Pengalaman Bersalin C-Section dan Cord Prolapse 2012 - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Saturday 11 September 2021

Pengalaman Bersalin C-Section dan Cord Prolapse 2012

PENGALAMAN BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN 

Pengalaman Bersalin C-Section dan Cord Prolapse 2012

12 September 2012 jam 8.18 pagi ibu selamat melahirkan bayi perempuan pertama ibu di Hospital Kuala Lipis secara pembedahan (C-Section). Pengalaman yang sukar ibu lupakan.

11 September 2012
Sebelah pagi ibu ada check up di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Kuala Lipis. Kalau ikutkan lagi 8 hari due bersalin iaitu 19 September 2012. Ibu masih ok je cergas je drive kereta sendiri je.

Sebelah malam ibu dah rasa contraction sikit masa tu. Rasa macam nak membuang tapi tak pun. Berapa kali la keluar masuk toilet. Last masuk tu ibu buang air kecil ada keluar darah sikit. So ibu pun bagitau la babah. Pah suruh bawak ibu ke hospital. Kebetulan masa tu arwah atok masuk wad di hospital kurang sihat.

Kami pun bersiap untuk ke hospital bawa segala kelengkapan bayi. Terus ke Dewan Bersalin Hospital Kuala Lipis. Sampai kat situ babah uruskan pendaftaran dan ibu diperiksa oleh kakitangan Dewan Bersalin. Bukaan masa tu baru 3cm dan mereka minta ibu masuk wad dulu la.

Malam tu memang ibu tak tidur pun. Mula-mula babah nak balik tapi bila contraction makin kerap babah stay je dalam kereta senang nanti apa-apa hal. Memang serba tak kena la masa tu duduk tak kena, baring tak kena. Sampai rasa dah tak tahan bagitau nurse. Nurse check bukaan dah 5cm dan nurse minta ibu bersiap untuk di bawa ke Dewan Bersalin.

12 September 2012
Lebih kurang dalam pukul 2 atau 3 pagi rasanya ibu ditolak ke Dewan Bersalin. Sampai je di Dewan Bersalin pemeriksaan teliti la sebab bila-bila masa saja ibu boleh melahirkan. Silih berganti nurse yang datang buat pemeriksaan.

Contraction makin kerap tapi bukaan masih sama saja 5cm walaupun ibu rasa macam sakit teramat sangat.

8.00 pagi rasanya ibu pun tak berapa nak perasan tapi yang pasti staf syif pagi pun dah mula masuk termasuk la pakar sakit puan. Doktor syif pagi masuk untuk buat pemeriksaan dan beliau memeriksa bukaan masih sama 5cm dan waktu tu tiba-tiba dia berpandangan dengan seorang nurse tu. Kemudian dia bercakap masa tu ibu tak berapa jelas sebab keadaan ibu dah lemah.

Doktor tu serahkan kepada nurse tu pula untuk memeriksa bukaan dan tiba-tiba nurse tu menjerit RED ALERT dan semua orang kelam kabut dan cemas. Semua berkejaran masuk ke bilik ibu pakar sakit puan, doktor dan beberapa orang nurse berkerumun sebelah katil ibu. Ada yang tarik kaki ibu ke atas, ada yang sorongkan bantal ke belakang ibu dan macam-macam lagi la dengan keadaan yang sangat pantas dan cemas.

Apa yang mereka buat ibu dah taktau cuma ibu doa dalam hati mintak selamatkan anak ibu je. Mereka dengan sangat pantas menolak ibu ke Dewan Bedah. Dalam keadaan seorang nurse duduk diatas katil sambil menahan di bahagian bawah supaya tali pusat tak terkeluar dulu. Mereka selimutkan nurse tu sekali dengan ibu. Memang waktu tu sangat cemas.

cord prolapse
sumber gambar: google
Macam ni la keadaan tangan nurse yang duduk atas katil sekali dengan ibu. Dia terpaksa menahan supaya tali pusat tu tak keluar.


Semasa mereka tolak katil problem roda tersangkut dan mereka sedaya upaya juga untuk tolak dengan cepat. Sampai kat pintu sebelum nak masuk lift, pintu tu pulak tak boleh nak buka. Mereka sedaya upaya berusaha juga. Masa tu ibu dalam keadaan separa sedar.

Sampai di Dewan Bedah semua staf di sana sudah bersedia untuk menerima kes ibu. Mereka dengan pantas mengalihkan ibu ke katil untuk pembedahan. Ada seorang pakai bius datang menghampiri ibu dan beliau meminta ibu menurunkan sendiri tandatangan sebab masa tu mereka sendiri tak sempat nak call babah yang ada di luar Dewan Bersalin saja sebab keadaan dah terlalu cemas dan mereka nak segera menyelamatkan nyawa ibu dan anak.

Selepas pakar bius tu membilang 1 2 3 ibu terus tak sedar apa dah sampai la tiba-tiba ada orang kejutkan ibu. Dia kata cuba puan sebut nama puan. Puan tengok jantina anak apa cuba sebut. Waktu tu la mereka baru dapat hubungi babah untuk bagitau yang ibu dah selamat dibedah. 

Ibu masih mamai selepas mereka kejutkan tu. Ibu tak boleh muka mata, ibu tak boleh bercakap sebab terlalu lemah dan masih taktau apa yang berlaku. Mereka bius penuh so memang ibu takkan sedar la seharian kesan dari ubat bius tu. 

Selepas segala urusan di Dewan Bedah tu selesai mereka menolak katil ibu ke wad. Ibu dipakaikan kantung kencing sebab ibu memang tak boleh nak bangun. Sesiapa datang melawat pun ibu taktau. Ibu hanya dengar suara mereka tapi ibu tak boleh nak buka mata mahupun nak bercakap. Sebelah malam baru ibu tersedar dan masa tu babah bagitau anak kat wad kanak-kanak untuk pemantauan.

Ibu memang terbaring jela atas katil tak boleh bergerak langsung. Penat kata orang berjuang nak melahirkan zuriat. Pengalaman yang ngeri pulak tu.

13 September 2012
Ada lawatan dari pakar dan doktor-doktor penuh kerumun kat katil. Pakar terangkan apa yang berlaku. Katanya sewaktu bukaan 5cm tu semasa doktor buat pemeriksaan bukaan tu doktor dapat rasa tali pusat yang turun ke bawah bukannya kepala. So mereka decide untuk buat pembedahan kerana taknak tali pusat yang keluar dan akan menyebabkan ianya berisiko bayi akan lemas didalam perut. Mereka panggil ia Cord Prolapse yang mana kes ni jarang berlaku.

Sebenarnya pakar kata sewaktu pembedahan tu tali pusat elok je takkan mengganggu pun proses kelahiran tapi disebabkan mereka taknak menangung risiko bahaya so mereka ambil keputusan untuk jalankan pembedahan kecemasan.

Alhamdulillah kedua-duanya selamat.

14 September 2012
Hari ke3 baru ibu boleh bangun dan cuba berjalan sendiri. Tiub saluran kencing juga telah ditanggal dan ibu boleh uruskan diri sendiri. Sepanjang terlantar tu semua nurse dan PPK yang uruskan ibu. Lap badan, gosok gigi semua dibuat atas katil je. Sikatkan rambut dan ikatkan rambut. Memang terbaik la service Wad Bersalin Hospital Kuala Lipis.

Ibu dah boleh tengok baby kat Wad Kanak-kanak. Waktu ni terkejut tengok baby kecik sangat rupanya berat 2.55kg saja. Taktau la macam mana nak uruskan baby kecik. Tapi mujur la pengalaman pernah jaga anak saudara so takdela janggal pegang anak sendiri.

Inilah serba sedikit pengalaman ibu bersalin secara pembedahan C-Section kerana disebabkan oleh Cord Prolapse. Satu pengalaman yang ibu takkan lupakan sampai bila-bila. Masih segar diingatan walaupun dah 9 tahun berlalu.

Selamat Hari Lahir Syafiyah Raisha

selamat hari lahir


5 comments:

  1. pengalaman betul ye.. sampai sekarang masih terbayang. happy birthday syafiqah raisha. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segar dalam ingatan. Terima kasih untuk ucapan. Syafiyah bukan Syafiqah. Hihi

      Delete
  2. thanks for sharing admin, sukses selalu

    Best Regards Gladies

    ReplyDelete