Menu Dinner 21 September - 26 September 2026

Dah memasuki bulan Oktober dah pun entri menu dinner bagi 21 September hingga 26 September pun Cie belum publish. Entahla sejak 2 menjak ni kemalasan betul nak mengarang. Tapi setiap hari kena ada at least 1 entri. 

Sementara terpaksa rajin ni marilah kita mengarang untuk berkongsi menu dinner yang dimasak sepanjang minggu yang dah berlalu. 



21 September 2026

Bila takde idea nak masak menu apa ni yang paling mudah dan senang tentulah sup ayam. Tumis-tumis bahan, masuk ayam biar je kejap dah jadi sup. Cie tabur bawang goreng homemade. Rasanya dah bertahun buat bawang goreng sendiri je. 


Jarang la Cie masak sejenis je kan. Ada la menu tambahan telur masin, peria goreng telur. Ni pun dah cukup sedap air tangan sendiri. 


22 September 2026

Cie memang kerap masak menu ayam kat rumah ni. Tu yang pening nak tukar menu. Faiz dan anak-anak tak kesah cuma Cie jela yang nak tukar menu. 


Ayam masak lemak, ikan masin goreng, sayur campur goreng, ulam timun dan sambal belacan. Sambal belacan tu leftover masa beli nasi kukus simpan dalam fridge. 


23 September 2026

Menu 23 September tukar ikan pulak la. Adik Rania je tak makan sangat ikan jenis kecik gini. Cie buat ikan goreng sos thai, telur dadar, cendawan tiram celup tepung bestari, ulam timun dan sambal belacan. 



24 September 2026

Masa 24 September ni Cie balik kursus dah lambat jadinya Faiz bungkus jela makanan. Anak-anak ada tuisyen makan awal sebelum Maghrib. Tak sempat la Cie snap gambar lain. 


Cie makan kuetiau kerang, adik Rania kuetiau udang, kakak Raisha nasi goreng seafood dan telur mata, Faiz tak ingat la makan apa rasanya nasi goreng jugak. 


25 September 2026

25 September pun kursus jugak di Temerloh. Sampai rumah awal juga cuma rasa penat dah nak masuk dapur. Suruh anak-anak whatsapp babah untuk beli je yong tau fu pasar malam Jumaat. 



26 September 2026

26 September hari Sabtu pun malas masak. Ajak Faiz makan kat kedai Angah je. Angah ni sebelah pagi meniaga menu sarapan. Dulu buka gerai kat taman Cie. Lepas gerai tu dirobohkan untuk dibina food court, Angah ni pindah kedai. Malam dia jual masakan panas. 



Anak-anak malas nak fikir menu. Order sama je dengan ibu babah. Ibu order kuetiau kungfu, kakak Raisha pun nak jugak. Babah order bihun goreng telur mata, adik Rania tiru jugak. 

Kuetiau ladna tu sedap. Bihun tu sedap cuma keras sikit dan rasa sos tomato kuat sikit. 

Selesai Cie share menu sepanjang 21 September hingga 26 September. Ada hari rajin masak, Cie akan masak. Kalau hari tak sempat masak atau malas masak, makan makanan kedai jela kita. 


Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Peria ni la saya tak reti nak masak tapi saya suka yang digoreng ala ala mamak tu.

    BalasPadam
  2. Best tengok variasi menu dinner Cie, daripada sup ayam, ayam masak lemak sampai ikan goreng sos Thai. 😋 Hari penat atau kursus, beli saja pun tak salah. Yong tau fu pasar malam tu pun menggoda!

    BalasPadam
  3. bihun tu paling MZ terliur..nak kena tunggu my cheat day lah kalau nak mkn menu2 yg carbo loaded ni

    BalasPadam
  4. sy sukaaaa kombinasi sup dengan telur asin tu
    boleh mkn bertambah2 sy dibuatnya hehehee

    BalasPadam
  5. Sama la kita Cie, bila datang fasa penat atau malas nak masak, beli je dekat luar paling senang. Janji sekeluarga dapat makan menu kegemaran masing-masing. Terima kasih berkongsi idea menu harian..

    BalasPadam
  6. Kalau Cie jarang masak sejenis lauk... akak biasa masak sejenis kalau hari bekerja. Kalau anak² ada atau cuti barulah buat lebih🫣

    BalasPadam
  7. Nanti saya nak Cuba buat peria dimasak telur begitu lah. Biasanya saya makan mentah sebagai ulam, makan dengan sambal belacan. Dah lama tak makan pare (peria) uang dimasak

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.