Dinner 15 September 2026 Di Kebun Cafe

Hari Selasa 15 September baru ni Cie balik kerja tiba-tiba macam malas masak. Whatsapp Faiz suruh dia tanya kedai Kebun Cafe tu bukak ke tak. Kawan Faiz cakap bukak. Faiz kata nak bungkus ke makan, Cie cakap makan jela. Lama jugak kami tak ke Kebun Cafe tu. 

Kami keluar selepas Isyak. Memang ramai la orang kalau lepas Isyak. Order pun lambat jugak la sampai. Pekerja tak ramai. Sementara tunggu order snap-snap la gambar. 

Kami order:
  1. Faiz - nasi lemak ayam dan air suam
  2. Cie - burger petak daging taknak sos dan nescafe o ais
  3. Kakak Raisha - burger petak ayam taknak sos dan teh o ais
  4. Adik Rania - indomie, telur mata dan teh o ais



Order Faiz sampai dulu. Ni pun nasi lemak last. Cepat betul habis. 


Indomie adik Rania yang kedua sampai. 


Pekena nescafe o ais malam-malam mata Cie ok je boleh tidur. Memang dah imun dengan kafien. Hahaha. Tak habis pun air ni bawak balik simpan dalam fridge. 


Sementara tunggu burger sampai kita selfie dulu. Terus flawless snap gambar guna Vivo ni tak payah pakai make up tebai dah. 




Burger ni lambat sampai sebab kena queue ramai sangat yang order burger selain makan situ ada juga yang bungkus. Berlapis-lapis order katanya. 

Memang habis licin kami makan. Betul-betul lapar ni. Biasanya terkial-kial nak habiskan. Alhamdulillah kenyang. 

Cie share kat status whatsapp pun sampaikan Jurutera hospital komen status Cie. Dia tanya kedai kat mana dia nak pergi. Jurutera ni chinese. Nampak menarik kot. 


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Awal betul nasi lemak habis. Agaknya haritu masing-masing order nasi lemak kot. Itu yang cepat habis.
    Kita ni dah kalis kopi ek, boleh je tidur kalau pekena kopi. Tapi kadang liat jugak nak tidur tu. Tengok keadaan jugak.

    Burger petak macam burger buat kat rumah kalau tak ada roti burger tu kan. Kenyang makan.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.