Menu Malam Ini: Ayam Masak Lemak, Kerabu Mangga Dan Ikan Rebus Goreng

Semalam dah siap-siap plan nak masak menu apa hari ni untuk dinner. Macam biasa la Cie tukang fikir menu, tukang masak. Tukang kemas je husband. Hihi. Cie masak je, nanti perkakasan Cie guna husband akan basuh.

Husband tak pandai masak. Memang Cie la yang kena masak. Kalau malas masak makan makanan kedai je. Setakat ni rajin la lauk pauk penuh dalam freezer tu termasuk daging korban. 

Hari ni tak masak dah daging korban. Kena selang seli baru la tak jemu. Masak ayam pulak hari ni.

Dengan kuasa veto sebagai penentu menu makan keluarga Cie pilih untuk masak hidangan kampung yang memang tak pernah jemu. Yang senang nak dimasak dan akan buatkan 3 beranak tu bertambah makan.

Cie masak ayam masak lemak, kerabu mangga dan ikan rebus goreng rangup. Tak dilupakan ulam timun jugak. Kerabu mangga tu sejenis buah kan tu yang tambah timun bagi ada sayur.

Menu Malam Ini: Ayam Masak Lemak, Kerabu Mangga Dan Ikan Rebus Goreng

Gabungan rasa lemak, masam, pedas dan rangup ni memang cukup lengkap untuk menu makan malam yang menyelerakan. 

Kadang-kadang lauk simple macam ni lah yang paling membangkitkan selera. Bau harum kuah lemak yang mendidih atas dapur, ditambah dengan rasa segar kerabu mangga, memang buat perut terus lapar!

Pukul 7 dah ajak anak-anak makan dinner. Lepas Maghrib nanti adik Rania nak ke kelas tambahan UPKK pulak so makan jela awal-awal dan ibu pun close eating window awal.

Ayam masak lemak Cie versi resipi sendiri agak-agak jela bahannya. Letak 2 biji je cili padi takut pedas nanti adik Rania tak makan. Mulanya Cie malas nak letak cili sebab malas nak tumbuk. Kakak Raisha kata takpe dia tumbuk.

Menu Malam Ini: Ayam Masak Lemak, Kerabu Mangga Dan Ikan Rebus Goreng

Bagai nak pecah lesung batu kemain kuat. Mesti jiran cakap kuat betul tumbuk cili. Hahaha. Cie pun tegur kakak suruh tumbuk slow sikit. 2 biji je pun cili yang ditumbuk. Bila dah masak tak pedas pun. Kakak Raisha suka pedas-pedas sikit.

Ikan rebus Cie rebus Ahad baru ni. Beli ikan selayang 4 ekor. Cie rebus letak asam keping, garam kasar dan gula melaka. Simpan dalam freezer. Tadi goreng letak bawang besar je. Sedap betul makan dengan nasi panas.

Menu Malam Ini: Ayam Masak Lemak, Kerabu Mangga Dan Ikan Rebus Goreng

Mangga pulak yang Kak Ngah bagi baru ni memang besar sebiji tu. Dapat buat jeruk mangga, dapat buat ayam mangga sos thai dan last hari ni buat kerabu mangga. Rasa masam-masam tu memang buat kecur liur.

Menu Malam Ini: Ayam Masak Lemak, Kerabu Mangga Dan Ikan Rebus Goreng

Bahan kerabu mangga Cie pun mudah je cili padi, serai, bawang besar, tomato, sos ikan, gula. Gaul je semua tu siap. Mangga tu cincang dan hiris. Ratah macam tu pun sedap dah.

Cie memang peminat kerabu mangga. Selalu kalau makan di The Chicken Rice Shop memang order kerabu mangga. Kalau makan di kedai thai yang ada kerabu mangga pun mesti order.

Ni jela menu makan malam ni walaupun simple je bila makan dengan keluarga buatkan ianya bertambah istimewa. Tengok anak-anak dan suami makan bertambah happy rasa hati. Hilang penat memasak kat dapur.

Yela balik kerja dah kena masak pulak. Walaupun kerja office duduk je tapi tetap la penat banyak benda nak kena fikir. Lagi-lagi bila kita kerja sorang. Takde officemate yang boleh berbagi kerja. Kerja banyak atau kerja sikit kita sendiri la hadap.

Kalau penat sangat otak memang tak masak la. Husband pun faham je order jela makan tapi tu la dah jemu taktau nak beli makanan apa. Masak sendiri jela ikut tekak sendiri.

Masak simple-simple pun dah ok janji air tangan seorang ibu dan isteri untuk suami dan anak-anak.

13 Comments

  1. Eh, tak simple ni Cie. Ni menu lengkap utk one happy family, kena masak nasi lebih sikit.

    BalasPadam
  2. Betullah tu, lauk simple macam ni lah yang menyelerakan. Ada berkuah, ada goreng, kerabu dan ulam. Terasa-rasa masam-masam manis kerabu mangga tu. Kecur dibuatnya.

    BalasPadam
  3. Ikan rebus goreng tu fav my hubby

    BalasPadam
  4. Semua sedap2! Oh kerabu mangga kat TRS sedap ye, lama tk makan situ

    BalasPadam
  5. Lebih dari simple ni Cie... Sedap dan cukup segala nutrisinya 👍🏻
    Nak masak tu kadang takde la lama sangat, tapi nak fikir idea tu letih juga 😅
    Baguslah Cie share menu hari² boleh juga ambil idea :)

    BalasPadam
  6. Menu masak lemak juga smlm tp versi daging MIL yg masak

    BalasPadam
  7. Ikan Rebus Goreng + Kerabu Mangga tu sedapnya

    BalasPadam
  8. Kerabu mangga tu makan saje pun saya suka.....

    BalasPadam
  9. ayam masak lemak cili api dengan kerabu mangga!
    Kuah lemak kuning pekat, pedas berlemak, ayam pun lembut meresap rasa. Makan pula dengan nasi putih panas-panas, memang tak cukup sekali tambah! 😋

    Kerabu mangga pula bagi ‘kick’ segar masam, pedas, manis cukup rasa.

    BalasPadam
  10. Husband ammi dulu pun tak pandai masak. Tp ntahlah ada sekali tu dia balik keje awal dan masa ammi balik keje tgk ada 2 lauk atas meja. Dia masak ikut youtube. Since then, tiap hari bekerja dia gigih masak sbb katanya “ofis dia lagi dekat dari ofis ammi”

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.