Plan hari ni nak masak sambal tumis udang dan petai. Cie pun whatsapp la Faiz suruh dia tengok kat tepi jalan yang ada orang asli selalu jual petai tu. 1 lebih tadi Faiz balik katanya takde. Ok takpela nak proceed je tanpa petai.
Sekali balik kerja 4 lebih tadi terlupa nak keluarkan cili kering blend dari freezer. Nak defrost pun ambil masa. Maka nya kita tukar menu jela. Bukan susah pun kan.
Cie pun masak la udang goreng paprik. Bahan semua ada. Cie letak carrot, bunga kobis, cendawan tiram. Sos pulak Cie letak sos tomato, sos cili dan perencah tomyam sikit je sesudu kecil. Daun limau purut dan serai kena ada baru wangi.
Sebagai tambahan protein Cie rebus telur 2 biji. Malas dah nak buat telur dadar atau pun telur mata, rebus jela senang.
Sayur pulak Cie goreng bayam je. Dalam paprik udang tu dah meriah dengan sayuran. Cukup la untuk keperluan sayur.
Buah pulak ada dragon fruit dan anggur. Sedaya upaya cuba mencukupkan keperluan vitamin dari buah. Kita ni kan banyak makan menu yang kurang sihat so kena balance dengan menu sihat juga.
Ni jela menu dinner kita hari ni. Siap awal masak tadi sebelum pukul 6. Sempat la Cie berjalan atas walking pad selama 30 minit, sambung pulak vacuum rumah. Nak kena gigih turunkan berat ni.
Selepas puasa Ramadan dan selepas puasa Syawal ni berat maintain je turun 2kg lebih. Masa puasa Ramadan turun la 3kg. Masa raya melantak macam-macam naik la semula. Puasa baru ni turun sikit.
Puasa tahun ni paling sikit berat turun. Tahun dulu-dulu 4-5kg berat akan turun sepanjang Ramadan. Semakin tua ni semakin susah nak turunkan berat. Kena excercise sikit, jaga makan sikit ni. Nak turunkan lagi 4kg je ni untuk dapatkan BMI normal.


0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.