Menu Bungkus Dinner Malam Ini, Ringkas Tapi Sedap

Kepenatan hari ni seharian menjadi urusetia Kursus Pengurusan Kualiti Sajian Kluster Pahang Barat. Memang dah plan awal tak masak untuk dinner. Hari ni jugak adik Rania stay kat sekolah KAFA lagi selepas habis peperiksaan percubaan UPKK sampai la 9 malam. 

Sama seperti sebelum ni kena hantar makanan seawal 5.30 petang. Jadinya petang tadi dah bagitau husband mintak dia bungkus je menu dinner. Kalau ikutkan adik Rania boleh je balik kejap. Selepas Maghrib datang semula untuk ulangkaji. Tapi dia taknak balik sebab kawan dia pun ada yang tak balik. Padahal boleh jalan kaki je balik rumah.

Agaknya seronok duduk dengan kawan-kawan, makan sama-sama, mandi sama-sama, solat sama-sama. Last dah KAFA. Lepas dah habis UPKK nanti takde dah moment ni. Tahun 6 dah tak sambung KAFA dah. Kat sekolah KAFA dia takde PSRA (Penilaian Sekolah Rendah Agama). Berehat di rumah jela fokus UASA dan fokus untuk PKSK pulak.

Jadinya boleh la ibu berehat lepas balik kerja. Penat jadi urusetia ni. Steps pun sampai 4000 lebih, kalori pun 600 lebih burn. Dah mengalahkan excercise dah. Kalau berjalan atas walking pad pun jarang capai kalori burn banyak tu.


Pilihan Menu Dinner Kami

Nasi Goreng Kampung

Adik Rania nak nasi goreng kampung taknak pedas. Memang ni jela menu biasa dia order. Padahal baru je lagu hari Isnin hari tu Cie masak nasi goreng kampung. Tapi biasa la nasi goreng kampung dari kedai memang banyak batang je. Cie buang siap-siap tadi batang sebelum Faiz hantar ke sekolah KAFA. Cie buat teh o ais jugak untuk adik Rania. Lupa pulak tadi nak snap gambar sebabnya Faiz dah kalut nak hantar makanan dah lebih 5.30 petang. 


Nasi Goreng Seafood

Kakak Raisha dan nasi goreng seafood berpisah tiada. Setiap kali makan di kedai atau bungkus makanan memang order nasi goreng seafood. Pelbagai versi selalunya. Selalunya ada udang dan sotong je seafood nya tu.


Nasi goreng seafood sedap disertakan hirisan timun


Nasi Goreng Paprik Ayam

Pilihan Cie kali ni nasi goreng paprik ayam. Taktau nak order apa hentam jela menu tu. Nasi goreng banyak dan lauk paprik ayam pun banyak. Cuma tu la rasa tomyam pekat je paprik tu. Tomyam kuahnya cair kan, yang ni pekat tapi memang rasa tomyam. Cie agak mereka letak pes tomyam. Letak pulak daun limau purut memang rasa tomyam.

Ayam paprik kuah pekat rasa tomyam

Nasi goreng bersama ayam masak paprik berkuah


Bihun Goreng dan Telur Dadar

Faiz pulak order bihun goreng kegemarannya. Tambah telur dadar. Memang peminat bihun goreng tu. Banyak jugak bihun tu penuh la bekas disposable bungkus tu. Habis licin dimakannya sedap la tu kot. 


Bihun goreng bersama dengan telur dadar


Dapat Berehat Lepas Balik Kerja

Lepas balik kerja penat-penat, dapat cuti dari masak memang satu nikmat tak terkata. Penat jadi urusetia kursus ni memang mengalahkan penat orang buat kerja berat. Orang introvert pulak tu bila ada jugak kena bercakap di khalayak ramai memang energy cepat drain macam bateri dah 0%.

Balik rumah memang nampak katil memanggil-manggil je. Dapat baring je memang nikmat tak terkata dah. Tak sabar nak cuti panjang weekend ni. Nak berehat sepuasnya walaupun kena attend wedding dulu di Putrajaya. Tapi ok la sebab cuti 4 hari. 2 hari berehat, 2 hari berjalan.




Catat Ulasan

36 Ulasan

  1. Dah agak, mesti Cie bz dengan kursus, sebab kawan(penyelia asrama) dari Hospital Raub up status kursus tu tadi..terus teringat Cie dekat Hosp kuala lipis tu..hihihi

    BalasPadam
  2. Uwaaah iyalaah kak, calorie burnt dari treadmill jalan 1 jam saja, tak sampai sebanyak itu 😅👍👍. Baguuuus juga tuh, sekalian workout.

    Favorit kak Raisha sama dengan anak sulung saya, sukaaa sangat nasgor seafood. Kalo ada seafood, pasti itulah yg dia pilih.

    Saya suka menu paprik ini. Ingat zaman kuliah di Penang. Suka pesan paprik daging atau ayam dari kantin kampus. Tapi belum pernah buat sendiri di rumah 😅. Nanti nak cari resep lah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye mengalahkan excercise punya la banyak berjalan. Hihi

      Padam
  3. Betul tu, nikmat sangat bila tak perlu memasak selepas balik kerja. Fikiran pun rasa ringan jer :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kannnn. Dah penat balik kerja rasa ringan bila tak perlu masak.

      Padam
  4. Senang bungkus je kalau rasa tak sempat dan penat tu kan. Mana yang memudahkan kerja. Dapat juga rehat. Nasi goreng dia nampak menyelerakan. Tambah pula ada tomyam, bertambah selera makan ada kuah-kuah ni. Best tu tomyam pekat kaw rasa dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan tomyam tu. Paprik ayam. Cuma rasa macam tomyam. Maybe guna pes tomyam.

      Padam
  5. Lama sudah tak makan nasi goreng seafood. 😲

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak Cie memang setiap kali order hat tu la dia order tak tukar2 dah.

      Padam
  6. Akk pun masak nasi goreng malam tadi. Takde idea nak masak lauk, goreng nasi je la senang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila takde idea nak masak apa, nasi goreng la penyelamat.

      Padam
  7. Saya pun kalau dah tak de apa nak masak untuk makan malam, buat nasi goreng je, cepat dan mudah. Tak payah nak masak lauk bagai.

    BalasPadam
  8. terliur pula tengok bihun dengan telur dadar tu..

    BalasPadam
  9. btol3 nikmat sgt kalau husbnad kata hari ni cuti masak.. hehe

    BalasPadam
  10. saya geng kakak raisha la, kita suka NG seafood!
    dah penat2 balik kerja mmng tak lalu nak masak. beli je senang. hehe best kan cuti bersambung camni, banyak masa nak berehat dan berjalan!

    BalasPadam
  11. bila penat ..mmg rasa nk trus tido je blk umh tu tp tula xmkn lapar plak kn..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau bujang sure tidur je dah. Tapinya tak bujang ni ada perut nak diisi. Hihi

      Padam
  12. Banyak betul terbakar kalorinya tu.
    Bawa-bawa berehat Cie. Penat tu.

    BalasPadam
  13. Wowww... ada bihun goreng. Akak rasa cam tak pernah order bihun goreng kat kedai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama kita kak tak pernah. Husband je selalu order.

      Padam
  14. Tomyam kalau jumpa yang sedap, memang betul-betul sedap.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.