Menu Dinner Simple: Ikan Bawal Goreng, Kangkung Belacan & Sambal Bilis Tempoyak Petai

Tak makan luar langsung hari ni. Masak dari breakfast sampai la dinner. Lunch tadi tak ambil gambar so tak boleh la nak tulis blog. Lunch tadi simple juga just tambah telur dadar dan taugeh goreng je. Lebihan sardin goreng dan sambal goreng pagi tadi ada lagi so bawak ke lunch jela tak membazir.

Makan pun bertiga je tadi. Adik Rania ada kelas tambahan UPKK so tak balik tengahari. Makanan pun tak perlu hantar ada parents sponsor makanan. Alhamdulillah rezeki anak-anak belajar. 

Lepas Asar tadi masuk kitchen untuk masak dinner. Simple jugak hari ni. Takde idea dah nak masak apa. Tapi masak jugak la daripada kena fikir nak beli makanan kedai mana. Kadang-kadang salah masuk kedai makanan tak sedap. Asyik repeat makan kedai sama je jemu jugak. Baik masak sendiri je ikut selera kita.

Minggu lepas Faiz beli ikan bawal 2 ekor. 1 ekor dah masak, tinggal seekor lagi boleh la buat bawal goreng. Tadi pun Faiz beli kangkung. Kangkung tak boleh simpan lama-lama lepas beli kena masak terus. Petai beli bulan lepas kat freezer ada lagi so boleh masak sambal petai. Tu jela idea yang muncul tiba-tiba petang tadi.


Hidangan menu dinner simple ikan bawal goreng, kangkung belacan dan sambal bilis tempoyak petai


Ikan Bawal Goreng Rangup

Ikan bawal gaul garam dan kunyit lepas tu goreng sampai garing. Ada masa rajin buat la kicap, bawang, cili hiris-hiris. Kalau malas kita goreng kunyit macam ni pun dah sedap. Kalau lagi rajin boleh la buat bawal goreng kicap, bawal kari, bawal asam pedas, bawal masak lemak.


Ikan bawal goreng rangup untuk menu makan malam


Banyak je menu boleh masak bawal ni. Tapi sebab hari ni nak masak simple je untuk dinner jadinya kita goreng kunyit je buat garing-garing sedap kunyah sirip ikan bawal rangup je.


Kangkung Goreng Belacan

Kangkung ni antara sayur yang anak-anak makan. Tapi makan daun je, batang susun kat tepi. Walaupun Cie kalau potong kangkung mesti batang tu Cie belah. Kalau makan kat kedai mereka tak belah batang tu. Order nasi goreng kampung selalunya dapat batang je, order kangkung goreng pun banyak batang je. Pelik jugak.

Bahaya sebenarnya kalau tak belah batang kangkung sebab kadang-kadang kita tak nampak cacing ke apa duduk dalam batang tu. Kalau belah lebih bersih la waktu kita cuci tu.

Kangkung biasanya sedap buat goreng belacan. Cie selalu guna lebihan sambal belacan kalau beli nasi kukus ayam berempah. Selalunya sambal belacan mereka bagi banyak sebab kami bungkus sambal asing. Jadinya yang lebihan tu simpan dalam fridge tahan lama jugak. 


Kangkung goreng belacan untuk menu dinner simple


Bahan masak kangkung guna bawang putih ketuk je, minyak sikit, tumis-tumis lepas tu letak sambal belacan dan sedikit air, masukkan kangkung dan kacau. Masuk bahan perisa sikit bila dah masak kangkung tu dah boleh tutup api.


Sambal Bilis Tempoyak Petai

Lama tak masak sambal bilis tempoyak petai ni. Nak mudah Cie malas nak tumbuk semua bahan. Blend je senang. Cie blend bawang besar, ikan bilis, cili padi dan sedikit air. 

Masukkan je bahan blend tu dalam kuali. Bagi kering sikit air yang kita blend tadi. Bila dah kering masukkan minyak, tempoyak, petai, serbuk kunyit sikit. Masuk garam dan bahan perasa. Kacau-kacau kejap lepas tu dah siap. Masa dalam kuali tak nampak minyak, bila letak dalam mangkuk terus terbit minyaknya. 


Sambal bilis tempoyak petai pedas dan menyelerakan


Gabungan Lauk Kampung yang Menyelerakan

Menu simple macam ni anak-anak Cie suka je makan. Kakak Raisha dan babahnya tak makan petai. Cie dan adik Rania je hantu petai. Tapi mereka makan je sambal tu cuma tak ambil petai je. 

Kakak Raisha 3 kali tambah nasi tapi badan kurus jugak. Adik Rania 2 kali tambah. Cie memang jenis makan tak bertambah. Faiz pulak tak menambah malam ni sebab tak cukup dah kakak Raisha masak nasi 2 cawan je. Biasanya mereka bertiga dapat la 2 kali seorang tambah tapi sebab kakak Raisha dah ambil bahagian tambah babahnya. Hahahah.

Sedap sangat air tangan ibu masak. Gabungan lauk yang kena selera anak-anak. Simple tapi sedap. Kita ni bila tengok anak-anak makan betambah dah buat kita happy. 


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Alhamdulillah.. senang bila nasi dan lauk licin. Tak perlu nak simpan dalam peti.

    BalasPadam
  2. Simple tapi sedap tu.. mujur kakak Raisha masak 2 pot je.. kalau lebih mau menambah semua tu.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.