Tengahari tadi lepas ambil adik Rania dari sekolah dia request nak beli ais krim 7E Cafe, Cie pun singgah la sekejap ke 7E Cafe yang dekat dengan rumah Cie tu senang sambil lalu.
Dah alang-alang tu Cie nak beli terus la ice latte gula aren. Cadangnya nak singgah sebelum masuk kerja petang kang. Dah singgah tadi terus la beli.
Bila masuk 7E Cafe memang rambang mata la macam-macam ada cuma yang 7E Cafe dekat rumah Cie masih tak banyak pilihan makanan lagi. Husband pulak dah beli makanan lunch so takdela beli makanan lain tadi. Fokus beli ais krim dan ice latte jela.
Bak kata blogger Mazni, Cie ni boleh jadi duta 7E dah. Hahaha. Post kat blog banyak cerita 7E Cafe je. Lagi-lagi sekarang ni ada 7E Cafe cawangan baru yang dekat sangat dengan rumah. Makin kerap la Cie singgah 7E Cafe tu.
Ice Latte Gula Aren – Segar dan Berbaloi
Pilihan pertama Cie tentulah minuman yang dah lama popular di 7E Cafe iaitu Ice Latte Gula Aren. Minuman ini memang antara best seller di 7E Cafe. Gula aren yang pekat dan aromatik di bahagian bawah cawan menjadikan rasa latte ini unik berbanding biasa. Bila dikacau rata, rasanya cukup seimbang antara pahit kopi, susu dan manis lemak gula aren.
Bagi penggemar kopi, ice latte ini memang sesuai. Harganya pun masih dalam kategori berpatutan berbanding minuman cafe lain. RM5.90 je untuk ice latte gula aren. Kalau ice latte RM4.90 je.
Cie ni beli ice latte petang ni nak elak mengantuk la ni. Biasanya kalau petang Jumaat masuk office selepas rehat lama memang mengantuk la mengadap pc kat office tu. Ice latte 7E Cafe ni je yang boleh cerahkan mata Cie.
Aiskrim Coklat – Pemanis Petang
Tujuan utama nak singgah 7E Cafe tadi sebab nak beli ais krim la. Si adik Rania pau ibu. Pilihannya ialah chocolate soft serve dalam cup senang nak bawak balik rumah sebab beli 2. 1 untuk kakak Raisha dan 1 untuk adik Rania. Hanya ada flavour chocolate saja. Harga aiskrim cup RM3.90 dan kon RM2.90.
Lemak berkrim dan cukup rasa coklatnya. Teksturnya lembut dan cair perlahan bila makan, tak terlalu keras seperti aiskrim dalam bekas plastik. Aiskrim ini memang sesuai untuk anak-anak, tak terlalu manis dan portion nya sederhana.
Hadiah Percuma dari Cashier – Custard Danish Bread
Waktu di kaunter selepas membuat bayaran, adik cashier 7E cakap sambil keluarkan roti dari bawah kaunter, “kita bagi percuma je”. Cie tak tanya banyak la sempena apa. Cie ucap terima kasih je. Tengok expired date lambat lagi 6 Ogos. Saja bagi kot sempena opening.
Roti yang diberi ialah Custard Danish Bread 2 biji. Berintikan kastard lembut di tengah dan dibalut dengan pastri berlapis yang rangup di luar. Rotinya lembut dan aroma kastard dia harum sangat. Anak pun suka sebab tak terlalu manis.
Promosi seperti ini memang bagus untuk tarik pelanggan datang semula. Walaupun nilainya kecil, tapi kesan dari segi emosi dan pengalaman pelanggan sangat besar. Kita rasa dihargai dan disambut baik.
Tengok Produk CP di Rak – Burger & Roti Sosej Keju Cili
Sementara tunggu adik cashier siapkan air dan aiskrim tadi, sempat juga Cie snap gambar produk dari jenama CP (Charoen Pokphand) yang diletakkan di peti sejuk.
Antaranya:
Burger Ayam Keju CP
Burger ini terdiri daripada patty ayam goreng yang rangup, disertakan dengan hirisan keju leleh dan roti burger yang lembut. Pembungkusannya menggunakan vakum plastik dan sesuai disimpan di rumah sebagai stok makanan segera. Burger ini boleh dipanaskan dalam microwave selama 1–2 minit dan sedia untuk dimakan.
Sesuai untuk: Sarapan, bekalan ke tempat kerja atau sekolah atau hidangan petang cepat siap. Harga RM6.90.
Roti Sosej Keju Cili CP
Produk ini adalah gabungan menarik antara roti lembut, sosej ayam, keju cair dan sos cili ringan. Ia boleh dijadikan kudapan atau sarapan ekspres.
Bungkusannya praktikal, boleh terus dipanaskan dalam microwave atau oven toaster tanpa perlu banyak persiapan. Harga RM6.90.
Burger Stik Ayam Lada Hitam CP
Yang ini agak unik, patty ayam tebal yang disalut perapan lada hitam beraroma, digabungkan dengan roti lembut serta sedikit sos. Sesuai untuk penggemar burger yang mahukan cita rasa lebih berempah. Patty-nya mesti juicy dan ada rasa ‘homemade grilled’. Harga RM6.90.
Produk ini nampak ringkas, tapi ada nilai tambah dari segi kepraktisan. Bagi ibu-ibu yang sibuk atau pelajar universiti yang tinggal sendiri, makanan begini sangat membantu. Next la beli dan try burger tu pulak.
Tahun lepas anak buah pergi Thailand ada la dia bagi burger CP tu sedap betul. Rupanya ada juga kat 7E Cafe Malaysia.
Apa yang Buat 7E Cafe Lain dari Biasa?
Sejak 7-Eleven memperkenalkan konsep 7E Cafe, suasana dalam kedai menjadi lebih ‘cozy’ dan mesra pelanggan.
Kedai ini juga lebih kemas susunannya, dengan pencahayaan yang lembut dan sedikit dekorasi moden. Jauh beza dari 7-Eleven tradisional yang kita kenal sejak dulu. Anak-anak pun suka bila nampak mesin aiskrim dan peti minuman yang penuh dengan pilihan menarik.
Tips Bila Singgah 7E Cafe
- Tanya tentang promosi semasa – kadangkala ada promosi ‘Beli 1 Percuma 1’ atau ‘Percuma produk X dengan pembelian Y’.
- Cuba minuman baru – 7E Cafe kerap perkenalkan menu minuman mengikut musim, seperti matcha latte, caramel macchiato, atau air soda berperisa buah.
- Ambil gambar untuk blog atau media sosial – susunan makanan dan minuman di 7E Cafe biasanya sangat fotogenik!
Rezeki Tak Disangka dari Kunjungan Singkat
Kunjungan singkat tengahari tadi sebenarnya tak dirancang, tapi hasilnya cukup menggembirakan. Dari dapat menikmati ice latte sedap, aiskrim sejuk yang menyegarkan, hingga rezeki custard danish bread percuma semuanya menggembirakan hati. Ditambah pula dengan info baru tentang produk CP yang menarik untuk dicuba kemudian hari.
Kadang-kadang, momen kecil seperti ini yang menceriakan hari. Kita tak perlu keluar jauh atau belanja besar pun untuk nikmati sesuatu yang manis dan bermakna.
10 Ulasan
dekat sini tak nampak lagi nie..tapi hr tu tengok tgh renovate, mungkin nanti berwajah baru...
BalasPadamehh, tengok sebelah, comelnya dia punya widget top komentator tu
Kalau dorg tutup dari 7E biasa untuk reno tu biasanya memang nak buka cafe tu.
PadamAlhamdulillah, rejeki dapat custard danish percuma. Murah juga ice-creamnya. Ok, boleh try lain kali.
BalasPadamRezeki hari Jumaat dapat bread percuma.
PadamProduk CP mostly sedap. Jarang mengecewakan. Untung tu dapat Custard Danish Bread 2 biji sekali. Kalau beli satu pun boleh tahan juga harganya. Orang bagi, kita ambil je. Rezeki jangan ditolak. Makin kerap Cie singgah 7E Cafe sejak dibuka ni. Mengopi tu best sebab murah dan sedap kan.
BalasPadamCie dah jadi reg cust dah fiza. Ahahaha. Boleh kata setiap minggu mesti singgah membeli. Sini ada 3 cawangan best la Cie boleh singgah mana2 je.
Padamwahhh burger CP pun dah ada ala2 macam kat 7E thailand! saya kalau nak cari burger CP tu pergi ranthai mart dekat2 area rumah ni, dia markup sampai harga 9.90, mahal sikitt.
BalasPadamtapi tula, area rumah saya takde 7E cafe yg banyak makanan macamni :(
Rinduuuu sangat dengan Sevel (seven eleven) laaah. 😍😍😍. Indonesia dah tutup semua cabang dia sebab ada case dulu. Makanya kalo teringin makan di SevEl, saya pasti makan di KL 😄.
BalasPadamNaah yg burger CP itu saya masih penasaran kak. Tak ada waktu pula ke Bangkok. Jadi nanti Oktober ke KL nak cari pokoknya burger cp ini 😄
7E ni 24 jam, untung kan pemilik permis ni..sasaran dekat2 hotel..sangat bermanfaat bila ada kita nak beli tengah malam..air mineral gitu ..so, mewah juga kan makanan di 7E ni
BalasPadamWah, menariknya!
BalasPadamBanyak juga makanan sedap di 7E kan.
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.