Pada 1 Ogos 2025 Cie telah diumumkan sebagai Top Komentator Bulan Julai 2025 di blog milik Blogger terkenal iaitu Suria Amanda. Cie terbaca entry tersebut pada 2 Ogos 2025. 1hb tu Cie agak busy dengan pelbagai urusan jadinya tak berkesempatan nak blogwalking semua entry rakan blogger.
2 Ogos 2025 Cie cuti hari Sabtu jadinya ada masa Cie nak scroll entry rakan blogger dan Cie ternampak la entry Kak Suria Amanda. Cie memang selalu komen entry Kak SA ni. Baca tajuk kemudian baca isi entry. Terkejut la Cie tengok eh nama Cie. Baca ulang kali nak confirm kan.
Kat ruangan komen dah ramai wish tahniah. Tuan badan je tak perasan, 2hb baru sempat nak komen. Kak SA minta emelkan details. Laju-laju Cie email kan details Cie.
Sebagai seorang yang aktif meninggalkan komen di blog rakan-rakan, sebenarnya Cie tidak pernah mengharapkan sebarang balasan. Komen yang Cie tinggalkan selalunya adalah bentuk sokongan dan tanda bahawa Cie menghargai setiap penulisan mereka. Jadi apabila menerima pengiktirafan seperti ini, rasa syukur dan terharu itu memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Alhamdulillah sejak kembali aktif berblog, ni merupakan kali kedua Cie dapat hadiah Top Komentator. Sebelum ni dari Blogger Kak Amie.
Siapa Suria Amanda?
Bagi yang aktif dalam dunia blog Malaysia, pastinya nama Suria Amanda tidak asing lagi. Beliau merupakan seorang blogger yang konsisten dan rajin update blog beliau dengan pelbagai kisah menarik dari kehidupan harian, masakan, pengalaman peribadi sehinggalah kepada info semasa dan hiburan. Blog beliau bukan sahaja berinformatif, malah mempunyai ramai pembaca setia dan pengikut tegar.
Suria Amanda juga terkenal dengan cara beliau menghargai para pembaca dan komentator di blognya. Program Top Komentator Bulanan yang dijalankan adalah bukti keikhlasan beliau dalam membina komuniti blog yang sihat dan saling menyokong.
Setiap bulan tanpa gagal kak SA pilih pemenang. Yang menariknya kak SA akan berikan hadiah kepada mereka yang belum pernah dapat hadiah je. So dapat la bagi peluang lebih ramai dapat hadiah.
Kalau ikutkan Cie bukan yang terpaling banyak komen. Cie berada di rank ke 7 dari 10 orang. Tapi disebabkan kak SA membuat sistem undian, rezeki berpihak kepada Cie. Alhamdulillah.
Penerimaan Hadiah
Selepas Cie email kan details, kak SA cakap nanti hadiah akan diposkan. 4 Ogos 2025 kak SA kirimkan hadiah melalui Shopee, 5 Ogos 2025 hadiah dah sampai. Cepat betul.
Bila buka bungkusan tersebut, Cie sangat teruja melihat 3 biji mangkuk seramik cantik berwarna bercorak bunga, berlainan size yang dijadikan hadiah. Ia bukan sekadar mangkuk biasa, rekaannya eksklusif dan sesuai dijadikan hiasan mahupun digunakan untuk hidangan istimewa.
Tentang Hadiah – Mangkuk Seramik dari Shopee
Hadiah yang diterima adalah mangkuk seramik yang dihantar terus dari Shopee. Ia dibungkus dengan sangat rapi bagi mengelakkan sebarang kerosakan semasa penghantaran.
Mangkuk ini mempunyai corak floral yang simple tapi elegan. Materialnya terasa kukuh dan tahan lama. Cie bercadang untuk gunakan mangkuk ini untuk menyajikan menu-menu istimewa semasa ada tetamu di rumah.
Komen Tentang Program Top Komentator
Cie rasa program seperti ini sangat bagus dan wajar dicontohi oleh blogger lain. Ia memberi semangat dan motivasi kepada para pembaca untuk terus aktif dan menyokong kandungan yang diterbitkan. Selain itu, ia juga dapat memperkukuhkan hubungan antara blogger dan pembaca.
Kadang-kadang kita tak tahu siapa yang membaca artikel kita. Tapi apabila mereka tinggalkan komen, ia seperti memberi ‘nyawa’ kepada setiap penulisan. Lebih-lebih lagi jika komen itu bersifat membina, menggalakkan atau berkongsi pengalaman berkaitan.
Dengan adanya program Top Komentator, Cie percaya ramai yang akan lebih rajin meninggalkan komen dan menjadikan blog sebagai tempat untuk berinteraksi secara positif.
Harapan Cie Sebagai Blogger & Pembaca
Sebagai blogger, Cie sentiasa mengalu-alukan komen daripada pembaca. Ia bukan sahaja meningkatkan interaksi, malah membantu dari segi engagement dan SEO blog. Cie juga berusaha untuk membalas setiap komen sebagai tanda penghargaan.
Sebagai pembaca pula, Cie akan terus menyokong rakan blogger yang konsisten dan menghasilkan kandungan berkualiti. Komen yang Cie tinggalkan adalah tanda sokongan ikhlas dan jika ada rezeki seperti ini, anggaplah ia sebagai bonus daripada usaha menyokong sesama blogger.
Ucapan Terima Kasih
Sekali lagi, Cie ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada Blogger Suria Amanda atas hadiah dan penghargaan yang diberikan. Semoga Kak Suria Amanda terus sukses dalam dunia blog dan sentiasa diberkati dengan idea-idea menarik untuk dikongsikan bersama pembaca.
Cie juga doakan agar lebih ramai blogger akan turut serta menjalankan program seperti ini bagi mengeratkan hubungan antara blogger dan pembaca.
Buat semua pembaca dan rakan blogger yang lain, jom kita terus menyokong sesama kita. Komen anda mungkin kelihatan kecil, tapi kesannya sangat besar buat penulis blog.
6 Ulasan
Congrats cie! Cute hadiah tu
BalasPadamTahniah Cie!
BalasPadamcantik coraknya dan warna mangkuk tu.
SA memang rajin dan konsisten menulis, macam Cie jugaklah.
Tahniah cie. Cute lah dan sweet warnanya.
BalasPadamtahniah,,,cantik mangkuk tu
BalasPadamtahniah cie, cantik mangkuk tu.
BalasPadamWahhh..Tahniah..Cute designnya..=D
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.