Beli Lunch di 7E Cafe Lepas Shopping Barang Dapur, Redeem Ice Latte Free & Enamel Pin

Selepas beli barang di TF Value Mart 31 Ogos hari tu kami singgah membeli makanan di 7E Cafe Bandar Baru Kuala Lipis. Taktau nak makan apa sebabnya pagi tu sebelum pergi sambutan merdeka di Dataran Orang Kaya Haji kami dah sarapan berat nasi kerabu. Kiranya masing-masing masih kekenyangan. Tu yang lunch singgah beli makanan di 7e Cafe jela. Tanya anak-anak nak makan apa jawapannya taktau. Tau tau bapaknya dah melencong ke 7E Cafe Bandar Baru. Maknya suka la selaku duta tak dilantik kan. Hahaha


7E Cafe Bandar Baru Kuala Lipis



Senarai Makanan Yang Kami Beli Hari Tu

Macam biasalah kalau dah singgah 7E Cafe port favourite kami anak beranak, pilihan memang macam-macam. Ini antara menu yang kami beli:

  1. Buffalo Chicken Wingstick 3 pcs RM7.90
  2. Round Chicken Burger Black Pepper RM6.90
  3. 7C Ice Latte Gula Aren RM5.90
  4. 7E Ice Latte SCH RM4.90
  5. BBQ Chicken Wingstick RM7.90
  6. FF Chicken Popcorn Mac & Cheese 315g RM8.90

Resit belian 7E Cafe

Makanan dan minuman 7E Cafe

Ice latte gula aren



Voucher Free Ice Latte & Enamel Pin


Selepas buat bayaran cashier serahkan resit. Masa tunggu makanan dipanaskan, Faiz dah nak renyukkan resit tu mujur Cie macam perasan resit tu panjang berjela. Cie mintak kat Faiz. Rupanya dapat redeem ice latte dan enamel pin. Kalau Cie tak perasan masa tu dah rugi benda free. Cashier tu takde bagitau. Biasanya pendek je resitnya tu. Bila panjang tu mesti dapat apa-apa voucher. Sekali betul sungguh. Masih ada rezeki. Kalau Faiz dah buang masuk tong sampah. Takdela dah.


Voucher free ice latte dan enamel pin



Cie terus tanya apa enamel pin free tu. Tak dapat membayang rupa apa pin yang dikatakan free tu. Baru la cashier tu cakap takde stok tapi boleh je redeem kat mana-mana cawangan 7E Cafe. Cie pun simpan jela nanti boleh datang semula. Dah tentu-tentu setiap minggu wajib singgah 7E Cafe. Hihi.

Kiranya kali kedua dah dapat free ice latte ni. Kali pertama dulu cashier tu pesan resit jangan buang ada free ice latte. Kena redeem sebelum Oktober. 



Anak-Anak Tak Balik Tengahari

Biasanya waktu lunch memang balik rumah lepas ambil adik Rania balik sekolah 1.15 petang. Tapi semalam Cie tak balik rumah sebab adik Rania ada perkhemahan sekolah, bermalam kat sekolah. Jadi tak ada urusan nak ambil dia balik. 

Kakak Raisha pula ada KKQ (Kelas Kemahiran Quran) balik lewat pukul 4.30 petang. Biasanya ada KOKO, minggu ni takde KOKO ganti dengan KKQ. Jadi tak perlu rushing balik rumah. Lagipun selalunya kakak Raisha balik 2 petang babahnya ambil.


Redeem Ice Latte & Enamel Pin

Pukul 1 petang semalam Cie keluar office terus ke 7E Cafe Bukit Residen yang paling dekat dengan hospital. Tujuannya nak redeem ice latte dan enamel pin tu la sebelum Cie terbuang resit 7E Cafe tu. Cie pun dah nyaris terbuang kelmarin. Mujur Cie campak dalam tong recycle paper tepi meja Cie so boleh la ambil semula. 

Bulan lepas Cie dah redeem 1 voucher ice latte B1F1 tu kat 7E Cafe Perniagaan Gemilang. Masa tu cashier tu cakap kena beli 1 ice latte dan dapat 1 ice latte percuma. Cie pun follow jela sebab taktau. Tengok kat resit pun tulis B1F1 so kita fikir buy 1 free 1.

Semalam lain pulak ceritanya. Cie masuk 7E Cafe Bukit Residen Cie beli makaroni keju popcorn ayam berharga RM8.90. Masa nak bayar tu Cie tunjuk resit ice latte free dan cashier tu terus scan. Dia sebut jumlah Cie perlu bayar RM8.90. Cie macam terkejut eh adik ni tak dengar ke Cie kata nak redeem ice latte. Resit pun dia dah ambil renyuk. 

Makaroni keju ayam popcorn Title: Hidangan makaroni keju ayam popcorn dari 7E Cafe


Cashier tu kata betul la kak. Ni dapat ice latte. Ke akak nak 1 lagi ice latte. Oh ok baru faham terus dapat je tanpa perlu beli ice latte untuk dapatkan free 1 tu. Berbeza pulak ek pemahaman cashier ni. Haritu terang-terang Cie kena beli dulu 1 ice latte baru dapat 1 percuma. Yang semalam ni tak perlu beli dah terus boleh redeem 1 free.

Untuk enamel pin pula, alhamdulillah kali ni stok dah ada. Ada 7 design semuanya. Adik Cashier tu tunjuk 5 design tadi. Cie pilih yang kopi ni. Lupa pulak tanya belian berapa ringgit baru dapat free pin tu. 


Enamel pin 7E Cafe



Ice Latte Yang Menjadi Daya Tarikan

Cie dan Faiz memang suka ice latte 7E Cafe. Cie suka ice caramel latte dan juga ice latte gula aren. Harga dah la murah dan rasa pun memang kopi pure. Sebab tu sekarang ni asyik singgah 7E Cafe je kalau nak minum kopi. Sekarang pulak dapat free ice latte kalau kita beli mana-mana kopi di 7E Cafe memang jimat sangat la.


Ice latte percuma



Enamel Pin Limited Edition

7E Cafe keluarkan enamel pin edisi terhad. Benda kecil tapi bila ada tujuh design untuk dikumpul, rasa macam satu cabaran. Orang yang suka koleksi mesti akan kejar semua design.

Cie dapat satu dah ni. Kot nanti beli apa-apa dapat lagi syok juga kumpul banyak. Taktau jugak nak buat apa. Kalau free fridge magnet boleh tepek kat fridge. Ni pin entahla nak tepek kat mana.


Lunch Di Office

Lepas Cie beli makaroni dan redeem ice latte Cie terus ke Kedai Jahit Aison Lipis Centrepoint nak ambil baju kenduri Cie tempah bulan lepas. Sedar tak sedar dah 1.30 petang. Malas dah nak balik rumah. Terus Cie masuk office.

Panaskan makaroni lepas tu Cie solat. Makan kat office jela. Jenuh nak habiskan makaroni tu. Selalu beli share dengan anak-anak. Makan sambil minum ice latte pulak tu memang terlebih kenyang la jugak.


Lunch di office



Setiap Minggu Singgah 7E Cafe

Entahla bagai di panggil-panggil je nak masuk 7E Cafe sama ada Cie ataupun Faiz. Sebab senang kot semua ada dari kopi ke makanan berat. Harga pulak takdela mahal bagi Cie. Masih berpatutan untuk segelas kopi anggaran RM4.90 - RM5.90 dan makanan berat anggaran harga RM6.90 - RM8.90.

Waktu lunch kekadang nak yang simple je. Malam dah makan makanan berat macam nasi dan lauk pauk. Begitula kan ikut selera kita ada masa makan je nasi lauk pauk bagai tu waktu lunch. Kiranya tak tetap la menu.


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Syukur tak sempat direnyukan lagi resit tu hahaha.. alhamdulillah dpt free boleh redeem ice latte..

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.