Menu Berbuka Puasa Ganti Dan Puasa Enam: Hari Kedua

Hari ni kembali menyambung puasa ganti dan puasa 6 yang tertangguh minggu lepas. Kiranya hari kedua la hari ni. Macam biasa pagi tadi sahur ESP Coklat dan Performance Drink Orange. 

Menu berbuka hari ni Cie masak menu meriah jugak la. Biasa la kalau time rajin ada la beberapa menu terhidang. Kalau malas tu cukup lauk sejenis, sayur dan buah. Tapi sekarang ni Cie suka masak 2 protein. Sayur dan buah pun wajib ada.


2 menu protein hari ni Cie masak siakap goreng sos thai dan telur dadar. Selalunya Faiz beli telur sepapan jadinya memang kerap la menu telur. Lama-lama sangat telur tu nanti jadi tercampur dan kuning dan putih. Bila nak buat telur mata jadi pecah telur putih tu.

Siakap goreng sos thai ni memang kegemaran anak-anak. Cie pun suka jugak senang je nak masak. Ikan tu Cie gaul dengan tepung jagung lepas tu goreng garing. Buat kuah pun senang je tumis bawang putih, bawang holland dan akad daun ketumbar.

Bila dah naik bau dan kekuningan sikit terus masuk sos thai dan air serta sedikit perencah. Kalau ada tomato dan daun ketumbar boleh la masukkan juga. Tu jela senang je.

Peria ada lagi setengah biji balance yang Cie goreng taucu semalam. Cie buat peria celup tepung. Kakak Raisha suka juga makan hari tu pertama kali cuba dia cakap sedap. Cendawan tiram pun Cie buat celup tepung jugak. Cie guna tepung bestari jadi tak perlu tambah apa-apa dah.

Timun pun ada lagi sikit Cie potong jela nak habiskan je. Faiz beli 2 biji hari tu besar jugak. Habiskan yang ni, ada lagi sebiji. Cukup la untuk sepanjang minggu ni ulam timun jela.

Buah anggur dan tembikai susu pun ada untuk melengkapkan menu berbuka hari ni. 2 jenis buah ni jela beli minggu lepas. Tak banyak jenis buah yang ada pun. 


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Meriahnya masakan Cie untuk berbuka puasa. KSarie tumpang rasa terliur tengok gambar makanan tu. Semoga sukses puasa 6 untuk tahun ini ye

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.