Line U Mobile Masih Teruk – Slow, 1 Bar Saja, Port Out ke Celcom Belum Diluluskan

Sejak beberapa hari lepas kalau tak silap Cie bermula 4 Ogos, line U Mobile di taman perumahan Cie memang sangat bermasalah. Sekejap ada line, sekejap hilang. Memang hanya 1 bar saja yang muncul. 

Line U Mobile hanya 1 bar di kawasan rumah
Ni line kat rumah memang 1 bar je



Sambungan internet sangat perlahan sampai nak buka gambar di Facebook pun ambil masa lama, nak tengok story Instagram pun asyik lag je. Lebih mengecewakan, keadaan ni langsung tak sesuai untuk Cie yang aktif menulis blog dan sering blogwalking ke blog rakan-rakan lain.

Cie dah cuba bersabar. Mula-mula Cie fikir mungkin gangguan sementara atau faktor cuaca sebab malam tu hujan dan guruh. Tapi bila keadaan berterusan, Cie mula buat aduan kepada pihak U Mobile. Jawapan yang Cie terima agak mengecewakan. Mereka kata, tiada sebarang masalah atau gangguan dikesan di kawasan Cie. Sedangkan hakikatnya, penggunaan harian Cie terganggu sepenuhnya.

Chat dengan khidmat pelanggan U Mobile yang menyatakan tiada masalah rangkaian



Bayangkan, nak tulis artikel blog pun jadi sukar. Setiap kali Cie nak upload gambar untuk dimasukkan ke dalam artikel, ambil masa beberapa minit. Kadang-kadang terus gagal upload. Nak blogwalking ke blog rakan-rakan pun susah. Page lambat loading, gambar lambat keluar. Ada ketika, Cie terus batalkan niat nak blogwalking sebab connection terlalu perlahan.

Lebih parah lagi, aplikasi-aplikasi lain seperti WhatsApp, Facebook dan Instagram pun turut terjejas. Gambar tak keluar. Story IG tak dapat dibuka. Video pendek ambil masa terlalu lama untuk loading. 

Nak upload story kat Instagram pun ambil masa beberapa minit. Nak hantar voice kat whatsapp pun ambil masa juga baru send.

Muat naik Instagram Story mengambil masa 19 minit dengan line U Mobile

Voice note di WhatsApp masih loading untuk dihantar



Kalau kat office jela line ok tu pun 3 bar sahaja. Kat office mana la boleh pulak kita nak mengadap social media waktu kerja kan. Kat rumah jela ada masa tapi takde line pulak.


Line U Mobile menunjukkan 3 bar di pejabat



Setiap hari Cie harap keadaan akan bertambah baik. Dan kelmarin, line U Mobile tiba-tiba jadi agak stabil. Cie sempat blogwalking dan siapkan artikel. Tapi harapan Cie tak bertahan lama. Semalam, semuanya kembali seperti asal. Slow sangat-sangat. 1 bar je line yang ada. Sekali lagi Cie chat kat U Mobile website jawapan tetap sama takde masalah kawasan Cie tu. Aishhh kita buat aduan tu kiranya ada masalah la.

Kebetulan Cie up status whatsapp, jiran sebelah rumah pun komen. Dia pun alami masalah sama line slow. Memang betul la kawasan perumahan Cie ni alami masalah gangguan. Tapi pihak U Mobile menafikan dan tak habis-habis cakap mereka upgrade rangkaian menyebabkan ada masalah.

Cie sekarang memang dalam proses nak port out dah dari U Mobile. Masa mula-mula tukar ke U Mobile dulu memang sangat ok takde masalah pun. Bayaran bulanan pun ok je dan internet unlimited. Lepas Cie tukar pakej lebih tinggi sebab nak ambil iphone pakej terus la line asyik bermasalah je. 

Sebelum ni pun dah pernah berlaku beberapa jam takde line. Ada masa kat rumah, ada masa kat office. Tapi Cie macam ok jela kalau jarang sekali macam tu. Ni setiap hari ye sejak beberapa hari ni.

Anak-anak dulu semua pakai U Mobile. Sejak selalu ada masalah line, Cie decide port out no kakak Raisha ke CelcomDigi dan nombor adik Rania memang simcard baru Cie beli untuk CelcomDigi. Line anak-anak ok. Kalau time line Cie takde tu pernah jela pinjam hotspot anak.

Sampai setakat artikel ni di publish proses port out Cie belum berjaya. Pukul 11.07 pagi tadi dapat email dari Customer Service U Mobile buat ayat macam nak pujuk. Sorry ya hatiku cukup terluka dah taknak lagi setia.


Email daripada khidmat pelanggan U Mobile meminta pengguna kekal dan janji baiki servis



Cie dah pun reply SMS “Confirm PortOut” seperti diminta pada 6 Ogos 2025 pada jam 7.19 petang untuk kali kedua dah tu dan Cie pun dah selesaikan unbilled amount semua sebelum tu masa request pertama rejected dengan alasan ada unbilled amount belum settle. Bila kita settle dia reject.

Tadi Cie dapat sms pada 4.24 petang mengatakan. 

RM0 UMOBILE has rejected yr request to Switch to Celcom due to One or more phone lines did not reply to our SMS Validation.. Check with yr current telco. To re-submit: visit CelcomDigi website> Get Help


Cie masih lagi ‘terperangkap’ dengan U Mobile setakat artikel ni di publish. Cie dah request semula untuk port out pada pukul 4.54 petang tadi selepas call customer service U Mobile asyik mesin je bercakap.

Sampai je rumah balik kerja tadi line internet langsung takde ye. Haihhhh U Mobile ni memang dah main kasar. Cie pun call centre berkali-kali tekan itu ini baru la Cie dapat bercakap dengan pegawai customer service. Cie buat aduan tentang line internet takde. So pegawai tu ambil la report Cie sebab dia kata sebelum ni dah ada rekod Cie buat aduan tu. Kali ni dia hantar terus ke team teknikal la untuk check apa masalah. Ambil masa 3-5 hari bekerja katanya. Adeh la tambah lagi masa seminggu. 

Pegawai tu pun cakap ada je pencawang 900meter dari rumah Cie ni. Mungkin pencawang tu ada masalah katanya. Selepas settle buat aduan pasal masalah rangkaian tu pegawai U Mobile tanya ada apa-apa lagi boleh dia bantu. Cie pun terus la tanya pasal port out tu dan Cie mintak dia semak betul ke masih kena bayar lagi unbilled amount sebab Cie dapat sms suruh bayar. Bila buka apps U Mobile ada muncul interim bill.

Pegawai tu pelik pulak ‘hah ada interim bill?’. Dia pulak tanya kita. Dia kata dia dah check takde apa-apa amount dah kena bayar so abaikan jela sms tu katanya. Nak kena tunggu 2 hari lagi untuk pihak U Mobile proses permohonan.

Kenapa proses port out ini pun susah? Sepatutnya, bila pelanggan dah buat keputusan untuk berhenti dan ikut segala prosedur, ia perlu dipermudahkan. Tapi nampaknya, bukan semua telco bersikap telus. 

Cie dulu port out dari Maxis ke U Mobile pun rasanya tak susah sangat. Cie dulu asalnya pakai Maxis. Bila pindah masuk rumah Cie duduk ni line Maxis tak berapa cantik. Tu yang Cie tukar ke U Mobile. Masa tu bil Maxis pun mahal. Tukar ke U Mobile untuk bil murah dan line ok. Pakai beberapa tahun mula dah line tidak memuaskan.

Cie terbaca juga di media sosial, ramai pengguna lain alami masalah serupa. Bila nak port out, tiba-tiba muncul caj tambahan yang tak dijangka, atau sistem sengaja delaykan proses. Saja menyusahkan pengguna untuk membalas SMS dengan ayat yang mengelirukan. Jawab yes or no je sudah la.

Sebagai blogger aktif dan pengguna media sosial harian, kelajuan internet sangat penting. Cie perlukan sambungan pantas untuk upload gambar, siapkan artikel, baca blog rakan-rakan dan berinteraksi dalam komuniti. Tapi sekarang ni, semua itu hanya tinggal harapan.

Cie faham, kadang-kadang telco pun ada cabaran teknikal. Tapi bila pengguna buat aduan dan pihak mereka jawab “tiada masalah dikesan”, itu yang buat Cie geram. Takkan semua pengguna perlu rekod video sebagai bukti baru mereka nak ambil tindakan?

Cie dah cuba:
  • Restart telefon banyak kali
  • Tukar mode airplane
  • Reset network settings
  • Buat aduan

Tapi hasilnya tetap sama. Kalau takde perubahan, nampaknya Cie akan terus berusaha untuk pastikan port out ke Celcom berjaya.

Kepada pengguna U Mobile yang alami masalah serupa, Cie nasihatkan:

  • Buat aduan rasmi melalui aplikasi MyUMobile atau hubungi khidmat pelanggan.
  • Screenshot bukti line teruk, termasuk speedtest dan log waktu line hilang.
  • Jika tiada penyelesaian, pertimbangkan untuk port out ke telco lain.
  • Pastikan bil semasa dibayar penuh supaya proses port out tidak tertangguh.
  • Semak dari semasa ke semasa status port out melalui SMS dan aplikasi.


Cie akan terus kemas kini status proses ini. Harapnya, Celcom boleh beri line yang lebih stabil selepas ini. Cie sayang line U Mobile sebab pelan ada unlimited kuota, tapi sayangnya servis di kawasan Cie sejak 2 menjak ni memang tak boleh diterima lagi.

Doakan Cie berjaya port out secepat mungkin. Dan kepada rakan-rakan blogger yang perasan Cie kurang aktif blogwalking sejak kebelakangan ni, inilah sebabnya. Hanya sempat meninggalkan jejak kepada beberapa orang rakan saja bila berada di rumah. Sebab line tidak memberikan kerjasama. Cie harap semuanya kembali lancar dalam masa terdekat.

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. I feel you... Susah utk kita yg aktif blogging ni kalau internet terganggu.
    Kami dulu ada masalah dgn telco satu ni... Masa tu pakai broadband (Lama dah la kan) tapi serik giler dgn service diorag. Sampai skrg mmg dah blacklist satu telco ni.

    BalasPadam
  2. eee.. geram je kan. kita sekarang hidup ni internet down, kita pun down. hehehe

    BalasPadam
  3. Bab internet ni kalau slow kerja jadi slow juga. Hilang mood jadinya. Harap cepatlah dorang buat kerja dan setelkan cepat. Parah kalau lama-lama nak hadap masalah internet macam ni. Banyak urusan memerlukan internet.

    BalasPadam
  4. Lama juga team teknikal nak ambik masa tu. Kadang TM punya internet pun geram je rasa.....

    BalasPadam
  5. Semoga bisa cepat pindah ke provider lain kak ... Krn memang tak mungkin bertahan dengan provider internet yg belum stabil. Menghambat pekerjaan, apalagi kalau kerja kita bergantung pada internet.

    Saya pun tak suka provider yg seperti ini, kita lapor, tapi dibilang tak ada masalah. Ada 1 provider di sini yg agak mirip dengan U-mobile. Bolak balik mati hidup. Untung saya tak pernah pakai, tp kawan banyak yg komplain . Padahal awalnya lancar jaya internetnya. Makin kemari, makin jelek pula

    BalasPadam
  6. Masalah juga jiak tak kuat line, anak-anak nak belajar sekarang kadang guna line, harap dapat penyelesaian ya..Banyakkan sabar..tak apa pasti ada jalan tu ya

    BalasPadam
  7. Cuba Unifi Cie... rasanya lebih stabil. Cuma bila keluarlah still kena ada rangkaian yang lebih baik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu dah pernah apply unifi tapi nak tunggu q tu lama takde port. Lagipun pakai unifi macam bazir pulak banyak betul line nak kena bayar. Takde keperluan nak pasang unifi.

      Padam
  8. Kak SA guna unifi...so far blom ada masalah...kat hihway ke kadang xde line..sebab tu akak ada 2 hp..satu lagi tetap la guna maxis...back up kalau tetiba xde line..but so far ok je...

    BalasPadam
  9. tgk area kot...rumah MZ kwsn bukit/hutan, so memang mobile data/line hp sgt slow, MZ guna unifi jer jer if kat rumah

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.