Jamuan Staf Hospital Bertukar
Pagi tadi Cie hadir jamuan pertukaran staf hospital, Pegawai Sosial Perubatan bertukar ke Hospital Raub. Jamuan kecil-kecilan je tapi meriah dengan pelbagai menu yang disediakan.
Jamuan start 9.30 pagi. Cie datang lewat sikit tadi dalam pukul 10.15 pagi. Masuk je terus ke tempat makanan. Memang banyak hidangan disediakan cuma Cie tak snap gambar hidangan. Segan pulak nak ambil gambar orang ramai.
Pegawai yang nak bertukar tadi takde. Hadir mesyuarat. Hari terakhir bertugas kat sini pun masih hadir mesyuarat. Jadi la jamuan tanpa orang yang nak diraikan. Cie makan cepat-cepat lepas tu terus keluar. Bagi peluang orang lain pulak nak makan.
Makanan yang Cie makan tadi sikit-sikit je tak ambil semua jenis. Cie makan mi goreng, roti jala dan kuah kari, laksa penang, roti jala coklat, kek cheese. Tu pun dah rasa full perut Cie.
Banyak lagi menu lain tadi ada nasi dagang, ada pelbagai jenis kuih muih, kek pun ada, sandwich. Memang tersangat la meriah.
Jamuan tu tak jemput semua staf pun. Jemput yang rapat-rapat je. Cie ni takdela rapat dengan Kak Nor ni tapi biasa la jumpa kalau ada apa-apa event, jumpa time kursus. Kalau Cie ada urusan kat Unit Kewangan ada masa singgah la juga kat office Kak Nor. Kak Nor ni dulu senior sekolah kakak Cie. Tu yang kenal jugak.
Cie ni jenis introvert. Walaupun dah lama kerja kat hospital tu tapi tak reti nak bergaul dengan staf lain. Kalau yang dah biasa jela yang Cie akan jadi peramah. Kalau tak setakat senyum-senyum jela. Program hospital pun jarang-jarang join jadi penyegan. Hihi
Lepas dah siap makan tadi, Cie tinggalkan hadiah je atas meja office pegawai tu. Namanya Kak Nor. Cie pun terlupa nak snap gambar hadiah Cie bagi tu. Note pun Cie terlupa nak tulis. Main ambil je sticky note atas meja tu dan Cie tulis la selamat bertukar dan letak nama Cie sebagai pemberi. Kang dia pelik pulak kan kalau takde nama.
Lepas tu kan bila dah turun office baru terfikir eh tadi tulis selamat bertukar ke selamat bersara. Hahaha. Adoi la takpela asalkan hadiah tu memberi manfaat kepada Kak Nor tu kira ok la kan.
Cie bagi Food Keepers dari Personal Collection. Teknologi kalis bocor. Didatangkan dengan Silikon Antibakteria. Serbaguna, boleh disimpan di dalam peti sejuk beku, ketuhar gelombang mikro dan mesin basuh pinggan mangkuk. Boleh disusun bertingkat. Waranti Seumur Hidup.
Gambar: website Personal Collection |
Gambar: website Personal Collection |
![]() |
Gambar: website Personal Collection |
Gambar: website Personal Collection |
Cie beli lama dah saja simpan senang kalau nak bagi bekas tu kat sesiapa kan. Ada 2 warna Cie beli warna merah dan biru. Cie bagi Kak Nor tadi warna biru. Harapnya Kak Nor suka la hadiah pemberian Cie.
Memang pertukaran kot (naik pangkat) .. Sebab peg yang sama dekat hosp nie pun bertukar juga.. Yg nie tahu depan pejabat meeting2 dengan sukarelawan depan pejabat linda je, jadi peg tu gtaw lah linda dia dapat tukar...
BalasPadamYang ni dia memang minta tukar sebab katanya nanti akan ada reshuffle untuk yang kerja lebih 5 tahun kat satu2 tempat tu.
Padamjamuan staff ni la yang paling dinanti-nantikan tiap bulan.Bestnya! Time macam ni la boleh rapat dengan kawan pejabat.
BalasPadamDah lama x buat jamuan kat opis akak..nanti nak ajak diorang buat pot luck la..
BalasPadammenarik bekasnya...boleh laa belikan utk mama satu...
BalasPadamwaahhhh menarikla food keeper tu! mesti kak nor suka pemberian Cie..
BalasPadamPompuan kalau dpt bekas2 camni confirmlah suka
BalasPadam