Sementara terpaksa rajin ni marilah kita mengarang untuk berkongsi menu dinner yang dimasak sepanjang minggu yang dah berlalu.
Cie makan kuetiau kerang, adik Rania kuetiau udang, kakak Raisha nasi goreng seafood dan telur mata, Faiz tak ingat la makan apa rasanya nasi goreng jugak.
21 September 2026
Bila takde idea nak masak menu apa ni yang paling mudah dan senang tentulah sup ayam. Tumis-tumis bahan, masuk ayam biar je kejap dah jadi sup. Cie tabur bawang goreng homemade. Rasanya dah bertahun buat bawang goreng sendiri je.
Jarang la Cie masak sejenis je kan. Ada la menu tambahan telur masin, peria goreng telur. Ni pun dah cukup sedap air tangan sendiri.
22 September 2026
Cie memang kerap masak menu ayam kat rumah ni. Tu yang pening nak tukar menu. Faiz dan anak-anak tak kesah cuma Cie jela yang nak tukar menu.
Ayam masak lemak, ikan masin goreng, sayur campur goreng, ulam timun dan sambal belacan. Sambal belacan tu leftover masa beli nasi kukus simpan dalam fridge.
23 September 2026
Menu 23 September tukar ikan pulak la. Adik Rania je tak makan sangat ikan jenis kecik gini. Cie buat ikan goreng sos thai, telur dadar, cendawan tiram celup tepung bestari, ulam timun dan sambal belacan.
24 September 2026
Masa 24 September ni Cie balik kursus dah lambat jadinya Faiz bungkus jela makanan. Anak-anak ada tuisyen makan awal sebelum Maghrib. Tak sempat la Cie snap gambar lain.
25 September 2026
25 September pun kursus jugak di Temerloh. Sampai rumah awal juga cuma rasa penat dah nak masuk dapur. Suruh anak-anak whatsapp babah untuk beli je yong tau fu pasar malam Jumaat.
26 September 2026
26 September hari Sabtu pun malas masak. Ajak Faiz makan kat kedai Angah je. Angah ni sebelah pagi meniaga menu sarapan. Dulu buka gerai kat taman Cie. Lepas gerai tu dirobohkan untuk dibina food court, Angah ni pindah kedai. Malam dia jual masakan panas.
Anak-anak malas nak fikir menu. Order sama je dengan ibu babah. Ibu order kuetiau kungfu, kakak Raisha pun nak jugak. Babah order bihun goreng telur mata, adik Rania tiru jugak.
Kuetiau ladna tu sedap. Bihun tu sedap cuma keras sikit dan rasa sos tomato kuat sikit.
Selesai Cie share menu sepanjang 21 September hingga 26 September. Ada hari rajin masak, Cie akan masak. Kalau hari tak sempat masak atau malas masak, makan makanan kedai jela kita.









0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.