7E Cafe: Singgah Beli Makanan Dan Redeem Ice Latte Free

Pagi semalam Cie singgah di 7E Cafe Bukit Residen 1 sebelum masuk kerja semata-mata nak beli Ice Caramel Latte je. Sebab semalam kan kursus jadinya nak minum kopi la supaya tak mengantuk. Walaupun jadi urusetia kita tetap mendengar ceramah sama macam peserta.

Kalau minum kopi 7E Cafe ni memang cerah biji mata. Kuat betul kopi mereka ni. Walaupun murah je 1 cup dan harga paling mahal pun RM5.90 je. Paling murah americano RM2.90. Berbaloi la kalau sejenis nak pekena kopi setiap hari takdela mahal sangat. Cie ni takdela setiap hari. Bila rasa nak minum je.

Hari ni singgah la nak beli makanan lunch dan sekali nak redeem Ice Latte free.


Kad makanan di 7e cafe kuala lipis



Voucher Free Ice Latte

Sepanjang bulan September ni setiap pembelian sebarang jenis kopi 7E Cafe akan mendapat voucher percuma Ice Cafe Latte. Voucher boleh redeem sehingga Oktober 2025 cuma pemberian voucher tu sehingga 30 September ni sahaja. Bagi yang belum terjah 7E Cafe elok la korang pergi beli nanti dapat percuma Ice Latte.


Voucher ice latte percuma di 7e cafe


So hari ni dah alang-alang singgah 7E Cafe nak beli makanan lunch Cie terus la redeem Ice Latte free tu. Sebelum terrenyuk resit yang ada voucher tu. Hari tu dah hampir direnyukkan oleh Faiz. Semalam pun dah terkena sikit air tapi masih boleh scan la tadi.


Ice Latte 7E Cafe

Ice latte ialah sejenis minuman kopi yang dibuat daripada espresso dicampur dengan susu sejuk dan ais batu. Rasanya lebih ringan berbanding iced americano sebab ada campuran susu yang menjadikannya lebih berkrim dan kurang pahit. 


Ice latte 7e cafe dalam cup


Biasanya barista (cashier 7E Cafe) akan tanya nak gula tak. Selalunya Cie nak gula dalam 1-2 pump. Yang free ni Ice Latte. Kat 7E Cafe tu ada pelbagai jenis Ice Latte. Antaranya:

  • Ice Latte Gula Aren
  • Ice Caramel Latte


Beli Makanan Lunch Di 7E Cafe

Oleh kerana taktau dah nak beli menu lunch apa Cie cakap kat adik Rania beli makanan 7E Cafe jela senang dan singgah terus je sambil balik rumah. Adik Rania ikutkan je.

Kami beli beberapa jenis makanan ready to eat:

  1. Chicken Slices & Cheese Sandwich
  2. Chicken Popcorn Mac & Cheese
  3. Chicken Popcorn (Cheese Sauce)
  4. Buffulo Chicken Drumette

1. Chicken Slices & Cheese Sandwich

Kegemaran sepanjang masa yang ni. Sesuai je makan waktu bila-bila pun. Cie panaskan dulu sebelum makan. Dalam 10 minit dalam oven suhu dalam 170-180c. Adik Rania pernah makan terus je tak panaskan. Dia kata sedap. Cie suka panaskan. Lagi sedap bila roti tu macam garing dan cheese tu cair. Memang sedap sangat.


Chicken slice and cheese sandwich 7e cafe

Chicken slice and cheese sandwich selepas dipanaskan

Chicken slices & cheese sandwich Rangup selepas dipanaskan



2. Chicken Popcorn Mac & Cheese

Yang ni pun kegemaran kami anak beranak. Balik tadi pun Cie panaskan dulu dalam oven sekali je letak dengan sandwich tu. Ada cheese cair, ada popcorn memang bertambah sedap macaroni tu.


Chicken popcorn mac cheese dibeli dari 7e cafe



3. Chicken Popcorn

Chicken popcorn ni akan dipanaskan oleh cashier 7E Cafe tu. Ada pilihan sos. Kadang-kadang ada sejenis sos je macam cheese sauce. Tadi dah mintak kat cashier nak cheese sauce je. Dia pun terlupa letak agaknya selepas dah siap panaskan tu. Balik rumah je tengok eh takde sos. Frust la jugak tapi Cie campurkan je dalam macaroni tu gaul sekali.


Chicken popcorn 7e cafe yang siap dipanaskan



4. Buffulo Chicken Drumette

Yang ni pun dah jadi kegemaran kami. Sedap betul ayam tu punya marinade. Rasa macam ada serbuk cili kot. Tapi tak pasti diperap dengan apa lagi. Chicken Drumette ni pun cashier akan panaskan untuk kita. Bawak balik rumah pun masih panas lagi. Memang sedap makan macam tu je. Sebekas tu ada 3 ketul. Harganya RM7.90.


Buffulo chicken drumette yang telah dipanaskan



Berbaloi Ke Beli Makanan 7E Cafe

Bagi Cie sangat berbaloi sebab tu la Cie selaku duta tak dilantik ni kerap singgah 7E Cafe. Hihi. Bagi Cie harganya berpatutan dan juga pelbagai pilihan ready to eat food. Jadinya senang boleh pilih je nak makan apa dari sandwich hingga lah pasta semua ada. Yang ringan-ringan seperti pastry, pau dan macam-macam lagi ada.

Kalau nak cepat, nak mudah, nak menu ringkas 7E Cafe la pilihan paling tepat. Sekarang ni dah macam-macam jenis cafe ada. Sediakan duit saja. Yang penting perut kenyang hati gembira.






Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Bilalah 7E nak lantik Cie jadi duta ni kan. hihi..untung tu dapat Ice Latte free. Kalau rajin boleh terjah nanti. Senang beli makanan ready to eat. Taklah menunggu lama. Harga dan porsi pun kira okaylah boleh mengenyangkan.

    BalasPadam
  2. Bagus juga ya, ada jualan makanan ready to eat ini di 7E. Memudahkan bagi orang-orang yang bekerja atau pun mereka yang tak sempat masak.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.