6 Sebab Berat Badan Meningkat - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Monday 6 April 2015

6 Sebab Berat Badan Meningkat

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Ketika kita menumpukan sepenuh perhatian dan tenaga yang banyak pada pekerjaan yang dilakukan menyebabkan kita lebih mudah merasa lapar. Ketika kita merasa lapar, gula darah akan rendah menyebabkan kita tidak mampu berfikir dengan baik maka kita akan berusaha mencari makanan atau snek. Perkara biasa terjadi terutama kepada pekerja pejabat. Walaupun dah lunch pun tetap nak ambil snek jugak. 



6 Penyebab Berat Badan Meningkat


Makan Kerana Stress

Keadaan ini biasa berlaku apabila mengalami stress di tempat kerja. Di mana apabila kita mengalami stress kita akan lebih cenderung untuk mengambil makanan. Cara terbaik elakkan mengambil kerepek kentang atau biskut ketika stress. Sebaliknya, cuba tarik nafas dalam-dalam dan hembus secara perlahan-lahan sebanyak 5-10 kali.  Jika ingin juga pastikan hanya mengambil snek sihat atau buah-buahan sahaja.


  • Makan Tengahari Di Luar

  • Makan tengahari di luar memang sangat bahaya kerana makanan yang dijual di kedai sememangnya kurang sihat serta faktor lain kita lebih suka untuk makan lebih kerana terdapat pelbagai jenis lauk-pauk yang dijual di kedai. Kita akan rambang mata melihat kepelbagaian menu yang disediakan. Lebih elok jika sediakan sendiri hidangan di rumah so dengan cara ini kita boleh sediakan menu yang sihat serta dapat mengawal jumlah kalori didalam setiap hidangan.

Melewatkan Waktu makan

Ramai pekerja yang suka melewatkan waktu makan dengan alasan terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan. Apabila kita makan ketika terlalu lapar membuatkan kita lebih cenderung untuk makan secara berlebihan. Untuk mencegahnya jika kita tidak sempat makan gantikan dengan snek ringan yang sihat, buah-buahan atau yogurt untuk mengalas perut supaya tidak terlalu lapar.

Menyambut Perayaan

  • Kebiasaan jika ada sambutan perayaan atau sebagainya kita lebih cenderung untuk meraikan dengan makanan yang enak dan berkalori tinggi seperti kek, coklat atau pizza. Bayangkan jika sambutan perayaan atau majlis keraian terlalu kerap didalam sebulan ini akan menambahkan kalori dalam badan. Cara mengatasinya kita boleh makan makanan yang disediakan tetapi perlu dikurangkan jumlah pengambilan.


  • Mengunyah

Boleh digantikan dengan mengunyah snek yang sihat seperti kacang almond, buah kering atau bsikut bersama sebotol air masak. Jika keinginan datang, segeralah minum segalas air masak supaya perut terasa kenyang dan boleh menahan dari mengunyah.


Snek Dari Kawan Sepejabat

  • Penyebab lain adalah godaan untuk menikmati snek yang dibawa oleh rakan sekerja. Kebanyakkan tidak tahan godaan. Nasihatkan kawan sepejabat supaya sediakan snek yang sihat.




Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Petua Nak Kurus
Instagram: ROZIAH_MUHAMMAD_NOR
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

2 comments:

  1. Perlahan-lahan ubah cara pemakanan untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik dari sebelum ni.

    ReplyDelete
  2. Pemakanan yang tak dapat nak control..
    Asal nampak makanan je nak makan..
    Nak makan je mesti ada makanan..

    BW daripada Bloglist Nurfuzie Dot Com #1
    Follow blog AM DISINI
    Hadiah daripada AM untuk sahabat AMDISINI

    Terima Kasih
    AlongMisuari

    ReplyDelete