Makan Tengah Hari Bungkus: Menu Sedap untuk Hari Ini

Hari Jumaat selalunya kalau husband takde ke mana dia la yang beli makanan tengahari. Kalau tak nasi ayam, nasi kukus ayam berempah. Tu jela dia repeat tukar-tukar setiap minggu. Anak-anak pun jemu dah. Pagi tadi dia tanya nak makan apa. Anak-anak cakap nak makan nasi berlauk jela. Nasi masak sendiri, lauk pauk je beli bungkus.

Isnin hingga Khamis dah makan ringan-ringan je waktu makan tengahari sebabnya adik Rania rushing nak ke sekolah KAFA pulak lepas balik sekolah kebangsaan. Kakak Raisha pulak balik pukul 2. Memang tak bertemu la kat rumah. Kakak Raisha balik, adik Rania dah ke sekolah KAFA, ibu dah pergi kerja. hari Jumaat jela dapat lunch sama-sama kalau hari biasa.

Hari ni adik Rania takde kelas KAFA. Ustazah bagi berehat sampai Ahad takde kelas. Kelas batal kalau ikutkan setiap hari ada kelas tambahan UPKK. Baru lepas percubaan bagi peluang berehat. Seronok la dapat cuti dari kelas tambahan. Lagipun dah bermula cuti sekolah seminggu kan.

Tadi nak balik rumah pun jem dah sana sini kereta banyak sangat. Cie ambil adik Rania tadi pun nak sampai rumah tu jenuh. Nak masuk simpang rumah pun susah. Dah banyak kereta menghala ke Kelantan. Laju-laju pulak tu memang takde peluang nak menyelit masuk simpang.

Sampai rumah dah 12.35pm tengok-tengok bawah tudung saji dah terhidang menu lunch hasil babahnya membungkus. Kemain banyak hah macam-macam ada. 


Hidangan menu lunch yang menyelerakan


Masak Nasi Putih

Kakak Raisha balik sekolah awal hari ni. Selepas selesai serah slip Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) pagi tadi boleh terus balik rumah. So kakak Raisha terus masak nasi je. Babahnya beli lauk bermasak kat kedai je bungkus. Jimat la sikit masak nasi sendiri je cuma beli lauk. Nasi putih sebungkus pun RM2-3 jugak dah sekarang ni.


Pilihan Lauk Pauk Bungkus

Meriah betul Faiz beli lauk untuk lunch hari ni. Antara pilihan menu lunch bungkus tadi:
  1. Ikan keli goreng berlado
  2. Ayam sos mangga
  3. Masak lemak siput sedut
  4. Kerabu pucuk paku
  5. Kuah kurma 

Licin Semua Makanan

Sedap pilihan Faiz semua menu habis cuma kuah kurma tu je. Sebelum ni Faiz selalu beli ayam kurma anak-anak makan je tu yang dia ingat anak-anak dia suka kurma. Padahal budak-budak makan je kalau dah beli. Kalau ada pilihan kuah lain mereka tak makan kurma tu. Mak-mak ni perasan je apa kegemaran anak-anaknya. 

Macam tadi tak usik pun kurma tu. Mereka ambil kuah masak lemak siput sedut tu je. Semua sedap menu tadi. 3 beranak tu biasa la bertambah makan. Cie sorang je tak bertambah makan. Cie jenis susah sikit nak tambah nasi macam tak muat space perut nak isi banyak-banyak. Paling-paling pun Cie akan ratah lauk je. 

Masak lemak siput sedut tu pun sedap. Senang nak sedut terus dapat. Sebelum ni adik Rania tak makan siput sedut. Dia tak reti nak sedut. Yang tadi tu sekali sedut terus dapat. Dia kata sedap. Hah tu la sebelum ni tak berani nak mencuba. Bila dah cuba nak lagi.


Perut Kenyang, Mata Mengantuk

Memang tak boleh elak. Selalunya lepas makan tengahari, makan nasi confirm akan mengantuk. Singgah 7E Cafe sebelum masuk kerja beli Ice Caramel Latte dan dapat lagi free voucher Ice Latte. Nanti kita redeem. happy betul membeli kopi bulan ni di 7E Cafe dapat percuma Ice Latte. 


Beli iced caramel latte dapat voucher free iced latte


Promosi ni sehingga 30 September 2025. Beli kopi di 7E Cafe akan dapat voucher percuma Ice Latte yang boleh redeem sehingga 31 Oktober 2025.


Minum iced caramel latte sambil buat kerja

Segar mata dapat menikmati Iced Caramel Latte sambil buat kerja kat office. Settle sikit kerja sebelum cuti panjang 4 hari. 




Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Siput sedut tu selalu beli jugak sebab nak masak tak reti....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak kena ketuk bontot tu yang leceh. Beli yang dah siap jela senang.

      Padam
  2. Menunya pun nampak sedap terutamanya masak lemak siput sedut tu... Memang kesukaan.

    BalasPadam
  3. Pandai babah pilih lauk.. nampak semua pun sedap. Kerabu pucuk paku tu memanggil².
    Aduhhh.... ada lagi kopi dapat voucher free.. esoklah akak try singgah 7E.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah sedap2 semua menu pilihannya. Ada lagi sampai 30/9 voucher tu. Boleh redeem sampai 31/10.

      Padam
  4. Siput sedut tu rare. Jarang jumpa sekarang.

    BalasPadam
  5. Dekat tempat Cie jammed la ye org nak balik Kelantan. Akk pun keluar awal sejam tadi jemput anak² sekolah, takut bertembung dgn orang² nak balik Pantai Timur nanti jadi sesak luarbiasa.
    Akk tak pandai masak siput sedut, beli je kalau teringin

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.