SARA 2025: Panduan Tebus RM100 Bantuan Barang Dapur

Lepas selesai sambutan Merdeka 31 Ogos hari Sabtu baru ni, kami terus ke TF Value Mart Lipis untuk top up barang dapur. Rutin biasa hujung minggu. Hari Sabtu tu pergi servis kereta so tak sempat nak beli barang dapur. Biasanya sebulan sekali kami ke TF untuk beli barang dalam kuantiti yang banyak. Kalau biasa beli bahan basah tu kat BS Fresh Mart je.

Pelbagai jenis epal merah dan hijau dipamerkan di rak buah TF

Ikan segar dipamerkan di bahagian jualan basah TF



Baru perasan 31 Ogos hari pertama SARA 2025 one-off RM100 boleh digunakan. Tu pun Faiz cakap. Patut la ramai betul orang. Cie beli bahan kering, sayur, buah dan ikan. Ikan ambil bawal dan siakap je. Ikan jenis ni je anak-anak makan. Ikan jenis kecil tak pandai makan. Bahan kering tu macam beras biasa, beras basmathi, minyak, tepung, mi segera, sardin, sos tiram. Ada juga husband beli towel nak cuci kereta katanya dan Cie beli tape dispenser. 


Troli berisi barangan dapur asas selepas membeli di TF


Beras basmathi murah pulak RM29.99 untuk 5kg cap lily cream. Cie tengok brand biasa beli tu 2kg pun dah RM20 lebih baik ambil yang tu 5kg. Cie memang sentiasa standby stok beras basmathi kat rumah. Suka masak nasi berperisa bila teringin nak makan.

Kami takdela plan nak guna lagi SARA tu. Masa beratur kat kaunter tengok orang depan-depan tu ramai guna. Cie pun memang tak sempat tengok item apa boleh guna. Cie ingatkan apa-apa bahan je. Punya la tak ambil tahu. Padahal ada je dalam website SARA. 

Masa beratur tu baru la rasa nak buka website SARA. Lama jugak kami beratur sebab ramai nak beli barang. Tersangkut kat kauntet tu sebab system down tu la. Semua kaunter guna SARA tu yang jadi slow sikit.


Penulis beratur di kaunter TF menunggu giliran membayar barang dapur



Sampai je kaunter cashier tu main scan je takde pulak tanya nak guna SARA ke tak. Husband Cie tanya boleh guna ke. Baru la dia cakap boleh try line tak ok katanya. Cashier tu pulak bertukar-tukar dari kaunter kami ke kaunter sebelah tu bila ada problem. Husband hulur jela IC. Dia masukkan IC kat terminal SARA dan berjaya.

Masa tu dia dah terlepas scan beberapa bahan kering yang dalam kategori macam tepung, kiranya dah bercampur dengan barangan yang tidak termasuk dalam kategori. Cuma yang tinggal beras, beras basmathi, minyak, bahulu samudera, sos tiram, mi sedap. Yang awal-awal dia scan tu husband bayar dulu. Yang nak guna SARA baru dia scan lain. Total RM110. So kena tambah RM10. Guna IC husband jela masa tu. IC Cie next time la pulak.


Resit belian barangan dapur di TF Value Mart Lipis

Resit pembelian menggunakan SARA RM100 dengan MyKad


Berbaloi la jugak dapat beras biasa, beras basmathi, minyak lagi. Kalau masa tu line SARA tak ok pun tetap la kami akan bayar sebab memang nak beli. Kesian baca kat Facebook ramai tinggal troli sebab sistem SARA line problem. Macam MyKasih tu la jugak kalau sistem tak ok tak dapat nak guna jadinya mereka yang memerlukan tak dapat nak bayar guna duit sendiri. Kerajaan kena fikir la cara apa boleh guna supaya takde isu dengan sistem.

Cie punya IC next time la pulak guna. Tempoh pun panjang lagi sampai 31 Disember 2025. So boleh la guna time dah tak sesak sangat nanti. Sistem tu kalau dah terlalu sesak memang down la. Terkejut agaknya sehari je berapa juta transaction. Semoga tak berterusan la masalah system down tu.

Paparan skrin semakan kelayakan SARA 2025 di portal rasmi

Paparan skrin semakan kelayakan SARA 2025 di portal rasmi

Ramai orang share kat Facebook dah guna SARA. Mostly Cie tengok banyak beli mi segera. Lepas tu cakap banyak ni je dapat. Tak faham la. Beli la benda yang berbaloi macam beras, minyak, tepung, garam, gula. Yang kita boleh gunakan setiap hari. Takkan nak makan mi segera hari-hari. Kena la bijak berbelanja duit yang kerajaan bagi. Bersyukur seadanya. Ramai yang nemerlukan walaupun RM100 zaman sekarang kecil sangat nilainya.



Apa Sebenarnya SARA 2025?

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ialah program bantuan tanpa tunai (cashless) yang dikreditkan terus ke MyKad untuk pembelian barangan asas di kedai atau pasar raya terpilih. Bagi tahun 2025, terdapat dua perkara penting:

  • Penghargaan SARA one-off RM100 untuk semua warganegara dewasa 18 tahun ke atas: dikreditkan pada 31 Ogos 2025 dan boleh dibelanjakan hingga 31 Disember 2025. Baki yang tak habis boleh dibawa ke bulan seterusnya, tetapi luput pada 31 Disember 2025.  
  • SARA sedia ada (penerima STR): penerima SARA STR (Sumbangan Tunai Rahmah) terus menerima kadar bulanan mengikut ketetapan 2025 dan juga menerima tambahan one-off RM100 pada 31 Ogos 2025. (Kalau isi rumah ada beberapa ahli berusia 18 tahun ke atas, jumlah keseluruhan kredit keluarga boleh jadi lebih tinggi, contoh suami isteri dan 2 anak dewasa = RM400 keseluruhan).  


Di Mana Boleh Guna?

Pembelian boleh dibuat di kedai atau pasar raya rakan niaga SARA seluruh negara (contoh: Mydin, Giant, Econsave, The Store/Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus dan pasar mini bebas).


14 Kategori Barangan Yang Dibenarkan (Tiada Barang Basah)

Senarai kategori rasmi SARA 2025 ialah:

  1. Beras
  2. Telur
  3. Roti
  4. Minyak masak
  5. Biskut
  6. Mi segera
  7. Tepung
  8. Minuman (contoh: susu, teh, kopi)
  9. Makanan dalam tin (contoh: sardin, tuna)
  10. Bahan perasa (contoh: sos, kicap, gula, garam)
  11. Produk penjagaan diri (contoh: ubat gigi, tuala wanita, sabun)
  12. Ubat-ubatan (yang diluluskan KKM)
  13. Keperluan sekolah (contoh: pakaian seragam, kasut, beg, alat tulis)
  14. Barangan kebersihan rumah (contoh: sabun pencuci baju, pinggan mangkuk, lantai)

Tidak termasuk: barang basah/mentah seperti ayam, daging, ikan, sayur segar; serta apa-apa yang di luar 14 kategori.  


Cara Tebus & Bayar Guna MyKad (Langkah Demi Langkah)

  1. Pilih barang dalam 14 kategori yang ada label SARA/MyKasih di rak.
  2. Tunjukkan MyKad di kaunter (juruwang sahkan status).
  3. Asingkan barang yang berada dalam kategori.
  4. Imbas barang.
  5. Sahkan bayaran dengan MyKad (transaksi cashless). Jika jumlah melebihi RM100 kita perlu menambah duit bagi jumlah yang lebih itu.
  6. Simpan resit (untuk semak baki dan rekod pembelian).  

Had & Baki:

  • Jika jumlah pembelian melebihi baki SARA, beza itu dibayar sendiri.
  • Baki tak habis boleh dibawa ke bulan seterusnya, tetapi semua baki mesti digunakan sebelum 31 Disember 2025. Lepas tarikh itu, baki yang tinggal akan digunakan bagi program perlindungan sosial lain tahun berikutnya.

Bagi Cie la confirm boleh habis punya. Kerajaan dah bagi so gunakan. Kalau rasa taknak boleh je beli barang apa-apa lepas tu sedekahkan kepada yang memerlukan. 


Cara Semak Kelayakan dan Baki

  • Portal rasmi SARA: semak kelayakan dan info terkini.
  • Aplikasi MyKasih: semak baki, semak barangan dan kedai berhampiran.
  • Resit pembelian: paparkan baki semasa dan baki selepas pembelian.
  • Bantuan khidmat pelanggan: 03-7720 1800 (waktu pejabat).  


Strategi Belanja RM100 Supaya Lebih Berbaloi

Jom Cie share barang apa boleh beli:

Utamakan Barang Asas

Beras 5 kg atau 10 kg (ikut bajet), minyak masak, gula, garam, tepung gandum. Ini bahan utama di dapur. (Kategori 1, 4, 7, 10)  

Stok Protein Bajet

Walau ayam atau ikan segar tak dibenarkan, kategori telur termasuk jadi ambil sepapan untuk bekal sarapan, goreng, masak kicap, masak kari telur, sambal telur atau telur masak lemak. (Kategori 2)  

Makanan Sampingan

Mi segera dan makanan dalam tin (sardin/tuna), roti boleh dijadikan menu sandwich cepat. Senang dan jimat gas. (Kategori 5, 6, 9, 3)  

Minuman Asas Perlu Ada

Pilih serbuk teh atau kopi dan susu pekat atau susu tepung. Elak minuman premium atau bergula tinggi yang bukan keperluan. (Kategori 8)  

Barang Penjagaan Rumah

Sabun cuci baju atau pinggan dan tisu dapur. Untuk diri pula tuala wanita, ubat gigi, sabun mandi. (Kategori 11 dan 14)  

Barang Keperluan Anak

Kalau ada anak bersekolah, manfaatkan kategori ini untuk beli baju, kasut atau alat tulis jika perlu. (Kategori 13)  

Pantau Promosi dan Banding Harga

Walaupun SARA dah bantu kurangkan bil, tetap perlu buat perbandingan harga seunit. Contoh: minyak 5kg dan 2kg mana lebih murah per kg?

Jangan Campur Troli

Asingkan barang dalam 14 kategori dengan barang lain. Senang juruwang imbas dan elak kekeliruan di kaunter.

Simpan Resit Untuk Rujukan

Mudah nak tahu berapa tinggal dan apa yang sudah dibeli. (Resit paparkan baki semasa dan baki selepas).  


Nota Penting dan Ringkasan Akhir


  • Guna MyKad sahaja di kaunter; bukan tunai atau e-dompet lain.
  • Cari label SARA pada rak harga itu penanda sah kategori.
  • Rancang troli ikut 14 kategori elak barang basah dan item di luar kategori.
  • Simpan resit dan semak baki melalui portal atau app MyKasih.
  • Habiskan sebelum 31 Disember 2025: baki selebihnya akan digunakan untuk inisiatif perlindungan sosial lain pada tahun berikutnya.  

Rujukan rasmi: Portal SARA (kategori, langkah pembelian, tarikh dan cara guna MyKad)


Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. tadi membeli terlupa nak guna. nanti la, boleh beli beras minyak semua tu. berbaloi sikit

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Kebetulan hari pertama tu maybe masih ok masa tu. Tu pun lama jugak di kaunter.

      Padam
  3. Berbaloi jugakkan? Sy tak guna lagi RM100 tu sbb hari tu baru blk dr kg..Dkt TF batu caves last monday system down jgk..Kita bagi traffic lapang sikit la baru pegi =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hari pertama awal2 tu je lepas. Lepas tu dah down.

      Padam
  4. linda pun tak guna lagi...sampai bulan disember kan, tunggu next nak bli barang2 kering pulak lah....eh, kita tertengok nama suami Cie, dasyat betul ya ejaan nya...ada mix ke cmne?

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.