Selamat Ulang Tahun ke-13 Syafiyah Raisha

SELAMAT HARI KELAHIRAN SYAFIYAH RAISHA YANG KE 13 TAHUN

12 September 2012 
8.18am
Hospital Kuala Lipis

Sekejap je masa berlalu. 13 tahun dah ibu lahirkan kakak Raisha. Pengalaman yang sangat mencabar sepanjang ibu mengandung dan melahirkan kakak. Bagai nyawa dihujung tanduk la. Masuk wad berkali-kali. Masuk drip berbotol-botol ada la berbelas-belas rasanya.


Syafiyah raisha baru dilahirkan


Pengalaman Pertama Mengandung

Pengsan 2 kali sepanjang fasa mengandung. Kali pertama waktu pergi Klinik Kesihatan nak ambil MC sebab asyik muntah je. Terus MA tu tahan katanya kena masuk wad sebab teruk sangat keadaan ibu. Masa dia nak cucuk jarum drip tu tiba-tiba pengsan sambil duduk. Dia tepuk pipi baru sedar. Naik la ambulans dari KK Padang Tengku ke Hospital Lipis. Warded la beberapa hari jugak kat Hospital Lipis. Masa tu baru je pindah Hospital Lipis. Asyik cuti jela masa tu morning sickness teruk.

Kali kedua kat KKIA masa nurse nak cari urat nak ambil darah. Nurse cari urat tak jumpa-jumpa sudahnya pengsan sambil duduk je. Kelam kabut staf KKIA tu usung ke bilik rawatan. Beria bagi air milo biskut bagai mereka takut Cie lapar sebab lepas puasa minum air gula.

Tak lapar cuma memang sejenis takut jarum (needlephobia). Lepas tu mereka suruh minum air gula kat hospital je takut dah Cie pengsan lagi. 

Sepanjang mengandung jugak 2 kali rasanya kena masuk wad. Kali pertama yang morning sickness teruk tu. Kali kedua masa tu 7 bulan dah sakit contraction. Siap kena cucuk punggung kiri kanan untuk matangkan paru-paru. Sakit cucuk tu. Nyaris nak kena refer ke HOSHAS Temerloh dah. Padahal tak bersalin pun. Masa tu tak cukup rehat je sebab busy kenduri kat kampung. Cie masak menu kenduri tu.

Sepanjang 9 bulan mengandung awal-awal morning sickness sangat dasyat. Masuk apa-apa makanan keluar balik. Minum air masak pun muntah. Setiap pagi wajib muntah hijau. Gosok gigi pun muntah. Boleh makan epal hijau je tu pun muntah jugak. Berat turun sampai 49kg.

Bukan tu je sejenis tak boleh bau masakan. Kalau bau je confirm loya pening segala macam keluar. Suka duduk dalam bilik gelap. Balik kerja masuk bilik terus memerap je melepek. Kat office Cie pakai mask sebab tak boleh bau staf Cie masak untuk pesakit.

Berbulan jugak tak boleh tengok handphone. Sampaikan ramai mencari. Dulu sejenis aktif kat Facebook jadi bila lama tak muncul ramai la orang ternanti-nanti posting status Facebook. Tak boleh langsung mengadap handphone. Pening loya nak muntah semua ada.

Kiranya apa Cie suka buat sebelum mengandung tu, waktu mengandung awal-awal tu semua tak boleh buat apa yang Cie biasa buat. Memang kontra la.

Pengalaman Bersalin C-Section Due To Cord Prolapse

Kalau nak diceritakan pengalaman 9 bulan tu memang 9 bulan akan datang pun tak habis. Kalau nak tau pengalaman ngeri Cie masa melahirkan kakak Raisha boleh baca Pengalaman Bersalin C-Section dan Cord Prolapse 2012. Dah 13 tahun berlalu pun masih segar dalam ingatan.


Syafiyah raisha hari kedua dilahirkan


Panjang lebar Cie cerita. Pengalaman yang tak semua orang rasai. Memang serius ngeri kalau diingat kembali sebak rasa hati. Allah masih bagi peluang kat Cie untuk membesarkan kakak Raisha.


Hemangioma

Masa umur kakak Raisha berapa bulan tak ingat ada keluar tanda merah kat dahi. Rasanya dalam umur lepas pantang kot. Bila buat check up katanya hemangioma. Ni pun tak banyak kes. Tanda tu makin lama makin besar sampai la umur 7 bulan tak membesar dah tanda tu cuma merah je. Macam ada ketulan darah.

Masa ni umur 5 bulan merah je tengah dahi tu

Umur 3 tahun dah mengecut hemangioma tu


Kena refer pakar kulit kanak-kanak kat HKL. Pakar kata tak perlu buat apa-apa nanti lama kelamaan bila dah besar akan hilang sendiri. Betul la sekarang tak nampak dah tanda tu.

13 Tahun Berlalu

Semoga bila kakak dah besar nanti tak derhaka kat ibu. Berkorban nyawa ibu nak lahirkan kakak. Macam-macam kisah kakak dari kecik sampai besar.

Syafiyah Raisha

Ibu dan kakak Raisha


Happy Birthday kakak Raisha!

Semoga dipanjangkan usia, dipermudahkan segala urusan, diterangkan hati untuk menerima ilmu, menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada ibu dan babah, berjaya dunia akhirat. Ibu sentiasa doakan kakak.

Ibu, babah dan adik love you so much kakak.


Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Comelnya dia. Perasan anak Alif Satar yang kedua pun ada tanda ni. Semakin membesar dia semakin hilang. Syukur tak memudaratkan. Kejap je dah besar dah boleh geng ibu dah. Alhamdulillah...
    Selamat Hari Lahir Raisha. Semoga berjaya dunia akhirat, dipanjangkan umur dengan segala kebaikan, dilimpahi rezeki berpanjangan dengan segala keberkatan, dipermudah segala urusan, dikurniakan kesihatan yang baik, dirahmati Allah dan happy selalu.

    BalasPadam
  2. Sanah Helwah Kakak Raisha..Ini la pengorbanan kita sbg ibu.,.Nk lahirkan...Ni dh besar nk bg nasihat pun mncabar =)

    BalasPadam
  3. selamat hari lahir buat kakak...semoga jadi anak solehah..berjaya dunia akhirat

    BalasPadam
  4. Selamat menyambut ulangtahun kelahiran semoga menjadi anak yang solehah..

    BalasPadam
  5. Cabaran bagi ibu-ibu mengandung memang macam-macam ya Cie. Tapi alhamdulillah... akhirnya terlahir juga baby dan tumbuh membesar dengan sihat walafiat. Selamat ulangtahun kakak, moga jadi anak solehah dan berjaya dunia akhirat.

    BalasPadam
  6. Happy Birthday Raisha...semoga berjaya dunia dan akhirat..

    BalasPadam
  7. Sanah helwah, Raisha. Semoga Allah swt panjangkan usia dan diberi kejayaan dalam kehidupanmu, Amiiinnn YRA.

    Boleh tahan jugak takut jarum tu padahal kerja hospital ek, Cie.. hihi.

    BalasPadam
  8. Selamat hari lahir kakak Raisya..semoga membesar menjadi anak yang solehah dan menjadi kebanggaan mama ayah ye...belajar bersungguh -sungguh tau

    BalasPadam
  9. happy birthday Syafiyah Raisha..smoga jd ank yg solehah, berjaya dunia akhirat

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.