Pemakanan sewaktu hamil perlu dijaga rapi supaya bekalan nutrisi yang mencukupi dibekalkan kepada si manja didalam perut untuk tumbesaran yang normal. Kebanyakkan ibu-ibu hamil mengambil mudah akan pemakanan semasa hamil.
Berikut Cie kongsikan PANDUAN PEMAKANAN SEMASA HAMIL.
BUAH KURMA
Amalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ia akan memudahkan ibu-ibu untuk bersalin. Ada sebuah kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasullulah S.A.W.
Sabda Rasullulah S.A.W " Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.
VITAMIN B KOMPLEKS
Merupakan kumpulan vitamin larut air. Penting bagi metabolisme sel, menjaga sistem otot, saraf dan jantung supaya berfungsi dengan normal. Sumber makanan bijirin, kekacang, sayur hijau, produk tenusu, telur, daging, ikan, gandum dan banyak lagi.
VITAMIN D
Merupakan kumpulan vitamin larut lemak. Untuk pertumbuhan dan pembentukkan tulang bayi. Sumber makanan dari minyak hati ikan, susu, kuning telur, udang, tiram, ikan salmon, tauhu dan banyak lagi.
VITAMIN E
Vitamin yang bermanfaat untuk kesihatan kulit, melindungi diri dari sinar ultraviolet. Vitamin E juga baik untuk pembentukan sel-sel darah merah yang sihat. Sumber makanan dari gandum, kekacang, minyak sayur dan sayur hijau.
PROTEIN
Protien dapat membina tisu badan, enzim dan hormon. Sumber zat bagi pertumbuhan sel. Protein dibentuk dari percantuman unit asas yang dikenali sebagai asid amino. Sumber makanan daging, kekacang, ikan, udang, tauhu, yogurt, tempe, keju, gandum dan telur.
ASID FOLIK
Untuk perkembangan sistem saraf dan sel darah. Keperluan asid folik semasa tempoh kehamilan adalah 800mcg sehari terutamanya pada 12 minggu pertama kehamilan. Kekurangan nutrien ini boleh membawa kepada gangguan pembentukan otak yang boleh menyebabkan kecacatan pada susunan saraf atau otak bayi. Sumber makanan bayam, brokoli, asparagus, kekacang, lobak merah, pisang, tomato.
ZAT BESI
Wanita dewasa yang mempunyai berat badan sekitar 55 kg memerlukan ± 2100 mg zat besi. Manakala wanita hamil memerlukan 50 peratus lebih banyak zat besi bagi mengelakkan berlakunya anemia dikalangan ibu mengandung. Sumber makanan bayam, kangkung, daging, jagung, aprikot, buah prune, kekacang, kismis, yogurt, telur, ikan dan hati.
KALSIUM
Bagi proses pembentukan tulang dan gigi bayi serta menghalang ibu dari mengalami osteoporosis. Sumber makanan keju, yogurt, ikan salmon, lobak putih, tofu, brokoli, badam, pisang, sayur hijau, kekacang, susu dan produk tenusu.
LAIN-LAIN
Makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit. Hati serta organ dalaman haiwan perlu dielakkan kerana berkemungkinan mengandungi bentuk retinol vitamin A dalam jumlah yang tinggi dan tidak sesuai untuk bayi yang sedang membesar.
SUPLEMEN UNTUK IBU MENGANDUNG
Ibu-ibu hamil juga boleh mendapatkan nutrisi yang lengkap dengan pengambilan suplemen tambahan. Kadang kala makanan yang kita makan belum tentu masih terpelihara nutrisi selepas proses penyediaan dan memasak. Disini Cie kongsikan suplemen yang Cie ambil sepanjang tempoh mengandung anak yang kedua dan alhamdulillah tiada langsung masalah seperti HB rendah, diabetes, kejang kaki, mudah penat dan masalah-masalah lain yang biasa dialami oleh ibu hamil.
Set Mengandung Trimester 1 |
Set Mengandung Trimester Dua dan Tiga |
Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh
hubungi saya:
Pengedar
Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah
Muhammad Nor
ID:
890962
Facebook: Roziah Muhammad Nor
Facebook
Page: Syafiyah Vita Shoppe
Instagram: syafiyahvitashoppe
0129755310
(whatsapp/wechat/telegram)
Atau boleh
juga hubungi PENGEDAR SHAKLEE SELURUH MALAYSIA
No comments:
Post a Comment