Sama seperti sebelum ni kena hantar makanan seawal 5.30 petang. Jadinya petang tadi dah bagitau husband mintak dia bungkus je menu dinner. Kalau ikutkan adik Rania boleh je balik kejap. Selepas Maghrib datang semula untuk ulangkaji. Tapi dia taknak balik sebab kawan dia pun ada yang tak balik. Padahal boleh jalan kaki je balik rumah.
Agaknya seronok duduk dengan kawan-kawan, makan sama-sama, mandi sama-sama, solat sama-sama. Last dah KAFA. Lepas dah habis UPKK nanti takde dah moment ni. Tahun 6 dah tak sambung KAFA dah. Kat sekolah KAFA dia takde PSRA (Penilaian Sekolah Rendah Agama). Berehat di rumah jela fokus UASA dan fokus untuk PKSK pulak.
Jadinya boleh la ibu berehat lepas balik kerja. Penat jadi urusetia ni. Steps pun sampai 4000 lebih, kalori pun 600 lebih burn. Dah mengalahkan excercise dah. Kalau berjalan atas walking pad pun jarang capai kalori burn banyak tu.
Pilihan Menu Dinner Kami
Nasi Goreng Kampung
Adik Rania nak nasi goreng kampung taknak pedas. Memang ni jela menu biasa dia order. Padahal baru je lagu hari Isnin hari tu Cie masak nasi goreng kampung. Tapi biasa la nasi goreng kampung dari kedai memang banyak batang je. Cie buang siap-siap tadi batang sebelum Faiz hantar ke sekolah KAFA. Cie buat teh o ais jugak untuk adik Rania. Lupa pulak tadi nak snap gambar sebabnya Faiz dah kalut nak hantar makanan dah lebih 5.30 petang.
Nasi Goreng Seafood
Kakak Raisha dan nasi goreng seafood berpisah tiada. Setiap kali makan di kedai atau bungkus makanan memang order nasi goreng seafood. Pelbagai versi selalunya. Selalunya ada udang dan sotong je seafood nya tu.
Nasi Goreng Paprik Ayam
Pilihan Cie kali ni nasi goreng paprik ayam. Taktau nak order apa hentam jela menu tu. Nasi goreng banyak dan lauk paprik ayam pun banyak. Cuma tu la rasa tomyam pekat je paprik tu. Tomyam kuahnya cair kan, yang ni pekat tapi memang rasa tomyam. Cie agak mereka letak pes tomyam. Letak pulak daun limau purut memang rasa tomyam.
Bihun Goreng dan Telur Dadar
Faiz pulak order bihun goreng kegemarannya. Tambah telur dadar. Memang peminat bihun goreng tu. Banyak jugak bihun tu penuh la bekas disposable bungkus tu. Habis licin dimakannya sedap la tu kot.
Dapat Berehat Lepas Balik Kerja
Lepas balik kerja penat-penat, dapat cuti dari masak memang satu nikmat tak terkata. Penat jadi urusetia kursus ni memang mengalahkan penat orang buat kerja berat. Orang introvert pulak tu bila ada jugak kena bercakap di khalayak ramai memang energy cepat drain macam bateri dah 0%.
Balik rumah memang nampak katil memanggil-manggil je. Dapat baring je memang nikmat tak terkata dah. Tak sabar nak cuti panjang weekend ni. Nak berehat sepuasnya walaupun kena attend wedding dulu di Putrajaya. Tapi ok la sebab cuti 4 hari. 2 hari berehat, 2 hari berjalan.
6 Ulasan
Dah agak, mesti Cie bz dengan kursus, sebab kawan(penyelia asrama) dari Hospital Raub up status kursus tu tadi..terus teringat Cie dekat Hosp kuala lipis tu..hihihi
BalasPadamUwaaah iyalaah kak, calorie burnt dari treadmill jalan 1 jam saja, tak sampai sebanyak itu 😅👍👍. Baguuuus juga tuh, sekalian workout.
BalasPadamFavorit kak Raisha sama dengan anak sulung saya, sukaaa sangat nasgor seafood. Kalo ada seafood, pasti itulah yg dia pilih.
Saya suka menu paprik ini. Ingat zaman kuliah di Penang. Suka pesan paprik daging atau ayam dari kantin kampus. Tapi belum pernah buat sendiri di rumah 😅. Nanti nak cari resep lah.
Betul tu, nikmat sangat bila tak perlu memasak selepas balik kerja. Fikiran pun rasa ringan jer :)
BalasPadamSenang bungkus je kalau rasa tak sempat dan penat tu kan. Mana yang memudahkan kerja. Dapat juga rehat. Nasi goreng dia nampak menyelerakan. Tambah pula ada tomyam, bertambah selera makan ada kuah-kuah ni. Best tu tomyam pekat kaw rasa dia.
BalasPadamsedappp......
BalasPadamLama sudah tak makan nasi goreng seafood. 😲
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.