Cie sekarang sejak dah takde buat apa-apa bisnes ni memang mengadap blog jela bila hari cuti. Menulis blog dan membaca blog rakan lain. Scroll social media jarang-jarang dah. Apetah update post kat Facebook atau Instagram pun memang dah jarang. Walaupun Instagram punya followers dah 29.9k. Dulu 30k lebih tapi Cie banyak dah remove followers. Story pun dah malas sangat nak post.
Dah tua-tua ni nak berehat dengan tenang je hari cuti. Balik kerja pun nak berehat dengan tenang. Dah lepas dah fasa semua benda nak update tu.
So sebelum semua busy dengan aktiviti masing-masing, Cie masuk kitchen siapkan menu sarapan. Pukul 7 lebih tadi baru masuk kitchen. Mulanya goreng keropok keping dulu lepas tu baru siapkan bahan-bahan lain.
Mi Goreng Simple untuk Sarapan
Bahan yang Cie guna pun bahan yang simple je. Apa yang ada je dalam fridge tu. Cuma kena beli mi kuning, taugeh dan siew pak choy je yang takde. Bahan ni tak tahan lama nak simpan. Bila nak masak baru la kita beli baru la fresh lagi bahan tu. Fish ball dan fish cake pun tak beli. Selalu guna sikit je lepas tu expired buang je.
Bahan-Bahan Mi Goreng
Dah nama pun mi goreng simple kan so bahan yang basic je Cie guna. Antara bahan-bahan yang Cie gunakan:
- Mi kuning (Numee Gardenia)
- Bawang putih ketuk je
- Bawang besar hiris
- Isi ayam potong kecil
- Minyak masak
- Siew pak choy potong je ikut suka
- Taugeh
- Sos tiram
- Sos tomato
- Sos cili
- Kicap
Masak ni sebenarnya mudah je. Ikut kita je nak letak bahan apa. Takde salah, takde betul pun. Ada orang guna kicap pekat, ada juga guna kicap mi. Ada orang letak cili kisar la cili boh la. Boleh je letak apa pun. Kita yang buat dia.
Dulu arwah mak letak ikan bilis dan bawang tumbuk. Tak letak isi ayam pun. Sos-sos pun tak letak rasanya. Masa Cie kecik dulu. Sedap jugak. Seingat Cie rasanya mak pernah buat mi goreng letak lada hitam tumbuk. Mi goreng kering je. Tapi ingat-ingat lupa dah bahannya.
Sayur pulak Cie guna siew pak choy. Kadang-kadang guna juga sawi bunga. Sawi hijau tu Cie tak suka sangat sebab pahit. Taugeh pun Cie suka letak. Anak-anak tak makan sayur, jadinya mereka akan asingkan kat tepi pinggan. Cie la tukang kutip makan.
Selain bahan asas dalam mi goreng, Cie sediakan juga bahan tambahan seperti:
- Keropok goreng
- Telur mata goreng
- Cili padi potong
- Limau kasturi
- Timun
Cara Memasak Mi Goreng Sedap
- Panaskan minyak.
- Masukkan bawang putih dan bawang besar. Tumis hingga naik bau.
- Masukkan siew pak choy kacau rata.
- Masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili, kicap dan sedikit air.
- Masukkan mi kuning dan kacau rata.
- Akhir sekali masukkan taugeh, kacau rata dan tutupkan api.
- Hidangkan.
Cara masak mi goreng pun setiap orang tak sama. Biasanya bergantung kepada teknik masing-masing. Melainkan kita baru belajar masak, kita akan follow sebiji-biji resipi supaya tak derhaka resipi. Tapi kalau dah pandai sure kita akan campak-campak je dan hasilnya tetap menjadi mi goreng.
Tip Tambahan Supaya Mi Goreng Lebih Lazat
- Tambah hirisan limau kasturi atau sedikit cili jeruk masa nak makan, rasa lebih segar.
- Guna sayur sawi, kobis atau taugeh supaya mi goreng nampak berwarna-warni dan tak muak.
- Kalau nak lebih aroma, tumis bawang putih dan bawang besar lama sikit sampai naik bau sebelum masuk bahan lain.
- Letak udang, sotong, fish ball atau fish cake untuk rasa lebih manis.
- Kalau suka pedas, tambah cili kering blend masa tumis.
- Tabur daun sup dan cili besar masa hidang untuk rasa yang lebih segar.
Mi Goreng Sesuai untuk Sarapan Pagi, Minum Petang atau Makan Malam
Biasanya Cie masak mi goreng untuk dinner, pagi ni masak mi goreng untuk sarapan pulak. Mi goreng ni sesuai je untuk di makan bila-bila je. Ada masa masak untuk dinner, ada masa masak untuk sarapan. Minum petang je takde lagi masak mi goreng. Jarang pun minum petang dah nak masuk waktu makan malam. Cie makan malam awal kadang-kadang 7 malam, kadang-kadang lepas Maghrib.
Korang sarapan apa pagi ni?
2 Ulasan
Sama menu sarapan kita pagi ini Cie. Mi goreng dengan telur mata. Bezanya sarapan kami beli, bukan masak sendiri.
BalasPadamSedap Cie... Mie goreng lengkap semuanya, ada telur mata, timun, keropok. Mesti bertambah makannya.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.