Kursus Ke Temerloh Hari Ini

Hari ni tak masuk office, ada kursus di Temerloh selama 2 hari Khamis - Jumaat. Seawal 5.51 pagi keluar rumah, jalan raya pun lengang. 1-2 biji kereta je ada. Semua orang belum keluar bekerja tapi kita dah kena keluar la nak ke Temerloh 2 jam huiiii. Ulang alik je ni tak stay Temerloh. 


Sampai je hospital 6 pagi, dapat parking terus pakai kasut. Cie lengah-lengah je takdela rushing walaupun book kenderaan jabatan 6 pagi. Biasa driver baru nak ambil kereta la apa la masa kita dah sampai. Driver pagi ni awal pulak, dia dah on enjin dah tunggu Cie. 



Dapat kereta innova pagi ni. Jarang naik innova ni selalu naik yang proton dan mitsubishi je. Innova ni memang dah tua sangat. Manual pulak tu. Lama dah rasanya berbelas tahun dah pun. Susah nak dapat kenderaan baru hospital ni. Malas nak drive kita request je kenderaan jabatan. Naik kenderaan sendiri boleh je claim perjalanan.

Boleh berehat je dalam kereta ke tempat kursus. Cie pergi berdua ni dengan kakak officemate baru Cie. Dia naik di Jerantut semalam dia balik rumah dia so pick up di Jerantut jela. Dari Lipis ke Jerantut sejam, Jerantut ke Temerloh sejam. Begini la kami walaupun dalam negeri sama tapi jaraknya jauh-jauh. 

Perjalanan 2 jam ke Temerloh ni bersamaan perjalanan ke KL dan Cameron Highlands pun 2 jam juga dari Lipis. Kalau Lipis ke Kuantan lagi la jauh kematu montot kita wakkkk. 

Sepanjang perjalanan ni hujan jadi driver bawak slow jela. Bahaya jalan Lipis ke Jerantut ni. Korang imagine la macam mana driver bawak ambulans kalau ada refer case ke Temerloh. Kalau case biasa mungkin ok jela kan, kalau case emergency memang mencabar. Kira driver ambulans hospital ni memang berpengalaman la nak bawak ambulans dengan keadaan jalan begitu. 

Jalan kecik, tidak rata, berbukit bukau. Bukit tinggi jugak la. Berliku-liku. Kalau orang tak biasa memang mabuk lalu jalan ni. Cie memang dah biasa. Masa kerja di Jengka dulu selalu hujung minggu balik Lipis lalu ikut laluan sama la. 

Minggu lepas ada lori terbalik melintang jalan. Tengok kat group FB komuniti Lipis. Kena tunggu alih lori, baru la boleh lalu. Kalau tak memang kena cari jalan alternatif masuk sana sini baru lepas. Macam Cie dulu pernah masa banjir tak lepas lalu jalan tutup kena pusing jalan lain. 

Begitulah ye jalan Lipis ke Jerantut. Ada 2 jalan nak ke Jerantut ni kalau dari Lipis. 1 lagi kena ikut Benta, jauh sikit la lebih sejam rasanya dalam 2 jam kot. Situ pun jalan kecik, bersimpang siur, berliku liku tapi takde bukit tinggi. 

Mengisi masa bosan duk dalam kereta ni kita menaip di blog jela. So ada la entri yang post on the spot selepas tulis. 

Hari ni Cie pakai seluar. Kalau kerja di luar memang Cie pakai seluar, walaupun hari ni Khamis kena pakai batik. Cie lebih selesa nak bergerak pakai seluar. Kasut pun pakai kasut Anta lebih selesa dari kasut Cie pakai pergi kerja tu. Sesuai ke tak outfit Cie lantak la asalkan Cie selesa. Hahaha. 


Entri ni siap tulis pun tak sampai Jerantut lagi. Jalan pun masih gelap. Edit gambar buh watermark dulu baru post. Ada sejam perjalanan lagi guys. Doakan Cie selamat sampai ye. 


Catat Ulasan

2 Ulasan

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.