Bila sebut hup seng ni ramai la yang kaitkan dengan biskut hup seng. Walhal syarikat yang berbeza. Tanpa periksa dan semak terus la share kata biskut hup seng tak halal. Ramai pulak tu share.
Cie masuk office pagi tadi terus la buat semakan. Hospital pun memang ada pakai biskut cap ping pong hup seng tu. Buka web Myehalal dan buat carian Syarikat Hup Seng Perusahaan Makanan (M) Sdn. Bhd. Masih valid ye sijil halal mereka sehingga 30 September 2027.
Nama je seakan sama Hup Seng tu tapi sebenarnya syarikat berbeza. Syarikat yang ditarik sijil halal tu beralamat di Melaka, manakala syarikat yang mengeluarkan biskut cap ping pong tu di Batu Pahat Johor.
Jangan la sebarkan perkara tak sahih. Bahaya sangat button share tu. Semak dulu jangan share je apa-apa tanpa mengetahui kesahihan cerita tersebut. Bukan apa syarikat tu boleh saman tau sesiapa yang menjatuhkan imej dan prestasi syarikat mereka ni.
Cie bagi tips untuk korang semak sijil halal apa-apa makanan. Korang boleh klik link yang Cie share di atas tu Myehalal kemudian korang masukkan nama syarikat yang tertulis pada makanan tu. Nanti akan keluar nama syarikat yang kita cari tu sekali senarai produk yang mereka ada termasuk la brand apa serta tarikh tamat sijil.
Senang je nak semak. Kalau rasa was-was tu boleh check sendiri. Cie ni memang apply sijil halal untuk jabatan Cie jadinya memang kena check semua bahan yang akan dihantar oleh pembekal. Kalau makanan tu didapati syarikat berkenaan tidak renew lagi sijil pun kami akan terus tukar brand lain.
Satu syarikat tapi ada banyak brand pun ada. Naik juling la mata nak kena check brand mana yang pembekal boleh hantar. Contohnya syarikat A keluarkan produk bihun. Bukan 1 brand tapi ada 10 brand berbeza. So semua brand tu kami benarkan pembekal hantar.
Hospital pun kena apply sijil halal ye dan menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan makanan yang dibekalkan semuanya berstatus halal.



0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.