Hari ni macam biasa tepat 1pm Cie keluar office untuk ambil adik Rania kat sekolah. Sampai kat sekolah tak muncul lagi budak tu. Cikgu bagi keluar lambat dah 1.10 petang dah.
Suka la cikgu ni simpan murid-murid kat kelas. Mak pak ni waktu lunch time tu la nak ambil anak, nak beli makan lagi. Hari Selasa baru ni pun sama 1.15 baru keluar. Kelam kabut kitanya nak balik rumah.
Tanya adik Rania nak makan apa jawapan taktau sebabnya dia dah stress balik lambat. Kelam kabut nanti nak bersiap nak ke kelas KAFA pulak.
Selalunya ada 2 tempat persinggahan beli makanan:
1. Batu 2: laksa, laksam, ramen, aneka pilihan makanan bungkus, teh pyorr, kopi ais dan lain-lain.
2. Depan Bistro Tempoyang: ayam goreng, aneka makanan bergoreng macam pisang, keropok, kuih muih.
Takde jawapan jugak last nya Cie decide sendiri singgah 7E Cafe sambil lalu nak balik rumah. Masa tu dengan harapan display chiller 7E Cafe Pusat Perniagaan Gemilang tu penuh la dengan makanan.
Alhamdulillah masuk je 7E Cafe dah nampak barisan makanan kat display chiller tu. Dah restock la tu. Jumaat lepas singgah kosong terus rak tu. Terus beli makan tengah hari dan sekali jalan bungkus untuk makan malam juga.
Husband Cie ada dinner dental malam ni, jadi makan malam pun memang Cie dan anak-anak saja. So tak payah la bungkus makanan lain dah.
Jom Cie kongsikan menu lunch dan dinner kami hari ini.
Menu Lunch – Ringan Tapi Kenyang
Kami sampai di 7E Cafe sekitar jam 1.20 petang. Tak terlalu sesak dan servis pun cepat. Memang sesuai kalau singgah sekejap masa lunch break macam ni.
CP Cheese Chicken Burger – RM6.90
Sampai rumah Cie terus panaskan burger dalam oven. Lepas tu Cie masuk bilik nak solat. Siap solat terus ke dapur sekali tengok dah nak legam burger Cie. Hahaha. Kesahnya baru ni bakar ayam naikkan suhu. Jadinya dah terhitam dah burger. Nasib baik boleh diselamatkan. Rasanya sedap walaupun dah legam. Cie potong kecil boleh kami share 3 beranak.
FF WB Chicken Slices & Cheese Sandwich – RM4.90
Sandiwich ni antara kegemaran kami anak beranak. Tadi Cie beli 1 je nanti panaskan boleh potong. Sandwich ni Cie panaskan sekali burger. Jadinya tahap kehitaman sama. Sedap jugak roti jadi rangup. Memang mengenyangkan walaupun nampak simple.
FF Onigiri Tuna Mayo – RM3.80 x 2 = RM7.60
Onigiri ni macam biasa la untuk anak-anak. Onigiri ni padat dengan isi tuna mayo dan dibalut kemas dengan nori (rumpai laut). Taktau nak review sedap ke tak sebab Cie tak makan tuna. Cie tak perasan adik Rania ambil tuna. Dah sampai rumah nak ambil gambar baru tengok. Cie macam pelik budak ni mana makan tuna. Agaknya dia tersalah ambil dan tak baca tuna tu nampak mayo je. Nak taknak dia kena habiskan. Kakak Raisha membebel la tanya kenapa adik ambil tuna. Terpaksa la makan jugak.
Grill Cheesy Chicken Sausage – RM4.10 x 2 = RM8.20
Cie nak bayar dah tadi adik Rania nampak kad sosej tu dia nak jugak beli. Cie suruh la ambil 2 untuk kakak Raisha 1. Sosej dengan cheese meleleh dan rasa dia macam smoke sikit. Sedap juga ada cheese tu. Besar sosej nya padan la dengan harga.
Menu Dinner – Pilihan Berasaskan Pasta & Burger
Waktu malam pula, memandangkan husband ada program dinner tempat kerja dia ada majlis persaraan dan perpisahan, jadi dinner kami anak-beranak saja.
Oleh kerana dah beli stok makanan siap-siap dari 7E Cafe tadi, itu jela menu dinner kami. Menu dinner pun ringan tapi tetap mengenyangkan.
FF Pasta Aglio Olio Udang – RM8.90
Pasta jenis aglio olio ni simple tapi kaya rasa, cukup dengan minyak zaitun, bawang putih dan chili flakes. Ada udang juga. Cie suka sebab ringan, tak terlalu berat tapi tetap mengenyangkan. Portion dia pun berbaloi dengan harga.
CP Black Pepper Chicken Steak Burger – RM7.90
Ayam grill dalam menu ni lembut, disalut dengan sos lada hitam pekat. Tak terlalu pedas, jadi anak-anak pun boleh makan. Cie tambah letak sekeping chesdale dan panaskan dalam oven. Lepas panaskan Cie potong boleh share makan.
FF Pasta Carbonara – RM8.90
Yang ni kali kedua dah kami beli. Berkrim tapi tak muak, sos carbonara ada cheese sekali. Walaupun simple, cukup rasa. Boleh rasa keju dan sos berkrim tu meresap ke dalam pasta. Cie tambahkan air sikit jadi la cair sikit. Yang ni tak habis Cie simpan semula. Dah terlalu kenyang masing-masing.
Dengan bajet RM53.30, kami bertiga dapat lunch dan dinner yang sedap, mengenyangkan dan pelbagai. Anak-anak pun suka. Yang penting jimat masa tak payah masak.
Kelebihan Menu Lunch dan Dinner 7E Cafe
- Dekat dengan rumah & laluan balik kerja/sekolah.
- Banyak pilihan menu panas dan ready-to-eat.
- Harga berpatutan.
- Makanan berkualiti dan sedap.
- Servis cepat, tak ambil masa lama.
Balik Rumah, Perut Pun Kenyang
Sejak ada 7E Cafe dekat kawasan rumah ni, memang banyak membantu. Boleh singgah sekejap beli makanan untuk anak-anak pun dah cukup. Menu pun sedap-sedap, harga pun berpatutan.
Yang penting, semua kenyang dan tak membazir. Makan pun senang, tak perlu fikir panjang. Jadi tempay ketiga Cie akan singgah selepas ambil anak sekolah. Memang praktikal dan sesuai sangat untuk hari-hari macam ni.
Kadang-kadang tak perlu pun susah-susah nak fikir nak masak apa bila sampai rumah. Kalau tahu ada tempat makan yang mudah macam 7E Cafe, memang boleh sangat singgah dulu sebelum sampai rumah. Jimat masa, jimat tenaga dan tetap dapat makanan sedap untuk diri sendiri dan anak-anak.
Kalau korang pun tengah cari port makan cepat tapi puas hati, cubalah singgah 7E Cafe berhampiran. Menu dia pelbagai, sedap dan yang penting tak lari bajet. Kami dah cuba dan memang puas hati. Nanti nak repeat lagi untuk try menu lain pula!
0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.