Menu Berbuka Puasa Ganti Dan Puasa Enam: Hari Ketiga

Hari ketiga dah Cie berpuasa ganti, puasa 6 dan hari ni puasa hari putih iaitu pada 13 Syawal. Puasa hari putih atau ayyamul bidh ialah puasa sunat yang dilakukan pada 13, 14 dan 15 hari bulan hijrah setiap bulan.

Ia dipanggil hari putih kerana bulan mengambang penuh terang. Puasa ni besar ganjarannya umpama berpuasa setahun. Alhamdulillah berpeluang rebut ganjaran ni sekaligus dapat buat puasa ganti, puasa 6 Syawal, puasa sunat hari Khamis dan puasa hari putih.

Ngam la Cie nanti puasa sehingga Sabtu dapat la 3 hari putih. Cie last puasa Ahad. InsyaAllah kalau takde apa-apa halangan dapat la rebut ganjaran ni.


Menu berbuka hari ni Cie masak ayam masak bawang. Tiba-tiba terlintas idea nak masak menu ni. Cie tambah telur rebus jugak. Lepas rebus telur tu Cie goreng sekejap. Lepas tu campur je sekali dengan ayam bawang.

Cie rebus jugak telur masin buat tambah-tambah lauk. Sayur ada ulaman saja. Timun dan tomato. Salad tu lebihan anak-anak makan laksa tengahari tadi mereka tak makan sayur. Nak buang sayang. Kita campur jela dengan timun dan tomato tu.

Buah anggur last la ni dah habis stok dah. Ada tembikai susu. Dah hidang tadi adik Rania cakap macam bau masam. Cie blend buat air suruh dia rasa katanya ok. Sayang jugak banyak pulak tu ada sesuku biji lagi. Harapnya ok la tu. 

Ni jela menu berbuka hari ni. Ada masa rajin banyak menu. Ada masa kurang rajin sikit jela menu. Ada yang puasa jugak ke? Selamat berpuasa dan selamat berbuka.


Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Rasanya ayam masak bawang ni makin banyak kat mamak sekarang ni.... banyak permintaan kot

    BalasPadam
  2. Sedap tu... ayam masak bawang. Suka beli kat kedai mamak.

    BalasPadam
  3. Tidak dapat puasa. Selamat berpuasa Cie.

    BalasPadam
  4. Ayam masak bawang tu sedap...
    Akk off dulu kot puasa weekend ni, banyak jemputan open house & kenduri.

    BalasPadam
  5. kalau ada kuah nasi kandar mmg ngam dgn ayam msk bawang tu😁

    BalasPadam
  6. selamat menyelesaikan puasa sunat syawal ye. sy pun baru masuk hari ke4. x apa. buat pelan2..

    BalasPadam
  7. Aduhai...Teringin plk nk mkn anggur =D

    BalasPadam
  8. Saya sambung minggu depan pulak....Insya Allah. Selamat Berpuasa!

    BalasPadam
  9. Selamat berpuasa Cie... esok akak off, ada 2 jemputan open house. Hari ni dapatlah puasa hari ke 9.

    BalasPadam
  10. Ayam masak bawang nih saya suka, tp bawangnya biasa saya sisihkan 😅😅. Bukan tak suka, tp biasa tak nak terlalu banyak. Kalau pesan di kedai mamak, kadang diletak banyak 🤭😅. Terpaksa sisihkan dulu

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.