Seperti biasa hujung minggu hari untuk stock up barangan basah untuk bekalan seminggu. Dan seperti biasa jugak la malas nak memasak untuk sarapan pagi. Makan luar jela dah alang-alang nak keluar.
Sarapan Pagi di Kopi Stesen
Tanya anak-anak nak makan apa. Jawapannya Kopi Stesen. Ikut jela selera anak-anak. Kat Lipis ni tak banyak kedai sarapan ala kopitiam ni. Kopi Stesen je yang ada, jadi kerap la kami bersarapan di situ. Banyak la jugak Cie review free je. Hihi. Senang la kalau ada sesiapa ke Lipis taktau nak sarapan kat mana boleh la singgah di Kopi Stesen.
Nama Kopi Stesen ni mungkin diambil sempena bangunan Kopi Stesen ni bersebelahan dengan stesen keretapi. Mungkin jela tak pasti juga. Hihi
Menu Pilihan Kami
Menu sama je setiap kali bersarapan di Kopi Stesen ni. Pagi tadi kami memilih:
Nasi Lemak Ayam
Nasi lemak ayam pilihan anak-anak. Ayam goreng kat situ sedap tu anak-anak suka. Tadi babahnya order tak request nak bahagian apa ayam tu. Dapat bahagian kepak dan 1 lagi tadi bahagian thigh rasanya. Dah berebut pulak memasing nak kepak. Bukan makan keseluruhan kepak pun, bahagian drumette tu nanti tinggal kita la pulak tukang habiskan.
Tadi pun ibu habiskan ayam thigh, babah habiskan bahagian drumette tu. Anak-anak Cie tak suka bahagian isi. Memang tergolek jela isi tak makan. Mereka lebih suka bahagian tulang. Adik Rania makan jugak bahagian peha, kakak Raisha kalau bahagian lain memang taknak.
Kena la ceramah free dengan ibu. Ibu cakap orang susah nak dapat makan ayam pun payah. Tapi awak berdua berebut pulak taknak makan isi. Cuba la bersyukur dapat apa-apa makan je. Terkelip-kelip jela kena ceramah.
Roti Bakar Butter dan Kaya
Rasanya setiap kali makan kat situ memang wajib la order roti bakar ni. Baru feel mengopi. Roti bakar pulak rangup, rasa lemak-lemak butter dan rasa manis kaya tu memang ngam. Kami order 2 set dapat la 4 keping. Ibu makan sekeping, babah sekeping, 2 beradik tu makan jugak.
Telur Masak Separuh
Selalunya kakak Raisha order telur masak separuh tapi sebab hari ni dia order nasi lemak, babahnya pulak order. Dia sorang je makan. Cie tak berapa minat kalau makan dengan kicap cair. Kalau buat kat rumah makan dengan kicap manis baru Cie makan.
Minuman Pilihan Kami
Pilihan air ni pun sama je kecuali Faiz je order air lain. Kami order:
- Teh Bunga : yang ni pilihan Faiz. Dia order suam tapi yang sampai panas berasap-asap. Nak rendam campuran bunga, kurma cina dan gula batu tu kena la air panas. Cie rasa sikit tadi kosong je takde rasa manis pun.
- Teh O Ais : air pilihan anak-anak
- Kopi O Ais : air pilihan Cie. Kopinya sedap. Cie suka minum kopi kat situ. Kalau order kopi kat kedai lain rasanya macam cair sangat.
Aktiviti Selepas Sarapan
Makin ramai dah orang masuk nak bersarapan di situ jadinya kami selesai sarapan je terus keluar. Penuh kedainya. Jadi kita keluar cepat-cepat bagi orang lain pulak bersarapan.
Siap makan kami terus bergerak ke BS Fresh Mart untuk beli barang dapur pulak.
2 Ulasan
Nampak sedap nasi lemaknya. Pagi tadi, saya pun sarapan nasi lemak juga.
BalasPadamYe sedap ngam makan dengan ayam goreng tu.
PadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.