Beli Bagpack Puma Di Al Ikhsan

9 Oktober yang lepas Cie nak beli backpack baru di Al-Ikhsan. Lama dah sebenarnya plan nak beli tapi tak terbeli lagi. Bagpack lama tu Adidas. Masih ok cuma poket bahagian tepi tu dah koyak. Tapi memang ok je lagi beg tu ada je tersimpan.


Cie ke Al-Ikhsan pukul 6 lebih. Sehari sebelum tu pergi malam pukul 8 tapinya dah tutup pulak. Padahal sepatutnya tutup 9 malam. Agaknya dah takde customer mereka tutup. Macam tak laku sangat agaknya takde customer.

Backpack Adidas ada offer murah jugak, agaknya nak habiskan stok RM44 je cuma takde warna yang Cie nak. Cie nak beli hitam. Ada yang Cie berkenan tapi lebih dari bajet Cie RM100 je. Yang Cie tengok tu RM119.

Cie pun belek-belek yang Puma tu dan terus berkenan yang tu. Takde nak fikir panjang dah malas nak lama-lama dalam tu. Masa tu dah nak Maghrib dah. Terus je ambil. 

Cie baru je install apps Al-Ikhsan. Boleh la collect point. Memang jenis suka collect point. Cie pun selalu jugak membeli di Al-Ikhsan ni. Jadinya bagus la Cie install apps.



Cie suka bahagian bawah bagpack ni material leather. Kalau kena air ke kotor ke boleh lap je. 


Material bagpack Puma ni juga mengandungi material dari bahan recycle. Bagus la untuk alam sekitar kan. 


Cie dah pakai masa event buka booth Hari Anestesia hari tu di IPG. Best pakai. Senang lepas ni kalau ada meeting luar ke atau kursus boleh bawak bagpack ni. 


Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Guna backpack, boleh simpan banyak benda.

    BalasPadam
  2. Cantik dan praktikal sanagt bag ni...Kak SA suka gak jenama Puma..kasut la banyak koleksinya..ada beberapa pasang dah sedekah kat anak tiri akak tu..

    BalasPadam
  3. Senang nak bawa macam² kalau ada backpack ni.

    BalasPadam
  4. Bagus ni, senang nak bawak dan isi barang² keperluan.

    BalasPadam
  5. Murah jugak harga backpack tu. Berbaloi beli. Saya kalau cari backpack suka yg banyak compartment kat dalam. Masa belek backpack dalam kepala dah siap2 plan kat mana nak letak powerbank, botol air, payung, bag personal hygiene, blabla... 😜

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.