Menu Berbuka Puasa 18 Ramadan 1446H - Blog Roziah Muhammad Nor

Wednesday, March 19, 2025

Menu Berbuka Puasa 18 Ramadan 1446H

Menu berbuka puasa 18 Ramadan 1446H ni yang simple jela. Plan yang simple je untuk dimasak. Balik kerja dah malas nak lama-lama kat dapur tu. Setakat ni belum skip masak menu berbuka.

Menu Berbuka Puasa 18 Ramadan 1446H

Ayam goreng sambal penyet ni sebenarnya main hentam je. Buat jela sambal penyet macam biasa tu. Lepas tu gaul je dengan ayam goreng. Kalau ayam goreng kunyit saja adik Rania tak suka sangat. Cerewet sikit budak tu. Kakak Raisha makan je apa-apa pun.

Menu Berbuka Puasa 18 Ramadan 1446H

Ayam berlado dah selalu sangat buat. Tu yang tukar jela ayam goreng sambal penyet. Kalau ada daun limau purut atau daun kesum boleh letak sedap jugak kot. Cie takde tu yang tak letak daun-daun. 

Buat tambahan lauk rebus la jugak telur masin 2 biji. Bila nak potong sebiji je elok. Sebiji lagi dah tak berapa elok kena buang jela. Kat pasaraya tu takde jual sikit memang 1 plastik tu 5 biji. Tak boleh nak simpan lama-lama. Dalam 2 minggu juga dah.

Menu Berbuka Puasa 18 Ramadan 1446H

Sayur pulak untuk pertama kalinya Cie masak sup petola kat rumah ni. Tiba-tiba teringin nak makan petola. Weekend hari tu beli la petola. Ok la paring dengan ayam goreng sambal penyet tu kering tak berkuah. Mulanya nak letak suhun dan fucuk. Malas pulak tadi petola kosong jela.
Menu Berbuka Puasa 18 Ramadan 1446H

Buah mangga je dah tinggal dalam fridge tu. So kita habiskan terus. Esok dah takde buah. Kuih muih husband beli martabak dan popia pedas.

Menu Berbuka Puasa 18 Ramadan 1446H

Menu Berbuka Puasa 18 Ramadan 1446H

Menu Berbuka Puasa 18 Ramadan 1446H

Ni jela Menu Berbuka Puasa 18 Ramadan 1446H kita. Alhamdulillah rezeki hari ni.

8 comments:

  1. Banyak tu menunya Chie.
    Puas makan.

    ReplyDelete
  2. menu berbuka yang saya ingin cuman masih belum kesampean yaitu
    nasi goreng ayam geprek

    ReplyDelete
  3. terbaeklah cie rajin masak2 utk iftar

    ReplyDelete
  4. dh 19 ramadhan blum ada lg menu murtabak

    ReplyDelete
  5. syukur alhamdulillah utk rezeki masak sendiri di rumah.. byk pahala ibu-ibu mcm Cie.. dah penat balik kerja + bersilat kat dapur pula utk juadah berbuka..

    ReplyDelete
  6. Kak SA teringin nak makan petola masak lemak putih tapi tu la...x kesampaian lagi

    ReplyDelete
  7. Nasi putih dengan ayam berlado ni pun dh cukup sedap .

    ReplyDelete