Menu Tengah Hari Ala Kenduri: Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Acar Timun & Papadom

Minggu lepas restock beras basmathi masa guna SARA 2025. Cie beli terus 5kg. Masa tu memang nak beli beras basmathi. Stok kat rumah dah habis. Cie memang sentiasa standby stok beras basmathi sebab memang rajin jugak masak nasi berperisa. Kebetulan boleh guna SARA, berbaloi la jugak.

Kali ni beli brand lain. Harganya lagi murah masa tu dapat harga RM29.99 untuk 5kg. Compare dengan jenama Cie selalu beli 2kg pun dah RM23++, baik la beli yang lagi murah. Sama je pun berasnya panjang-panjang jugak.

Oleh kerana hari ni seharian di rumah je takde ke mana-mana tu yang plan masak menu kenduri la. Cie masak:
  1. Nasi minyak
  2. Ayam masak merah
  3. Acar timun
  4. Papadom

Hidangan nasi minyak bersama ayam masak merah, acar timun dan papadom


Lengkap menu kenduri untuk hari ni lunch dengan keluarga tersayang. Hari cuti boleh la nak masak-masak. Hari kerja takde masa nak masak kalau lunch. Dinner jela ada masa tu pun kalau balik awal. Kalau balik lambat pun tak masak jugak. Macam ni la wanita bekerjaya. Faiz tak pandai masak. Kalau Cie tak sihat atau kursus ke apa memang dia tapau jela.


Nasi Minyak Menu Tengah Hari

Ada sesetengah orang cakap nasi minyak ni rumit dan susah nak dimasak. Cie pun taktau part mana susah dan rumit tu sebab bagi Cie senang sangat. Hihi. Cuma kalau nasi berperisa ni kena la tumis dulu bahan sebelum dimasak nasi tu. Mungkin tu la yang dikatakan rumit kot.

Style Cie memang simple je. Bahan apa yang ada je Cie letak. Bahan pun boleh je ubah ikut kesesuaian kita. Kalau resipi orang lain biasanya letak minyak sapi la, susu cair la. Cie tak letak pun. Cie tukar kepada minyak jagung dan marjerin.

Bahan nasi minyak Cie simple je. Ni antara bahan Cie letak:
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Bay leaf (kalau takde tak perlu letak)
  • Buah pelaga
  • Bunga lawang
  • Kulit kayu manis
  • Minyak jagung
  • Marjerin
  • Daun pandan
  • Garam
  • Pewarna kuning

Nasi minyak lembut dan wangi untuk hidangan tengah hari


Ni je bahan Cie. Ikut dan je kekadang minyak masak je Cie guna untuk tumis bahan nasi tu. Ada orang letak bunga cengkih, Cie tak letak. Ada je bunga cengkih tapi tak suka nak letak. Bagi Cie mudah jela. Kita yang buat kan.


Lauk Ayam Masak Merah Paling Digemari

Ayam masak merah Cie warna je merah tapi tak pedas pun. Cie guna cili kering yidu yang lebar tu. Kali ni campur jugak dengan yang kerinting sikit. Tak pedas jugak. Memang taknak pedas sebab nanti kesian adik Rania nak makan dia tak tahan makan pedas.

Cili tu Cie simpan kat bahagian freezer so boleh ambil je bila nak guna. Untuk buat stok ni Cie akan gunting cili kering, rebus dan blend bersama dengan bawang besar dan bawang putih. Tumis sekejap dalam kuali dengan minyak nak bagi tahan lama bila simpan. Senang nak guna takdela buang masa nak prepare cili kering blend.

Ayam tu goreng dulu. Lepas tu baru la buat kuah. Guna stok cili yang dah masak ni so takdela lama kena tumis. Kalau time tu nak masak, time tu baru nak proses cili blend memang akan buang masa. Cie tambah bawang putih dan bawang besar hiris jugak walaupun dalam cili blend tu dah ada bawang. Nak feel gigit bawang sekali sambal ayam tu.


Ayam masak merah kuah pekat untuk hidangan tengah hari


Ni cara Cie la masak. Cara orang lain mungkin berbeza. Ada jugak orang letak susu cair dalam ayam masak merah, ada yang letak tomato puri, ada jugak yang campur sos cili dan sos tomato. Takde yang salah jangan risau.


Acar Timun Pelengkap Selera

Tak lengkap menu nasi minyak kalau takde acar timun. Acar timun Cie letak bawang besar hiris, cili merah hiris, carrot hiris halus, cuka, garam dan gula. Simple je tapi sesuai makan dengan nasi minyak.

Ada orang letak sengkuang dan nenas. Cie tak letak sebab tak makan. Letak la bahan yang kita makan. Kalau kenduri Cie suka pilih timun saja. Nenas tu memang tak ambil. Tu pun kalau Cie je yang tengah ceduk makanan. Kalau ada orang belakang tunggu terpaksa la ceduk je tapi tetap akan pilih yang ada timun je.


Acar timun segar sebagai pelengkap nasi minyak


Cie suka guna timun jepun. Kat rumah Cie ni memang jarang beli timun biasa tu. Lebih suka timun jepun. Selalunya orang buat acar kenduri atau kedai makan guna timun biasa tu lebih murah. Cie tak suka sangat beli timun biasa ni sebab kadang-kadang nasib tak baik kena yang pahit.


Papadom Rangup Penambah Rasa

Nasi minyak kalau takde papadom macam tak lengkap pulak. Papadom ni sebagai pelengkap dan penambah rasa untuk nasi minyak. Ni pun memang selalu ada stok sebab Cie suka masak nasi berperisa.


Papadom rangup dihidang bersama nasi minyak


Kadang-kadang beli yang jenis bulat, kadang-kadang beli yang empat segi tepat tu. Yang empat segi tepat tu bila goreng selalu meletup-letup. Kalau buat jamuan beli yang tu la senang nak goreng dan tak makan space nak simpan selepas goreng. Kalau makan sendiri lebih suka yang bulat.


Semerbak Bau Macam Kat Kenduri

Siap masak tadi Cie masuk ke ruang tamu, semerbak je bau nasi minyak Cie dah macam kat kenduri dah. Cie masuk dapur tadi pukul 11 lebih, pukul 12 lebih dah siap. Sekali sekala masak menu kenduri ni sedap jugak. Tak perlu pergi kenduri pun dapat jugak vibes kenduri tu.


Lunch Selepas Zohor

12 lebih tadi ustazah whatsapp dalam group katanya anak-anak KAFA akan balik 1.25 petang sebab mereka akan makan dulu di KAFA. Sepatutnya balik 1 petang. Kelmarin dah ustazah inform ada parents nak sponsor menu lunch hari ni. Ingatkan parents tu bungkus rupanya hidang buffet tu yang mereka makan dulu kat sekolah KAFA.

Selepas Zohor tadi kami lunch. Adik Rania duduk jugak kat meja makan borak-borak. Sekali dia cakap nak makan jugak la. Dia pun ambil pinggan dan makan. Teringin jugak tengok masakan ibu menyelerakan.

Menu dia kat KAFA tadi nasi, ayam masak merah, telur dadar dan sayur kobis. Katanya banyak jugak makan di KAFA. Balik rumah dia makan pulak nasi minyak. Tak boleh tahan tengok agaknya. Alhamdulillah. Bila kenyang mata mula la kuyu-kuyu je.


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Tengok Cie masak nasi minyak, aduhai terliurnya. Rasa macam nak masak juga, tengok bahannya pun macam mudah ja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye mudah je. Letak je apa kita nak letak jadi juga 😁

      Padam
  2. ehhh.. murah lah tu beras basmathi 5kg dalam RM30. Panjang² juga dan nasi yang dimasak pun cantik. Nanti nak riki² jugalah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah rasanya promo masa tu. Cap Lily. Ok berasnya. Tak patah. Kalau masak nasi putih pun sedap ni

      Padam
  3. Aduh buat kenduri tak jemput ahaha 😂
    Akk pun selalu beli beras basmati 5kg yg harganya ±RM30. Buat nasi lemak pun sedap kan. Ni mmg nak kena top up la sbb weekend ni anak² asrama nak balik sempena cuti sekolah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mai la datang 😆. Beli yang brand biasa2 je janji sama je kualiti. Elok hat ni tak patah.

      Padam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.