Line U Mobile Tiba-Tiba Sangat Lemah Malam Ini – Internet Slow, Blog & Media Sosial Pun Tersekat

Sejak petang tadi, langit kawasan rumah Cie dah mula mendung. Tak lama lepas tu, hujan turun lebat disertai guruh dan kilat. Memang agak kurang elok cuaca malam ni. 

Tapi yang paling terasa kesannya adalah line UMobile mula buat hal. Mulanya cuma perasan line macam slow sikit, tapi lama-lama makin teruk. Sekarang ni signal tinggal satu bar, sekejap ada, sekejap hilang terus.

Cie pengguna UMobile postpaid dan sebelum ni memang pernah juga ada masalah line di kawasan Cie ni, walaupun tidak hujan. Tapi malam ni, boleh kata semua aktiviti online Cie jadi tergendala. Line 4G memang nampak, tapi hanya ada 1 bar saja. Nak buka blog sendiri pun loading separuh jalan je. Apatah lagi nak lawat blog kawan-kawan lain.


Line U Mobile hanya 1 bar malam ini akibat cuaca buruk


Cuaca Buruk Jadi Punca Utama?


Kalau ikut logik, memang besar kemungkinan cuaca malam ni yang jadi punca utama. Hujan lebat disertai guruh dan kilat selalunya boleh ganggu menara pemancar. Bila isyarat dari menara terganggu, pengguna yang bergantung pada rangkaian tu pun akan terkesan secara langsung.

Kawasan Cie ni memang kadang-kadang cepat terjejas bila cuaca tak menentu. Tapi malam ni terasa lebih luar biasa sebab bukan setakat slow, tapi terus macam takde internet. Bila buat speedtest pun, tak boleh loading langsung.

Gangguan Yang Cie Alami:


Malam ni, Cie cuba buat beberapa perkara macam biasa semua tersekat:

  • Buka artikel blog sendiri – loading perlahan, kadang tak keluar langsung.
  • Blogwalking – klik link rakan blogger, loading terlalu lama sampai tak sempat baca apa-apa.
  • Tinggalkan komen – dah taip panjang-panjang, tekan “publish” tapi tak jadi. Kena refresh page dan paste balik.
  • Instagram – story tak loading, gambar pun blur tak keluar. Nak tengok satu story pun stuck tengah-tengah.
  • Facebook & WhatsApp – mesej lambat masuk, gambar tak boleh buka.

Bila Line Slow, Semua Terasa Terbantut


Biasanya waktu malam macam ni Cie memang aktif online. Kadang tulis artikel, kadang blogwalking dan tinggalkan komen. Bila internet mula slow, segala semangat terus jatuh. Dah la idea tengah datang mencurah-curah, bila nak upload gambar ke draft pun tak jadi. Nak search info pun loading macam siput.

Rasa kecewa juga, sebab bila line slow macam ni, bukan setakat buang masa – mood pun rosak. Nak taip artikel pun terganggu. Nak siapkan kerja atau update media sosial pun terpaksa ditangguh.

U Mobile – Harap Ada Penambahbaikan


Walaupun Cie dah lama guna U Mobile, dan sebelum ni memang puas hati, tapi insiden macam malam ni buat Cie tertanya-tanya: 

adakah U Mobile bersedia untuk hadapi gangguan akibat cuaca? Atau ada kawasan tertentu yang menara pemancarnya lebih lemah?

Kalau isu ni berlaku sekali-sekala, mungkin boleh terima. Tapi kalau kerap sangat setiap kali hujan, memang boleh pertimbang untuk cari alternatif. Dalam dunia digital sekarang, semua orang perlukan sambungan internet yang stabil lebih-lebih lagi bagi blogger dan peniaga online.

Anak-anak pakai CelcomDigi full bar je line. Umobile 4G pun teruk line. Tak sabar nak port out ke CelcomDigi pulak tunggu simcard sampai je ni.

Harapan Cie Malam Ini


Cie harap sangat gangguan ni tak berlarutan sampai ke esok. Sekurang-kurangnya, bila cuaca kembali elok, line U Mobile pun kembali normal. Cie pun nak sambung buat kerja blog yang tergendala tadi. Nak komen rakan-rakan yang Cie nak balas.

Buat masa sekarang, Cie kena sabar. Mungkin inilah salah satu cabaran bila bergantung kepada teknologi kadang-kadang alam juga ada kuasa tersendiri untuk “pause” semua.

Line U Mobile malam ni betul-betul buat Cie putus mood. Diharapkan gangguan hanya sementara. Esok moga semuanya kembali stabil. Elok la tidur dulu. Kita cuba je post entry ni. Walaupun kemain slow nak publish.

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Dekat tempat ibu pun sama cuaca hujan dari ptg blk kerja td sampai ke malam ni. Line Unifi rumah pun mcm siput sedut jenuh nak tggu sampai berjanggut lah ehhh tipu aje mana ada ibu berjanggut. Hahaha! Blog cie blog pertama ibu singgah mlm ni dah lama x blogwalking ziarah kawan2 moga baik2 saja ye Cie ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. siput sedut masak lemak sedap sedut tu ibu. hahaha. terima kasih ibu singgah blog Cie malam tadi.

      Padam
  2. Semalam kat kuching, seharian hujan, ok la jugak takdelah jerebu tebal sangat, harap dah ok line internet cie

    BalasPadam
  3. perasan juga petang semalam.. sis call mak sis pun bunyi macam dalam air blub blub blub.. rasanya faktor cuaca pun main peranan juga..

    BalasPadam
  4. tp celcom pun selalu gak buat hal, slow mcm siput! MZ dh berpuluh tahun pakai celcom laaaa

    BalasPadam
  5. samalah Cie, semalam slow yang amat...line kmieja XOX pun sama....

    BalasPadam
  6. Semalam memang mendung semalaman. Tapi bahang terasa. Petang baru hujan lebat. Itupun sekejap dan kembali bahang. Pakai aircond pun bahang terasa udara dari luar tu. Parah juga kalau line internet ni buat hal. Saya pun rasa kadang cuaca pun main peranan juga. Dah macam piring Astro dulu dulu tak boleh hujan, siaran terganggu. Kalau kerap berlaku terganggu kerja kita. Hilang mood.

    BalasPadam
  7. Hampir pernah nak port out ke UMobile tp Digi call bagi offer lebih baik dr UMobile pd harga lebih murah. Makaaaaa saya stay dgn Digi

    BalasPadam
  8. Akak stay UMobile je.. kat rumah ni ada yang pakai Maxis dan Digi.

    BalasPadam
  9. faham sangat perasaan bila dah komen panjang2, sekali bila tekan publish dia pergi refresh pulaakkk! lagi sakit bila tk sempat nk copy apa yg kita taip tadi hahaha

    umobile mmng selalu slow lah..

    BalasPadam
  10. Di zaman sekarang rasanya tak mungkin hidup tanpa internet. Jadi kalo dapat sinyal yg lemah seperti ini, pastilah kacaaau segala kerjaan. Makanya saya mementingkan juga kestabilan dari internet provider yg saya pakai. Kalo dah mati hidup, memang bye lah.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.