Beli Barang Dapur & Tebus SARA 2025

Rutin mingguan seperti biasa selepas sarapan pagi di Kopi Stesen Kuala Lipis hari Sabtu baru ni, kami terus ke BS Fresh Mart untuk membeli stok bahan makanan basah seperti lauk dan sayur-sayuran. Selalunya kalau nak membeli bahan makanan mingguan ni memang kami ke BS Fresh Mart je. Lebih senang nak membeli.


Membeli Barang di BS Fresh Mart


Masuk je ke BS tengok keadaan agak lengang. Ke mana semua orang ni? Balik kampung ke? Atau pergi bercuti? Seronok sikit nak membeli tak perlu beratur panjang kat kaunter. Oleh kerana tak ramai orang Cie pun bercadang nak tebus SARA guna IC Cie pulak. 31 Ogos hari tu dah selesai tebus SARA (Sumbangan Asas Rahmah) 2025 guna IC husband.


Tebus SARA Guna IC Cie

Tak banyak pun barang Cie ambil tadi hanya ambil barang yang memang nak dibeli. Kiranya tak habis la RM100 tu. Nanti ada masa kita tebus lagi. Nasib baik SARA ni boleh carry forward bukan sekali pakai kena habiskan. Boleh la simpan untuk bila-bila pulak selagi belum sampai 31 Disember 2025.


Resit belian barang dapur tebus SARA 2025



Baki Boleh Di Bawa Ke Depan

Bagus juga kerajaan buat sistem baki boleh bawa ke depan ni. Takdela kita mesti kena habiskan terus. SARA Cie berbaki RM65.05. Nanti boleh guna untuk tebus makanan lain pulak. 


Apa Cie Beli Tadi?

Kebetulan Cie memang nak membeli sanitary pad dan berus gigi. Bila check dalam senarai boleh guna SARA. Lepas tu Cie ada beli juga santan KARA dan mi sedaap. Mulanya Cie ingatkan santan tu tak boleh. Cashier kata boleh je. So kira la sekali tadi total RM34.95. 


Seronok Dapat Guna SARA

Rasa seronok pulak dapat bantuan dari kerajaan ni. Merasa la RM100 tu banyak jugak. Tak kira golongan apa semua dapat asalkan berusia atas 18 tahun. Isi rumah Cie kami suami isteri jela yang boleh tebus SARA. Anak-anak tak layak. Yang dapat tu berbelanja la dengan baik. Kalau rasa taknak jangan tak tebus pulak. Tebus je dan bagi kepada sesiapa saja pun boleh. 




Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. Alhamdulillah..syukur rezeki tak di duga..Sara Rahmah

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..seronok kan dapat tebus. Main scan-scan setiap kali nak ambil barang eligible ke tidak. Saya pun baru tebus juga sebab tengok kat kaunter tak ramai orang beratur dah. Memang bagus baki boleh bawak kedepan guna akan datang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye seronok kita baru nak rasa dapat bantuan. Boleh CF tu yang syok. Tak habis boleh guna lagi.

      Padam
  3. Banyak juga pilihan barangan yang boleh dibeli. Bagus gak boleh carry forward baki.

    BalasPadam
  4. Bertuah betul ni pergi tak ramai orang. Agaknya mmng ramai yg balik kampung kot,.aman sikit kita nak tebus sara ni.

    Mmng bagus bila baki dia boleh carryforward kan. Lain dgn voucher2, biasanya kena habiskan terus. Kalau tak habis dikira burn gitu je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin ada yang dah guna hari biasa kot. Jadi hujung minggu dah tak ramai orang.

      Padam
  5. Bertuah betul ni pergi tak ramai orang. Agaknya mmng ramai yg balik kampung kot,.aman sikit kita nak tebus sara ni.

    Mmng bagus bila baki dia boleh carryforward kan. Lain dgn voucher2, biasanya kena habiskan terus. Kalau tak habis dikira burn gitu je

    BalasPadam
  6. Saya pun sama. Nak cukupkan habis 100, kena beli barang 2-3 kali juga. Ambil barang perlu sahaja. Alhamdulillah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa guna IC husband habis terus je. IC Cie ni ambil yang mana nak beli jela.

      Padam
  7. Oh ic..... Jadi tak harus langsung dihabiskan ya kak. Saya pikir memang harus dipakai sekali. Bagus juga kalo boleh dipakai lagi. 👍.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah.. RM100, pun banyak jugakan.. Sha dah selesai membeli hari tu..

    BalasPadam
  9. sis dan husband dah selamat guna sekali harung.. bukan ape, kalau dilengahkan, terlupa sampai la ke due date.. hehehe..

    BalasPadam
  10. ptg td pun MZ ada guna sara ni kat speedmart to guna yg zharfan punya dulu la

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.