Handphone Redmi 14C - Blog Roziah Muhammad Nor

Tuesday, March 18, 2025

Handphone Redmi 14C

Beberapa hari lepas adik Rania merungut tab yang dia pakai tu tak boleh charge. Charge lama pun tak full. Setakat belas-belas % je naik. Dah cuba semua charger sama je. Rasanya tempat lubang charge tu yang rosak kot. Lama dah tab tu beli masa PKP dulu tahun 2020 rasanya.

Handphone Redmi 14C

Handphone Redmi 14C
Tab samsung beli tahun 2020 rasanya

Sebelum pakai tab tu handphone adik Rania realme. Handphone realme tu rosak jugak screen pecah. Nak bergaris-garis. Malas betul nak hantar repair kat kedai. Kalau repair pun rasanya mahal juga kos. Nanti la kalau rajin bawak repair then jual jela. Handphone realme tu ok je.

Semalam adik Rania ada tadarus Al-Quran peringkat kebangsaan secara online. Persatuan Puteri Islam sekolah seluruh Malaysia. Tadarus tu guna google meet kat rumah je. Jadinya adik Rania terpaksa pinjam handphone kakak Raisha nak join google meet tu. Tu yang Cie fikir beli jela baru nanti senang kalau ada apa-apa yang menggunakan handphone. 

Pagi tadi kami pun pergi la ke kedai handphone. Banyak kedai handphone kat Lipis ni. Lama tak membeli handphone kat kedai. Sejak pakai iphone Cie beli kat telco shop ada kontrak murah sikit. Tu yang lama dah tak membeli handphone kat kedai.

Handphone Redmi 14C

Tadi pun main tuju je 1 kedai dah takde survey dah. Terus tengok yang mana within bajet RM400 je. Terus tengok-tengok. Ada la beberapa brand yang seller tu offer tadi. Hati berkenan kat handphone Redmi 14C ni harganya RM449. Seller tu kata dia bagi RM400 je. Dapat la free earphone. 

Handphone Redmi 14C

Set handphone Redmi 14C tu pun ada sekali charger, casing, dapat juga screen protector dipasang terus tadi. Cantik gambar camera 50MP.

Nanti lepas raya ada rezeki beli untuk kakak Raisha pulak. Adik Rania ni dah berapa handphone dia pakai. Kakak Raisha jenis tak kesah pakai je handphone apa pun. Dia pakai handphone babah dia dah lama rasanya sejak mula pakai handphone. Bila tanya dia cakap taknak tapi dalam hati nak tu. Nanti lepas raya InsyaAllah beli untuk kakak pulak.

10 comments:

  1. Mgu lepas riki jugak hp yg below 1k utk si abg sbb dia nk hp android.. tp x jumpa... semuanya main 1k ke atas.. rupanya ada ek... kena pegi kedai hp yg betol² ni.. pegi kt shopping mall semua harga x boleh pakai

    ReplyDelete
  2. Suami saya pernah pakai brand realmi. Ok juga.
    Dah jadi satu keperluan handphone sekarang. Kerja sekolah banyak online.

    ReplyDelete
  3. wahhh murah juga tu...
    skrg sy tgk hp rata2 atas rm500

    ReplyDelete
  4. Ada lagi handphone murah bawah RM500 ye.. Baguslah, boleh anak-anak pakai untuk pembelajaran.

    ReplyDelete
  5. Yeahhh..Dpt phone baru..Phone Ammar pun kami amik yg contract 2 tahun & byr RM50 je utk upfront pymnt. Contract tu mcm xde effect sbb Hata mmg kena pakai package fon yg bill..Contractnya pun dah tamat setahun lepas..Ni dpt lg offer dr maxis utk new phone plan..Tapi kami x amik sbb fon sy yg dkt che mek masih elok. Fon aged baru 3 tahun++ =D

    ReplyDelete
  6. Wah hp adik Rania sama ngan aunty SA la...geng Redmi kita ye

    ReplyDelete