pun saya letak juga.

    ReplyDelete
  5. Fuhh sedap . Ni kalau tengah-tengah malam rasa lapar memang cari menu ni laaa

    ReplyDelete
  6. Bisa saya bayangkan ini sedaaap 😍🤤🤤🤤. Telur dadar saja enak, apalagi pakai cendawan dan sambal hitam ❤️❤️😍

    ReplyDelete