Audit Dalaman Unit Sajian Hospital Jerantut 28 September 2026

28 September yang lepas Cie ke Unit Sajian Hospital Jerantut bagi menjalankan Audit Dalaman Bagi Program Jaminan Keselamatan Makanan (GMP&HACCP) dan Audit Prosedur Operasi Standard (POS). 

Memang setiap tahun dijadualkan dan dipertanggungjawabkan untuk buat audit dalaman ni. Kami cross audit ke hospital berbeza jela. Tahun ni Cie dilantik menjadi lead auditor dan Cie memang request kat Ketua Perkhidmatan untuk audit di Unit Sajian Hospital Jerantut. 

Lipis ke Jerantut sejam je jadi Cie drive sendiri jela. Boleh claim perjalanan. Kak Fizah officemate Cie dia gerak dari rumahnya di Jerantut. Sorang lagi auditor kawan Cie dari Hospital Bera. 

Unit Sajian Hospital Jerantut ni bangunan lama. Cuma dah dibuat renovation jugak la. Bangunan utama hospital juga baru lagi dirasmikan pembukaan. Kiranya ada bangunan lama dan baru macam Hospital Lipis jugak. 


Sarapan pagi tuan rumah sediakan nasi lemak dan kuih muih. Cie sempat singgah Kenangan Coffee dulu sebelum ke hospital. Beli latte la dulu. Nanti Cie buat posting lain. 



Audit berjalan dengan lancar. Hospital Jerantut ni kecil je, suasana kerja pun tenang je. Standard bangunan lama la ada jela penambahbaikan yang perlu dibuat. 

Waktu lunch tuan rumah tak sediakan makanan sebab Kak Fizah officemate Cie ajak lunch kat rumah dia. Dia dah order macam-macam menu. Nanti Cie share kat post lain menu lunch tu. 

Selesai audit ambil la kenangan bergambar. Bos Cie pun ada jugak menyelit bergambar kebetulan hari yang sama dia datang visiting untuk perkhidmatan klinik dietetik.


Dari kiri tu Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Unit Sajian Hospital Jerantut selaku tuan rumah. Baju biru tu Kak Fizah officemate baru Cie. Baju blue black tu kawan Cie dari Unit Sajian Hospital Bera, dia sama-sama lapor diri dengan Cie dulu 1 Disember 2008. 18 tahun dah kami kenal. 

Yang baju maroon tu bos Cie, Pegawai Dietetik baru je 2 tahun service. Kak Fizah dah 25 tahun service dan yang baju pink tuan rumah tu dah lebih 20 tahun service. Senior dah semuanya. 

Alhamdulillah selesai dah tanggungjawab Cie untuk tahun 2026. Tahun 2027 nanti nak try request audit Hospital Jengka la pulak. Lama tak ke Hospital Jengka. 


Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Seronok juga cross audit hospital lain, boleh juga kita belajar & tambah baik Dan saling berkongsi info..

    Cie pun dah lama dlm perkhidmatan ye

    BalasPadam
  2. Rindu nk mkn kuih bwh hijau atas kelapa tu.X igt nama kuihnya =D

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, selesai sudah tanggungjawab audit dalaman untuk tahun 2026. Bila kerja dengan liputan cross audit macam ni, bukan sahaja dapat pastikan standard (GMP & HACCP) terjamin, tapi dapat eratkan ukhuwah dengan rakan-rakan sekerja. Tahniah Lead Auditor Cie!!!

    BalasPadam
  4. selesai tugasan audit tenang....sedap tgk nasi lemak bunjut tu

    BalasPadam
  5. alhamdulillah, dh setel yer segala urusan audit tu

    BalasPadam
  6. dah selesai semua boleh laa relaks2 sekejap kan
    tenang2 kan fikiran
    sambil mkn2 gituuuuu hehe

    BalasPadam
  7. Bagus juga kalau cross audit ini kan. Bisa saling visit, dan jadi tahu alur proses masing2 . ..

    Aiiiih lihat nasi lemak, macam tak sabaaaar menunggu Desember kesanaaa 😍😍😍😄. Dah rinduuu sangat dengan nasi lemak 🤤😄

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.